Saturday, May 7, 2011

Musim ke 3



Operasi memusnahkan jerami padi sebagai perumah ulat batang dan spora reput tangkai
Masukkan air pada kuantiti yang banyak bagi tujuan kawalan padi angin dan memudahkan meracun siput gondang.
Merendam padi dgn bahan penggalak pertumbuhan pada 10 April 2011

Padi ditanam secara tabur terus pada 13 april 2011 di dalam air.
Pada 16 April sawah dikeringkan sepenuhnya.

Bimbang dgn serangan burung belibis kerana bulan sedang mengembang penuh, jadi kami melakukan kawalan fizikal dgn memasang lampu pada waktu malam

Sawah telah mula kelihatan hijau dgn padi yg telah mula tumbuh pada 18 April. Pada 21 April melakukan kawalan rumpai menggunakan 250 ml Nominee + 1000 ml solito.
Air dimasukkan semula pada 22 April, ini bermakna sawah hanya dikeringkan selama enam hari sahaja.
Pembajaan kali pertama menggunakan 2 beg  baja sebatian NPK green + 6 beg baja NPK campuran dan 4 beg baja Urea hari ke 16 selepas tabur.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO