Showing posts with label PADI. Show all posts
Showing posts with label PADI. Show all posts

Friday, June 11, 2010

HUJAN PADA 69 HLT

Agak aneh kerana kami terpaksa mengusahakan tanah sawah ini dengan berharapkan hujan sebagai sumber pengairan yang utama.  Cumanya dengan rahmat Allah setiap kali kami memerlukan air, hujan akan turun.  Kali pertama selepas "menyambau", kemudian  semasa aktiviti pembajaan yang pertama dan hari ini hujan juga turun dengan lebatnya.  Setiap kali hujan kami akan "kepung"  agar air hujan ini mampu bertahan lama (air hujan ini  boleh bertahan sehingga 2 minggu ).  Sumber air lain yang kami perolehi adalah dari budi baik lebihan air jiran-jiran sawah.
Esok 70 HLT kami akan melakukan kawalan kimia, dengan bantuan air hujan yang melimpah ini akan meninggikan paras air sawah ini. Paras air yang dalam akan memaksa serangga naik ke atas maka ini akan memudahkan tugas menyembur racun agar tepat ke sasaran.
 Gambar saluran masuk standard yang dibina oleh JPS kami tutup terus( bagi mengelakkan air hujan yang kami takung mengalir keluar) kerana air pengairan ini tidak pernah sampai ke paras tersebut.

Sunday, May 30, 2010

RUMPAI DAUN TIRUS

Sabtu 53 HLT kami mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk melakukan kawalan rumpai.  Racun yang digunakan dari jenis selektif untuk mengawal rumpai daun tirus.  


Kawalan dilakukan secara "semburan layang" bagi meminimumkan titisan racun yang terkena "batang" padi.  Walaupun racun ini hanya akan membunuh rumpai namun dalam usia padi yang sebegini tersalah langkah akan merencatkan pokok padi.

Rumpai biasanya membiak akibat masalah kekurangan air.  Walaupun kami telah beberapa kali membuat laporan , namun tiada tindakan jelas atau kesan yang nyata akibat tindakan dari pihak mereka. Beginilah rupanya nasib petani yang pandai-pandai sendiri untuk survival.  Kami lebih banyak bergantung kepada air hujan atau kreativiti masing-masing . Barulah kami faham mengapa ada dikalangan petani yang menukar bidang usaha dari padi kepada kelapa sawit, maka wujudlah estet sawit di tengah sawah.

Pada peringkat awal pertumbuhan selepas "menyambau" ( meracun rumpai ) air mesti dimasukkan segera ke sawah, jika terlewat pesawah akan berhadapan masalah rumpai .
Rumpai akan mengambil ruang, persaingan fotosintesis dan nutrien yang diperlukan oleh padi.


Inilah rumput daun tirus yang menjadi masalah besar kepada kami.

Friday, May 28, 2010

Padi 52 HLT

Tanda-tanda kekuningan telah mula kelihatan selepas pembajaan terakhir pada 34 HLT ( 18 hari yang lalu). Berdasarkan tempoh masa yang diambil untuk berubah warna maka tindakan kami melakukan pengapuran sebelum pembajaan yang kedua yang lalu adalah langkah yang positif. Kami perlu menyelesaikan program pembajaan yang ketiga sebelum hari yang ke 60. 

Jabatan Pertanian telah mengesyorkan agar kami mula melakukan program kawalan bena , maka semalam ( 51 HLT ) kami  telah melakukan kawalan kimia yang ke empat menggunakan racun khas untuk membunuh bena. Memandangkan masih terdapat risiko serangan ulat batang dan ulat gulung daun maka setelah membuat semua pertimbangan kami menggunakan racun di bawah:


Selain racun di atas kami juga menggunakan racun serangga jenis sistemik, racun yang mengawal telur serangga dan racun kulat.  Pada program kawalan kimia kali ini kami tidak menggunakan sebarang foliar bagi mengelakkan daun menjadi terlalu lebar, sebaliknya kami menggunakan bahan kimia yang mampu mengeraskan daun padi.  Daun yang terlalu lebar bersifat lembut sangat mudah untuk diserang serangga.  Bahan kimia yang kami gunakan kali ini juga mampu membantu daun padi menjadi lebih tegak dan lurus.

Tuesday, May 25, 2010

REFLEKSI

Tadi siang periksa kertas jawapan pelajar  ini, nampaknya banyak yang perlu dibuat agar prestasi pelajar ini cemerlang. Hari ini juga dah kemaskini fail panitia untuk dihantar bersama buku latihan kepada ketua bidang.  Buat draf laporan untuk SKT setengah tahun 2010.  Periksa juga program kecemerlangan sejauh mana perlaksanaannya.

Petang buat semakan "Rice Check" banyak yang perlu dibaiki musim hadapan :

RC 1: Tanah jenis masam dan berselut serta  lembik - baiki sistem saliran, buat pengapuran.

RC2:  Petak sedia ada perlu "bubar" dan dibuat semula, agar paras air lebih rata.

RC3:  Aktiviti sisir perlu dilakukan agar masalah rumpai dapat di atasi.  Jika berlu beli traktor sendiri.

RC4: Gunakan benih yang lebih resisten dan tidak mudah tumbang.

RC 5: Pengurusan air - Ratakan semula tanah, bina petak baru, dan buat alternatif lain untuk bekalan air

RC 6 : Pembajaan menepati jadual. Kurangkan penggunaan N.


RC 7:Perosak dan penyakit : Selain upah lakukan sendiri kawalan serangga .

RC8: Cuaca, musim, alam : pastikan menabur benih bukan pada waktu bulan mengembang.

Saturday, May 22, 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Setiap malam sabtu pastinya saya menerima SMS diajak kengkawan utk lepak di Mc Donald atau restoran lain sembang-sembang tentang bike atau merancang esok nak ride gi mana.
Gambaq ni adalah antara laluan hujung minggu kengkawanku itu. Namun dah hampir sebulan motor ku berselimut kerana aku kini ada minat lain.
Lebih seronok bersama kehijuan sawah ini berbanding meratah selekoh awana atau memanjat ke Cameron Highland. 

Friday, May 21, 2010

MATAHARI TELAH MULA BERSINAR CERAH

Sawah pada 21 Mei ( 45 HLT ) masih hijau tiada tanda tanda kekuningan walaupun sudah hampir dua minggu tidak ditabur baja.  Program pembajaan yang berikutnya pada 50 HLT namun hingga kini baja tambahan (bantuan) masih belum di terima.
Minggu depan kami akan melakukan kawalan kimia kali ke 4, fokus kali ini pencegahan serangan bena.  Kami juga sedang mempertimbangkan untuk menyebur bahan kimia bagi "mengeraskan " daun padi ini . Ideanya daun yang keras tidak mudah diserang ulat.

Wednesday, May 19, 2010

CUACA , PEROSAK DAN TANAMAN

Melihat ke luar jendela sewaktu bertugas nun jauh gunung-ganang tidak dapat dilihat dengan jelas ...telah beberapa hari cuaca agak mendung dan kelembapan juga agak tinggi. Cuaca sebegini akan menyebabkan pembiakan perosak yang pantas, hujan yang turun selepas aktiviti mercun akan mengurangkan kesan bisanya tehadap perosak. Pesawah mengharapkan cahaya matahari yang terik dan suhu yang tinggi untuk membantutkan pembiakan haiwan perosak. 


Padi yang ditabur rapat dan padat, tanaman padi yang berdaun lebar hanya akan mengalakkan serangan perosak
 
Tanaman yang terlebih unsur N menyebabkan pokok/daun yang lembut ini hanya akan memudahkan serangan serangga perosak.
Tazkirah cuaca : Klik


Tuesday, May 18, 2010

KAWALAN KIMIA SAWAH KALI KE TIGA PADA 42 HLT


Pemandangan sawah pada 42 HLT, kerana khuatir dengan wabak ulat batang yang menyerang seluruh sawah di Mukim Labu Kubong, berdasarkan tanda-tanda serangan yang baru bermula di sawah kami maka hari ini kami mengambil keputusan untuk melakukan kawalan kimia untuk serangga pada kali ke 3.  Kali ini kami menggunakan bahan kimia yang lebih "keras" terdiri dari enam jenis racun serangga:
1. Karate : RM 59.40
2. Score : RM 61.40
3. Match : RM 80.00
4. Prevathon : RM 100.00
5. Endosulfan : RM 60.00
6. Tapisan : 60.00
Kami sangat berharap agar kawalan kimia ini berkesan, kerana seboleh mungkin kami tidak mahu menggunakan Furadan sebagai langkah terakhir.
 
 ....namun pada waktu tengahari selepas racun siap disembur di seluruh sawah tiba-tiba cuaca bertukar mendung, dan pada sebelah petangnya hujan lebat pun turun.......

Monday, May 17, 2010

WABAK BENA PERANG DAN ULAT BATANG

Hari ini 17 Mei sewaktu saudara kami di  Sungai Manik sedang bertarung dengan serangan wabak bena perang ( bulatan merah ). Kami di Labu Kubong pula  sedang berjuang berhadapan serangan ulat batang. 
Cuma yang membezakan kami ialah serangan wabak bena yang kronik di Sungai Manik sehingga ada pesawah yang diserang ke tahap hasil 0 tan/ha , bena "mengamuk" sehingga jerami sisa tuaian/segala rumpai berdaun monokotiledon  pun turut menjadi mangsa serangan . Manakala kami di Labu Kubong  masih punya peluang membuat kawalan. .
Segala ketentuan adalah kehendak Allah sebagai Rabb. Penggunaan racun kimia , baja, kegigihan bersawah dll tiada punya apa-apa kuasa apa-apa, kita terlalu lemah sebagai makhlukNya.

Sunday, May 16, 2010

ULAT BATANG


Sawah kami selepas tujuh hari pembajaan, warna hijau pekat, baru semalam kami melakukan kawalan serangga.
Kesemua sawah sekitar parit 10R, 11R, 12R telah diserang  ulat batang.  Ada pelbagai kaedah yang digunakan oleh petani di sini untuk mengawal serangan ulat batang hingga ada yang menggunakan campuran enam jenis racun serangga pada satu tong penyembur. Ada juga yang menggunakan racun kelas 1 dicampur minyak diesel dan minyak 4T pada kadar 1:1 kemudian di siram pada sekeliling sawah. Sesetengah petani pula mengaul baja urea dan furadan untuk ditabur.
Mereka sangat mahir dalam membuat pemantauan tanda-tanda serangan. Maklumlah kebanyakannya petani vetaran dari kedah.



Gambar di atas menunjukkan kaedah mengesan populasi serangga, alat lain kita juga boleh menggunakan kertas perangkap lalat.

Graf yang menjadi petunjuk bilakah tindakan kawalan perlu dilakukan

Graf tersebut berdasarkan bilangan populasi di atas

Friday, May 14, 2010

SAWAH SUNGAI MANIK DI SERANG BENA PERANG

Petang tadi jalan-jalan nak motor honda cup melalui parit out, parit 1A dan parit 3A kami sempat merakamkan gambar di atas- sawah kena "bom"di Parit 3A Sungai Manik.
 Saiz dewasa serangga ini sangat kecil berukuran antara 3.5mm-5mm. Bena betina mampu bertelur 300 hingga 500 biji. Boleh hidup 15 hingga 20 hari. 
  Tanda kerosakan pada padi - kena bom itulah istilah yang sering digunakan bila terkena serangan bena. Ciri-ciri tanaman padi yang mudah diserang ialah : rentan, lembut (berlebihan N) dan pertumbuhan yang rapat.

 Rajah di atas ialah tempoh masa dan kitaran hidup bena perang.

Serangan pokok padi berumur 40-80 HLT. Menyebabkan kerosakan kerana menghisap cecair pada pokok.
Kawalan menggunakan racun Acephate,BPMC,Carbaryl.Imidacloprid dan Cartab hydrochloride
Contoh racun ialah Access, Broadox,Confidor dan Bena 555.

PADI PADA 38 HLT ( HARI LEPAS TABUR ), KAWALAN KIMIA, MERUMPUT DAN BEKALAN AIR

Padi hijau 100% pada petak besar ini selepas kami melakukan pembajaan kali ke 2 pada 34 HLT yang lalu. Hari ini kami menggunakan enam jenis bahan kimia iaitu : racun serangga sistemik, racun serangga jenis sentuh dan perut, racun utk menghalang penetasan telur serangga, racun kulat, atonik dan bahan pelekat

Petak kepala tanah ini yang telah  tiga minggu kering dan kini mengudang pelbagai masalah, namun semalam 37 HLT kami cuba juga memulihkan kawasan ini dengan melakukan aktiviti mencabut rumput, kadar upah RM 20 seorang/sepagi x 5 orang = RM 100.  Pada petak ini kami hanya menabur 2 beg baja compoud sahaja, tujuannya agar baki padi angin dan rumpai yang masih tertinggal membesar dengan perlahan.
Inilah saluran dari pam utama yang membekalkan air ke sawah kami.
Kunci air yang mengawal kemasukan air ke parit pengairan sawah parit 12R.
Kuantiti air 100m dari pam

Air semakin berkurangan pada jarak 150m dari pam
Air yang semakin cetek 200 dari pam
Air semakin sedikit 250m dari pam

Ini  sahaja yang tinggal pada parit pengairan ini bila tiba di sawah kami, bekalan air yang ada lebih rendah parasnya dari sawah kami.

Friday, April 30, 2010

INILAH RUPA PADI 10 TAN SEHEKTAR

Banyak padi dari daun.

 Keperluan nutrien utk pakej padi 7 tan/ ha.
 Cabaran paling getir kami ialah untuk menentukan nilai N yang paling optima, kerana masalah tanah di sini yang mana jika tersalah langkah dengan terlebih unsur N padi menjadi tinggi dan akan mudah  tumbang kerana sistem akar dan pokok yang tidak kukuh.

BIOSIS KAWALAN KIMIA UNTUK SERANGGA DAN KULAT UNTUK KALI PERTAMA

 Pada 23 HLT kami membuat keputusan untuk membuat kawalan kimia bagi serangga dan kulat.  Kami juga mencampurkan bahan kimia pertumbuhan seperi Atonik 10ml (RM58.00/1lt) dan vita padi 100ml(RM 70/4lt) bagi setiap tong racun 18ml dengan kadar semburan 16 tong untuk 6 ekar sawah.

Bahan kimia lain yang kami gunakan ialah :


MATCH (racun serangga)
Bahan aktif : lufenuron 5.36%
Kegunaan utk serangga : Ulat pucuk (Helicoverpa armigena), ulat pengorek (Leucinodes sp) ( Maruca testulalis).
Kebiasaan serangan ulat pengorek batang : 30 - 110HLT.
Tahap ambang tindakan musuh ulat pengorek batang : 10% serangan
Harga : RM 85/500ml
Kadar penggunaan : 10 ml/20 air dan 500ml/ha , Isipadu semburan sehaktar : 1000 lt air.


PREVATHON (racun serangga )
Bahan aktif : chlorantraniliprole 5%
Kegunaan untuk serangga : Ukat gulung daun ( Cnaphalocrocis medinalis ) Ulat pengorek batang 9 (Scipophagea incertulas)
Tahan ambang tindakan : 10 % serangan
Kebiasaan serangan ulat : 1-30 HLT
Harga : RM 100/250 ml
Kadar penggunaan : 15 ml/20 l air . Sehektar 400 ml dan isipadu semburan 450lt/ha.


FLINT (racun kulat )
Bahan aktif : trifoxystrobin 50 %.
Kegunaan untuk kulat  : Kulapok downy, karat putih, antraknos , hawar pucuk dan hawar phytopthora.
kadar penggunaan : 5gm/20lt dan 250gm/ha, isipadu semburan 1000lt/ha

Kami membuat keputusan menggunakan bahan kimia ini berdasarkan jadual risiko seranggan serangga bagi tempoh masa di bawah yang juga dirujuk berdasarkan pengalaman pesawah lain. :

MENYULAM PADI

Menyulam merupakan aktiviti menanam semula anak padi pada mana-mana bahagian sawah yang tidak tumbuh. Proses ini agak leceh dan remeh kerana perlu membongkok dalam jangkamasa yang agak lama.  
 
Pak cik dalam gambar ini jiran berhampiran sawah kami, seorang yang sangat gigih kerana pada pengamatan kami tiap kali turun ke sawah pastinya beliau berada pada mana-mana bahagian petak sawahnya untuk menyulam. Bendangnya antara yang paling cantik di parit 12 , samada dari segi penyediaan tanah, pengurusan anak padi dan penjagaan.  Kami jadikan sawah beliau sebagai penanda aras.  Sisir bercabang tiga yang dipegang oleh beliau itulah peralatan yang cukup popular dikalangan pesawah untuk menyulam padi.
Ini pula jiran yang berada di sebelah sawah kami..  Lompang itu adalah tanah yang agak dalam maka itu padi yang ditabur gagal untuk tumbuh di situ. Lompang-lompang kosong itu sebenarnya tanah yang sangat "barakah"  jika disulam kerana pada lompang kosong itu  tiada masalah rumpai atau padi angin.  Setiap perdu padi yang disulam boleh menghasilkan 1kg padi kerana kerana keistemewaannya yang tersendiri.
Ini pula pemandangan sawah kami yang baru di sulam hari ini 22 HLT.  Kadar upah RM 20/seorang sepagi.  Mak cik Parit 11 turun seramai enam orang tentu meriah, sayang sekali sebelah pagi kami ke sekolah jadi tak sempat nak rakam aktiviti meriah berkenaan.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO