Monday, November 27, 2017

Mulakan dgn bismillah

Mulakan dgn bismilllah

Thursday, August 14, 2014

Telah sekian lama blog ini terbiar bersawang...entah mengapa tiba-tiba terdetik pula hati ini utk up date,mungkin kerana  kagum istiqamah dgn Prof Dr Abd Wahab bersama blog beliau...copy dari link beliau

http://www.youtube.com/watch?v=uKGg4Wv50dg

Monday, July 30, 2012

Melakukan eksperimen menunjukkan kesan kalsium karbida (CaC2) ke atas proses kemasakan buah

Sediakan dua buah bekas bertudung yang bersih dan kering
  
Labelkan A dan B

Masukkan 2 – 3 biji pisang hijau dalam  setiap bekas itu 




Bungkus  ¼ sudu pepejal CaC2   dengan menggunakan kain pembungkus dan masukkan ke dalam  bekas A sahaja



Kemudian Tutup rapat tudung bekas plastik itu dengan segera



Catat nama kumpulan , tarikh dan masa pada luar bekas. 
Letakkan bekas A dan bekas B di dua tempat yang berasingan 



Lakukan pemerhatian sepanjang 3 – 4 hari dengan mencatatkan perubahan ke atas buah pisang



Saturday, May 7, 2011

Musim ke 3



Operasi memusnahkan jerami padi sebagai perumah ulat batang dan spora reput tangkai
Masukkan air pada kuantiti yang banyak bagi tujuan kawalan padi angin dan memudahkan meracun siput gondang.
Merendam padi dgn bahan penggalak pertumbuhan pada 10 April 2011

Padi ditanam secara tabur terus pada 13 april 2011 di dalam air.
Pada 16 April sawah dikeringkan sepenuhnya.

Bimbang dgn serangan burung belibis kerana bulan sedang mengembang penuh, jadi kami melakukan kawalan fizikal dgn memasang lampu pada waktu malam

Sawah telah mula kelihatan hijau dgn padi yg telah mula tumbuh pada 18 April. Pada 21 April melakukan kawalan rumpai menggunakan 250 ml Nominee + 1000 ml solito.
Air dimasukkan semula pada 22 April, ini bermakna sawah hanya dikeringkan selama enam hari sahaja.
Pembajaan kali pertama menggunakan 2 beg  baja sebatian NPK green + 6 beg baja NPK campuran dan 4 beg baja Urea hari ke 16 selepas tabur.

Saturday, March 26, 2011

Kefotokalaan

Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan panjang tempoh siang dan malam.


Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu :

1. Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek

Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih pendek berbanding tempoh malam. Jika tumbuhan ini ditanam keadaan tempoh siang panjang, reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang.
Contoh : Kekwa, kacang soya, nanas, ubi keledek

Kekwa

2. Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang
Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding tempoh malam. Jika tumbuhan ini ditanam keadaan tempoh siang pendek, reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang.
Contoh : Gandum, Ubi Kentang


Gandum

Monday, February 28, 2011

... dan akhirnya dituai pada hari ke 113

 Seronok tak terhingga kerana akhirnya hari yang dinanti telah tiba
 Pakat ramai ramai naik mesin padi... best gilerr ( kata bebudak sekarang )
Sebelah kanan sawah kami guna tonik padi sebagai foliar mana kala sebelah kiri sawah pula kami guna paditop sebagai baja siraman... nampaknya "paditop" menang dgn bergaya.
Pemandangan terakhir sebelum padi musim ini dituai...

Monday, December 20, 2010

PENYAKIT

Penyakit ini baru pertama kali menyerang kawasan Labu Kubong. Sesetengah sawah kerosakannya semakin ketara. Setakat ini  kami telah melakukan 5 kali kawalan kimia utk 55 HLT .
1. Provethon+Match+Flint (racun kulat )- 30 HLT
2. Padan + 505-33 HLT
3. Rigent + Confidor + Flint (racun kulat )-40 HLT
4. Provethon+Match+ Antrocol (Racun Kulat -racun bantuan)-45 HLT
5. Rigent + Confidor + Mocerin+ Antrocol-50 HLT

gambar simptom yg hampir menyamai tanda tanda  serangan ulat batang adalah seperti di bawah :





  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO