Wednesday, April 7, 2010

MULA MENANAM PADI PADA 9 APRIL 2010


Setelah seluruh sawah dipenuhi air dengan ke dalaman kira-kira 15 cm (untuk kawalan padi angin), pembajakan terakhir pun dilakukan pada 7 april 2010.

Selepas itu semua sumber punca air masuk dan keluar ditutup. Kemudian kawalan siput menggunakan "racun" copper sulfat yang mampu bertindak untuk selama empat hari sahaja. Bahan kimia ini bertindak membunuh siput melalui proses dihidrasi (perbezaan kepekatan menyebabkan air dari badan siput mengalir keluar).

Kami akan mengulangi kawalan siput ini pada hari yang ke 5 nanti. Satu beg copper sulfat berharga RM 185.00 dan setiap beg memenuhi keperluan sawah untuk seluas 6 ekar. Kos yang kami belanjakan untuk copper sulfat ( Rm 185 x 2 beg = RM 370.00). Kos upah pula sebanya RM 80.00.
Pada hari yang sama benih juga direndam.  Langkah merendam padi hanya boleh dilakukan selepas pembajakan terakhir selesai dilakukan.Proses merendam padi ini di  mulai dengan bacaan doa selamat oleh anak kami yang berada di tahun 4 dengan beramai-ramai  mengaminkannya... pada Allah kami  berserah dan bergantung harap segala ikhtiar ini.
Kami melakukan proses merendam padi dalam air yang dibancuh bersama vita cambah, bahan  yang mempu mempercepatkan percambahan biji benih . Harga 4 lt vita cambah ialah  RM 70.00 bersesuaian untuk sebanyak 25 beg benih ( kos benih padi : 25 beg x Rm 33 = RM 825) dengan kedalaman rendaman setinggi 5 in dari paras atas beg biji benih.  Bahan ini bertindak dengan cara  membekalkan oksigen tambahan bagi menggalakkan percambahan.  Satu keperluan penting untuk padi kerana persaingan tumbesaran dengan "padi angin" sewaktu di sawah nanti.

1 Comentário:

adikacu said...

sungguh bermenafaat blog tuan ini, saya juga sedang berusaha menceburi bidang pertanian, sawah ini. Boleh saya tahu tuan lakukan semua proses tabur benih,membaja dan meracun ini dgn sendiri atau upah. Berapa relong sawah yg tuan buat?
ini email saya, harap saya dapat berhubung dgn tuan dgn lebih lanjut.
email: zubir5350@yahoo.com

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO