MENGHITUNG HARI
Jiran sebelah sawah kami mengusahakan tanaman sawit keluasan yang sama dgn petak sawah kami. Kuantiti hasil bulanan sawitnya kira kira 5 tan bagi setiap 20 hari. Jika 5 tan x RM 400 = RM 2 000 bagi setiap kali hasil dijual. Maka bagi tempoh 6 bulan hasilnya ialah 9 kali menuai sawit x 5 tan x RM 400 = RM 18 K.
Hasil padi pula jika mampu mencecah rekod terbaik 13 tan cuma : 13 tan x (RM 1 050 + subsidi)= +- RM 15 K aje.
Padi dgn kerja yang lebih rumit, hasil pula tidak menentu, kos pengeluaran yang lebih tinggi serta masalah pengairan ..
Maka itu mereka memilih bidang usaha sawit...
Idea untuk mendapatkan 10 tan /ha bukan satu perkara yang mudah.kerana kami berhadapan dgn masalah kualiti tanah. Kami baru hanya menggunakan 100 kg N dari yang disyorkan 170 kg N dan kesannya padi menjadi agak tinggi dan terdedah kepada risiko rebah.





















Tapi ingat bang... tanam padi untung walaupun dapat sikit dari tanam sawit. Urang tanam padi dapat keluar zakat padi lagi banyak dari urang tanam sawit. Lagipun urang tanam sawit tak ramai yang bayar zakat... mana ada zakat sawit..? kalau ada pun zakat harta.
Lagi pula tanam padi bukan hanya nak cari untung, tapi cari redha Allah kalau tak kenapa Allah wajibkan zakat atas bijirin...
Lagi jika dalam kecemasan, urang kada makan sawit, tapi makan nasi...
Teruskan tanam padi.
Aku walupun kerja di Kuala Lumpur, aku masih tetap tanam padi.
Post a Comment