Monday, December 20, 2010

PENYAKIT

Penyakit ini baru pertama kali menyerang kawasan Labu Kubong. Sesetengah sawah kerosakannya semakin ketara. Setakat ini  kami telah melakukan 5 kali kawalan kimia utk 55 HLT .
1. Provethon+Match+Flint (racun kulat )- 30 HLT
2. Padan + 505-33 HLT
3. Rigent + Confidor + Flint (racun kulat )-40 HLT
4. Provethon+Match+ Antrocol (Racun Kulat -racun bantuan)-45 HLT
5. Rigent + Confidor + Mocerin+ Antrocol-50 HLT

gambar simptom yg hampir menyamai tanda tanda  serangan ulat batang adalah seperti di bawah :





Sunday, December 19, 2010

Nominee ( pada kadar 375 ml utk 2 ha ) + Basmin ( 1/2 dari kadar yg disyorkan ) ..semburan sawah kering 9 HLT

Kawan rumpai kali pertama mula dilakukan pada  pagi 2 Nov 2010 ( 9 hlt ). Racun rumpai yang digunakan ialah Nominee ( pada kadar 375 ml utk 2 ha ) + Basmin ( 1/2 dari kadar yg disyorkan ) menggunakan 16 tong semburan/2 ha pada kadar  ( 20 liter utk 1 tong ) . Keadaan sawah sewaktu semburan adalah kering - Air sawah mula di masukkan sedikit demi sedikit mulai  pada lewat petang 2 Nov 2010 ( 9 Hlt )- hari yg sama selepas meracun.

Selepas 2 minggu padi kami kelihatan agak terencat, jenuh berhempas pulas utk memulihkan padi ( melalui kaedah pembajaan :1 beg baja sebatian ( 15:15 : 15 ) + 2 beg baja urea + 3 beg baja kompaud ( baja bantuan ) + 1 beg baja tambahan )

Namun seminggu kemudian kami di timpa pula dgn serangan ulat ratus yg kronik di seluruh sawah ..inilah akibat kerana kami tidak membuat sebarang kawalan serangga sebaik air mula di masukkan ke sawah.  Kami tidak dapat membuat kawalan serangga kerana bimbang akan "kesihatan" padi yg masih belum pulih dari "terencat". Pada peringkat ini bila melihat keadaan sawah rasa lemah "lutut"... kerosakan yg kronik di seluruh sawah. Kami terasa sangat letih dan kecewa ..ulat menyerang begitu cepat, kerosakan ada di mana-mana.
 
Kerana masalah "lubang" yg luas kami mengambil keputusan MENYULAM utk  mana mana bahagian padi yg mengalami kerosakan parah.
Gambar di tempat yang sama 57 HLT.... selepas di sulam pada 28 HLT...syukur semua "lubang" telah tertutup dgn anak anak padi berkat tidak putus asa utk berusaha.


Baru beberapa hari lepas saya mendapat kadar yang sepatutnya digunakan seperti di bawah:

Friday, December 3, 2010

PADI 40 HLT ( 40 hari lepas tabur )

Pada 23 Okt kami melakukan kawalan siput menggunakan copper sulfat pada kadar 25 kg utk 2 ha .
Pada  24 Okt kami melakukan pengapuran (kapur cecair pada kadar 4 Liter utk 2 ha )- di spy dalam air
Padi direndam selama 24 jam bersama bahan "cambah" F1 dan kemudian di toskan selama 24 jam.

Kemudian  padi mula di tabur pada 25 Okt 2010. (Kadar benih 23 beg utk 2 ha).

Air  sawah mula dikeringkan pada 27 Okt ( 2 hlt )
Sawah kering sepenuhnya pada  29 Okt ( 4 hlt )
Pada 30 Okt berlaku hulan lebat - berlaku hujan  yang terlalu lebat dan air telah memenuhi/membanjiri seluruh sawah  selama 24 jam.
Pada peringkat awal pertumbuhan amat memberangsangkan walau pun air mula surut semula pada 31 Okt

Kawan rumpai kali pertama mula dilakukan pada  pagi 2 Nov 2010 ( 9 hlt ). Racun rumpai yang digunakan ialah Nominee ( pada kadar 375 ml utk 2 ha ) + Basmin ( 1/2 dari kadar yg disyorkan ) menggunakan 16 tong semburan = .320 liter ( 20 liter utk 1 tong ) . - Air sawah mula di masukkan sedikit demi sedikit mulai  pada lewat petang 2 Nov 2010 ( 9 Hlt )- hari yg sama selepas meracun.

Pembajaan yang pertama dilakukan pada 2 Nov dan 3 Nov ( 9 hlt & 10 hlt ) menggunakan :1 beg baja sebatian ( 15:15 : 15 ) + 2 beg baja urea + 3 beg baja kompaud ( baja bantuan ) + 1 beg baja tambahan - keadaan air sawah  "cap cap" baki air hujan yang bertakung-  selepas beberapa hari keadaan anak padi masih stabil.
6 Nov 2010 ( 13 hlt ) -  seluruh sawah telah dipenuhi air

Pada 8 Nov 2010 ( 7 hari selepas melakukan meracun rumpai ) terdapat tanda tanda anak padi daunnya seperti melecuh. Pada bahagian sawah yang kering keadaannya lebih teruk lagi...tak perlu gusar kerana beberapa hari kemudian padi beransur pulih
Padi pada usia 39 HLT ..........dua hari selepas pembajaan 6 beg/ha baja sebatian ( 15:15 : 15 ) + 1 beg/ha baja sebatian  berjenama YARA NPK 15 : 15 : 15 

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO