Showing posts with label AMALI. Show all posts
Showing posts with label AMALI. Show all posts

Saturday, March 6, 2010

SET HIDROPONIK PRODUK 'semasa"

Suatu ketika ramai pengusaha pertanian tanpa tanah beralih dari hidroponik kpd fertigasi... namun kini semacam terbalik pula apabila pengusaha baru lebih meminati hidroponik.  Cuma masalahnya kini semakin sukar utk mencari set hidroponik lengkap di pasaran.

Pelajar "SEMASA"  ini sangat kreatif hanya sedikit panduan dan idea dari saya selaku fasilitator, mereka mampu menghasilkan sendiri set hidroponik dengan   hanya menggunakan bahan buangan yang didapati dari koperasi sekolah dan persekitaran mereka.

 


  

  

  

  

  
 Kos yang sangat jimat... dalam sekit masa lagi kami akan upload gambar sayur yang akan kami tuai... insya Allah.
Mereka ini bukan anak petani yang hanya  layak berada di sawah tapi juga mampu meneroka pertanian berteknologi tinggi.

Thursday, March 4, 2010

SOKONGAN UNTUK POKOK NAGA



Sokongan untuk pokok naga  boleh dibuat dari  tiang batu yang punya palang besi dan hanya perlu diletakkan tayar di bahagian atasnya.
Namun  kami memilih palang atas dari batu konkrit kerana nampak lebih kemas berbanding palang dari tayar terpakai.
 
 Langkah pertama kami menyediakan tetulang yang diambil dari kekisi tingkap sekolah yang kami kutip dari kawasan pelupusan.
 Langkah ke dua kami menyediakan rangkanya dari reja kaki meja lama.


 Seterusnya kami membuat bancuhan pasir + batu pada kadar 1:1 yang digaul bersama simen+air.
 
Untuk lubang tengah bagi tempat pokok naga bercabag pula kami hanya menggunakan balang gula-gula yang kami minta dari koperasi sekolah. Kami membuat empat lubang kerana bagi setiap tiang ada empat pokok  naga. Bahagian bawah pula kami sapu dengan minyak pelincir agar tidak melekat pada tapak asas.
 
 Setelah siap konkrit ini perlu disiram setiap hari agar membeku dengan perlahan terutama ketika cuaca panas.
   
 Selepas tiga hari konkrit ini sudah boleh dipasang pada tiang sokongan pokok naga.
  
 Inilah penggerak utama projek kami ini
 
Sokongan yang telah siap dipasang dengan kemasnya , bila tiba waktu yang sesuai nanti kami akan mencantas pokok naga ini agar mengeluarkan cabang yang banyak.

Thursday, February 25, 2010

SEBIDANG SAWAH.... Utk R & D, senaman dan hobi

Pada garisan merah dalam bulatan di bawah adalah sebidang sawah di mana kami akan memulakan satu  perjuangan baru sebagai petani...belajar menghayati keperitan bergelumbang dangan lumpur, bermain dengan pacat, merasai terik matahari dan gatalnya miang rumput dan padi sawah.

Langkah pertama kami lakukan selepas membakar sisa jerami musim yang lalu ialah melakukan kawalan rumpai dengan menggunakan racun ECOMEX pada kadar 1.33 liter bagi setiap ekar. Jumlah kos meracun kali ini RM 100 ( kos racun 8 liter ) + RM 120.00 ( upah seekar RM 20.00) = RM 220.00.
Kami memilih racun jenis ini kerana bagi memastikan rumpai tersebut benar-benar mati hingga sampai ke bahagian akar sebelum di bajak untuk kali pertama.
Selepas dua minggu kemudian kami akan membajak sawah ini dengan traktor empat roda diikuti meracun kali kedua dengan racun yang sama sebelum pembajakan minima menggunakan jentera pembajak beroda tiga yang lebih kecil.

Monday, February 22, 2010

HOBI TERARIUM

Sediakan bahan dan alatan di bawah:

Senarai bahan :
Pasir zeolit,Tanah humus,Spagnum moss,Arang , batu  dan pasir.

Senarai alatan :
Akuarium ikan yang kecil, mangkuk kaca besar, kotak kaca, botol kaca atau toples,Sudip,Penyepit ,Gunting,Corong plastik atau corong kertas buatan,Sprayer dan Kain kasa

 Cuci media kaca dengan air panas dan bersabun. Bilas media kaca lalu keringkan.
 Buat lapisan batu atau pasir atau media lainnya di bahagian bawah dengan tebal kira-kira 2-3 cm.
 
 
Pecahkan arang kepada saiz yang sesuai dan tambahkan arang dengan ketebalan 1-2 cm ke dalam akurium.
 
Ambil tanaman yang sesuai, lalu bersihkan bagian akarnya dari sisa-sisa tanah. Potong daun yang berpenyakit dan rosak. Letakkan tanaman pada lubang kecil yang telah digali dan tutupi akarnya dengan tanah
 
  Dengan sudip, tambahkan lapisan media seperti tanah humus setebal 5-8 cm. Jika Anda menggunakan akurium,tinggikan  di salah satu sisi sebagai latar belakang.Gali lubang kecil pada lapisan tanah tersebut untuk akar tanaman.
 Jika Anda menggunakan akuarium atau kotak kaca yang lebih besar, Anda dapat meletakkan beberapa tanaman dalam satu terarium tersebut. Letakkan tanaman yang lebih besar di bagian belakang. Pada bahagian tanaman kaktus lebihkan kandungan pasir.

Maklumat lanjut sila KLIK : TERARIUM

Monday, November 23, 2009

LANGKAH LANGKAH PENYEDIAAN NASI BIRYANI





Sediakan rempah ratusnya seperti daun sup, daun ketumbar, kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, air mawar, susu cair, rempah nasi biryani, kismis, buah pala dan lain-lain yang sesuai.

 Rebus air utk memasak nasi bersama daun pandan, za'faran dan gula batu.  Tanak nasi sehingga 75 % masak sahaja.

 Bila dah mendidih masukkan beras, yg terbaik beras Munghul Bas Mati yg di tanam menggunakan sumber air dari banjaran pergunungan Himalaya.



Setelah 3/4 masak angkat dan toskan nasi tersebut


Tumiskan juga kismis kemudian angkat, ...



 
.....gunakan minyak yg sama utk menumis bawang puteh, bunga lawang , kayu manis dan lain-lain.

Masukkan nasi ke dalam periuk  sehingga sebanyak 1/3 tinggi. Taburkan kismis, daun sup, daun ketumbar, air mawar dan lain-lain.

 ....masukkan lagi nasi hingga 2/3 dan ulangi lagi proses di atas
 
... tambahkan lagi nasi hingga paras penuh.


 



... juga ulangi proses yg sama menabur lapisan kismis, daun sup, daun ketumbar, air mawar dan lain-lain. Sekarang kita ada tiga lapisan nasi yg berselang seli dgn remah ratusnya.


 Langkah seterusnya tutup periuk tersebut dgn pemberat, suraikan api biarkan bara yang kecil sahaja.  Biarkan hingga masak.


Bila telah masak 100% gaul nasi tersebut hingga semua ramuannya sebati.



Nasi telah sedia untuk disajikan.

Saturday, November 14, 2009

LANGKAH PENYEDIAAN HIDROPONIK TAKUNG


1.  Semai biji benih di atas span, pasir kasar atau sabut halus. Biarkan hingga tumbuh 3 atau 4 helai daun.Bila nak dipindahkan nanti bersihkan akar anak pokok tersebut.

2.  Sukatan nutrien/baja hidroponik dgn bacaan EC 1.4 hingga 1.6 bagi sayur jenis daun.

3.  Sediakan  raga yg mengandungi kain mop(kain yg menyerap air). Gunting hingga berbentuk sumbu agar mampu menyerap nutrien/baja. Tarik keluar bahagian bawah agar menjadi sumbu.

4.  Pindahkan anak benih ke dalam raga. Letakkan satu atau dua biji benih/anak pokok bagi setiap raga.
Nota :
Jika semaian terus baja/nutrien pada bacaan EC1.4-1.6 hanya dimasukkan selepas 7 hari .
Jika disemai kemudian dipindah,  baja/nutrien dimasukkan selepas 2 hari pada kepekatan separuh dan separuh lagi bakinya pada hari ke 7.
.
5.  Masukkan air hingga 3/4 penuh ke dalam takung. Kacau larutan berbaja hingga sebati.



6. Raga diletakkan ke dalam lubang pada penutup takung.

7. Pastikan raga/medium terendam pada larutan di dalam takung.

8. Lakukan penjagaan sehingga mengutip hasil.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO