Friday, April 30, 2010
Terima kasih kepada Jabatan Pertanian dgn kempen bumi hijaunya kami dapat bantuan 100 beg fertigasi yang akan diusahakan dgn tanaman cili dan terung. Bantuan lengkap termasuk pam, penapis tangki, set baja, poli paip pelbagai saiz, sungkupan, polibeg berisi media, nipple, paip mikro, timer dll. Kami tinggal tolong-tolong pasang sekadar orang berbudi kita berbahasa sahaja.
Inilah wajah-wajah tulang belakang projek ini.
Dalam hanya beberapa jam set ini siap dipasang. Minggu depan kami akan mula menyemai terung, anak cili pula dapat free dari pihak Jabatan Pertanian.
Kerja ringan tulang dgn ikhlas insya Allah ada balasan dari Allah
INILAH RUPA PADI 10 TAN SEHEKTAR
Banyak padi dari daun.
Keperluan nutrien utk pakej padi 7 tan/ ha.
Cabaran paling getir kami ialah untuk menentukan nilai N yang paling optima, kerana masalah tanah di sini yang mana jika tersalah langkah dengan terlebih unsur N padi menjadi tinggi dan akan mudah tumbang kerana sistem akar dan pokok yang tidak kukuh.
Keperluan nutrien utk pakej padi 7 tan/ ha.
Cabaran paling getir kami ialah untuk menentukan nilai N yang paling optima, kerana masalah tanah di sini yang mana jika tersalah langkah dengan terlebih unsur N padi menjadi tinggi dan akan mudah tumbang kerana sistem akar dan pokok yang tidak kukuh.
BIOSIS KAWALAN KIMIA UNTUK SERANGGA DAN KULAT UNTUK KALI PERTAMA
Pada 23 HLT kami membuat keputusan untuk membuat kawalan kimia bagi serangga dan kulat. Kami juga mencampurkan bahan kimia pertumbuhan seperi Atonik 10ml (RM58.00/1lt) dan vita padi 100ml(RM 70/4lt) bagi setiap tong racun 18ml dengan kadar semburan 16 tong untuk 6 ekar sawah.
Bahan kimia lain yang kami gunakan ialah :
MATCH (racun serangga)
Bahan aktif : lufenuron 5.36%
Kegunaan utk serangga : Ulat pucuk (Helicoverpa armigena), ulat pengorek (Leucinodes sp) ( Maruca testulalis).
Kebiasaan serangan ulat pengorek batang : 30 - 110HLT.
Tahap ambang tindakan musuh ulat pengorek batang : 10% serangan
Harga : RM 85/500ml
Kadar penggunaan : 10 ml/20 air dan 500ml/ha , Isipadu semburan sehaktar : 1000 lt air.
PREVATHON (racun serangga )
Bahan aktif : chlorantraniliprole 5%
Kegunaan untuk serangga : Ukat gulung daun ( Cnaphalocrocis medinalis ) Ulat pengorek batang 9 (Scipophagea incertulas)
Tahan ambang tindakan : 10 % serangan
Kebiasaan serangan ulat : 1-30 HLT
Harga : RM 100/250 ml
Kadar penggunaan : 15 ml/20 l air . Sehektar 400 ml dan isipadu semburan 450lt/ha.
FLINT (racun kulat )
Bahan aktif : trifoxystrobin 50 %.
Kegunaan untuk kulat : Kulapok downy, karat putih, antraknos , hawar pucuk dan hawar phytopthora.
kadar penggunaan : 5gm/20lt dan 250gm/ha, isipadu semburan 1000lt/ha
Kami membuat keputusan menggunakan bahan kimia ini berdasarkan jadual risiko seranggan serangga bagi tempoh masa di bawah yang juga dirujuk berdasarkan pengalaman pesawah lain. :
Bahan kimia lain yang kami gunakan ialah :
MATCH (racun serangga)
Bahan aktif : lufenuron 5.36%
Kegunaan utk serangga : Ulat pucuk (Helicoverpa armigena), ulat pengorek (Leucinodes sp) ( Maruca testulalis).
Kebiasaan serangan ulat pengorek batang : 30 - 110HLT.
Tahap ambang tindakan musuh ulat pengorek batang : 10% serangan
Harga : RM 85/500ml
Kadar penggunaan : 10 ml/20 air dan 500ml/ha , Isipadu semburan sehaktar : 1000 lt air.
PREVATHON (racun serangga )
Bahan aktif : chlorantraniliprole 5%
Kegunaan untuk serangga : Ukat gulung daun ( Cnaphalocrocis medinalis ) Ulat pengorek batang 9 (Scipophagea incertulas)
Tahan ambang tindakan : 10 % serangan
Kebiasaan serangan ulat : 1-30 HLT
Harga : RM 100/250 ml
Kadar penggunaan : 15 ml/20 l air . Sehektar 400 ml dan isipadu semburan 450lt/ha.
FLINT (racun kulat )
Bahan aktif : trifoxystrobin 50 %.
Kegunaan untuk kulat : Kulapok downy, karat putih, antraknos , hawar pucuk dan hawar phytopthora.
kadar penggunaan : 5gm/20lt dan 250gm/ha, isipadu semburan 1000lt/ha
Kami membuat keputusan menggunakan bahan kimia ini berdasarkan jadual risiko seranggan serangga bagi tempoh masa di bawah yang juga dirujuk berdasarkan pengalaman pesawah lain. :
MENYULAM PADI
Menyulam merupakan aktiviti menanam semula anak padi pada mana-mana bahagian sawah yang tidak tumbuh. Proses ini agak leceh dan remeh kerana perlu membongkok dalam jangkamasa yang agak lama.
Pak cik dalam gambar ini jiran berhampiran sawah kami, seorang yang sangat gigih kerana pada pengamatan kami tiap kali turun ke sawah pastinya beliau berada pada mana-mana bahagian petak sawahnya untuk menyulam. Bendangnya antara yang paling cantik di parit 12 , samada dari segi penyediaan tanah, pengurusan anak padi dan penjagaan. Kami jadikan sawah beliau sebagai penanda aras. Sisir bercabang tiga yang dipegang oleh beliau itulah peralatan yang cukup popular dikalangan pesawah untuk menyulam padi.
Ini pula jiran yang berada di sebelah sawah kami.. Lompang itu adalah tanah yang agak dalam maka itu padi yang ditabur gagal untuk tumbuh di situ. Lompang-lompang kosong itu sebenarnya tanah yang sangat "barakah" jika disulam kerana pada lompang kosong itu tiada masalah rumpai atau padi angin. Setiap perdu padi yang disulam boleh menghasilkan 1kg padi kerana kerana keistemewaannya yang tersendiri.
Ini pula pemandangan sawah kami yang baru di sulam hari ini 22 HLT. Kadar upah RM 20/seorang sepagi. Mak cik Parit 11 turun seramai enam orang tentu meriah, sayang sekali sebelah pagi kami ke sekolah jadi tak sempat nak rakam aktiviti meriah berkenaan.
"PACKING" ROSSEL UTK DIPASARKAN HARI ISNIN
Hari ini kami memasukkan jus rossel yang telah siap diproses ke dalam botol.
Kami membeli botol ini dalam kuantiti yang kecil jadi harganya agak mahal RM0.30 seunit.
Tapi tak jadi masalah kerana rossel ini kami akan jual RM 1.00 sebotol.
Kos lain yang kami keluarkan cuma gula sebanyak 3 kilo untuk 25 botol jus rossel. Air pula kami gunakan air bertapis berjenama CNI water life. Rossel kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet maka itu kami perlu memasarkannya secara "sejuk" atau dingin beku.
Kira oklah tu kan kerana kami bukan guna air paip biasa. Kadar keuntungan untuk persatuan kira-kira 50% dari harga jualan kerana rossel ini kami tanam dan proses sediri.
Wednesday, April 28, 2010
SANTAI PETANG MERANCANG KAWALAN KIMIA UNTUK BIOSIS
Lepas asar hari ini 20 HLT kami bersantai di sawah sambil mencabut rumput .
Sambil duduk-duduk menghilangkan letih kami merancang kaedah kawalan untuk melindungi tanaman padi ini.
Di bawah adalah salah satu pilhan jadual kawalan kimia yang dicadangkan oleh sebuah syarikat kawalan makluk perosak.
Carta di bawah pula menunjukkan risiko serangan makluk perosak mengikut umur padi
Cara tindakan salah satu jenama kawalan kimia yang terdapat di pasaran.
Inilah pula makhluk perosak yang biasa menyerang tanaman padi
Monday, April 26, 2010
PEMBAJAAN PADI KALI PERTAMA DAN pH TANAH PADA 18 HLT
Hari ini 26 April bersamaan 18 HLT. Bermakna kami masih dalam julat 15- 20 HLT untuk syarat menabur baja compoud , ini merupakan jangkamasa terbaik kerana padi akan beranak sehingga hari ke 25.
Baja urea +MOP pula sebaiknya akan ditabur pada hari ke 35 HLT nanti.
Kami menggunakan baja compaud yang digaul bersama NPK green ( 15:15:15) pada kadar 240kg baja compoud + 100 kg NPK green.
Enam jam selepas pembajaan kami mengambil bacaan pH tanah sawah ini.
Kami mengambil bacaan di 10 tampat berasingan dan bacaannya purata pH ialah 4.5, ini sangat membimbangkan kami kerana kesannya adalah seperti di bawah:
Kesannya pula terhadap pengambilan nutrien NPK adalah seperti di bawah :
Punca-punca tanah menjadi berasid ialah:
Keperluan unsur mikro dan makro semua tumbuhan untuk membesar dengan sihat:
Keperluan nutrien makro NPK utk padi secara khusus ialah seperti di bawah :
Jika kami boleh meningkatkan pH tanah dijangka hasilnya adalah seperti di bawah :
Jika kami menggunakan kaedah pengapuran secara taradisional kadarnya adalah seperti di bawah :
Sambil memikirkan bagaimana nak meningkatkan pH tanah ini sedangkan padi sedang membesar baik kami mandi main air pam yang digunakan untuk membanjiri sawah ini...
Jika kami boleh meningkatkan pH tanah dijangka hasilnya adalah seperti di bawah :
Jika kami menggunakan kaedah pengapuran secara taradisional kadarnya adalah seperti di bawah :
Sambil memikirkan bagaimana nak meningkatkan pH tanah ini sedangkan padi sedang membesar baik kami mandi main air pam yang digunakan untuk membanjiri sawah ini...
Sunday, April 25, 2010
BEDAH SIASAT MASALAH PENGURUSAN AIR DAN PENYELESAIAN
Setelah mengenalpasti masalah air musim ini, mulai musim depan kami akan mengubah strategi jadual penanaman dan aktiviti menanam.
Kami akan bermula lewat dari pesawah lain dalam jagkamasa kira-kira 2 minggu untuk mengatasi masalah di bawah :
1. Kami tidak perlu berebut air dengan pesawah lain.
2. Memastikan semua pam air juga parit saliaran berfungsi sepenuhnya barulah mula menabur.
3. Kami juga tidak perlu berebut jadual penggunaan jentera membajak dan mesin menuai.
4. Melakukan kawalan rumpai untuk kali pertama pada tarikh masuk air kerana mereka sering tidak menepati jadual.
4. Melakukan kawalan rumpai untuk kali pertama pada tarikh masuk air kerana mereka sering tidak menepati jadual.
5. Bagi tujuan tersebut kami akan melaksanakan aktiviti seperti jadual di bawah:
Saturday, April 24, 2010
PROGRAM SELEPAS SEMUA SAWAH DIPENUHI AIR
24 April kami masih berjuang dengan masalah air, syukur hari ini hampir 60% sawah kami telah dibanjiri dgn air.
Langkah berikutnya kami akan melakukan program pembajaan dengan kadar di bawah :
250 kg/ha baja campuran + 50 kg /ha NPK green ( 15:15 : 15 ). Baja ini kami gaul sebati sebelum dibungkus semula untuk ditabur pada hari selasa ( 18 HLT).
Bagi program kawalan kimia pula kami tertarik dengan jadual di bawah:
Bagi program kawalan kimia pula kami tertarik dengan jadual di bawah:
Kawalan kimia sebaiknya dilakukan dalam sela 3 hari selepas membaja kerana pada ketika ini daun pucuk muda yang terhasil rangsangan dari program pembajaan sangat terdedah kepada perosak.
Friday, April 23, 2010
AIR OH AIR
Sebelah kiri ialah rumput sambau dan sebelah kanan pula padi. Hampir sama tapi tak serupa. Rumpai ialah sebarang tumbuhan yang kita tidak kehendaki dan tumbuh di kawasan tanaman kita.
Kawalan fizikal yang boleh dilakukan untuk menghalang pertubuhan rumpai tersebut melalui kaedah "membanjiri sawah" dengan air sepenuh-penuhnya. Selain padi yang telah tinggi semua rumpai yang rendah akan lemas atau gagal mendapat cahaya utk proses fotosintesis akibat air yang dalam.
Namun teori tersebut tidak mudah untuk diaplikasikan. Tanah sawah kami telah mula menunjukkan tanda-tanda retak akibat kering yang melampau. Sudah hampir seminggu kami bergelut dengan masalah air.
Betullah kata bekas anak muridku yang bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi pertanian. "Kami dah buat macam-macam utk petani,kami juga ada banyak idea utk pesawah , namun kekangan terbesar kami ialah masalah air, pengurusan air di luar bidang kuasa kami".
Pengairan masuk ini telah lama pecah, namun bila tiba masa kami memerlukan air barulah mereka mahu membaikinya. Agaknya entah berapa harilah lagi baru mereka membuka semula sumber bekalan air ini ?
Tak larat dengan karenah berokrasi geng air tu..baik kami ambil tindakan proaktif. Cari sahaja mana-mana sumber air pam sendiri.
Kami tidak mahu membiarkan sawah ini terus kering kerana terlalu berisiko dengan masalah rumpai di atas.
Setelah satu petang berusaha dalam cuaca panas dan hujan akhirnya kami berjaya mengairi hampir 30 % sawah ini . Esok kami akan berusaha lagi..
Thursday, April 22, 2010
"RACUN SERANGGA" YANG MESRA ALAM DARI DAUN PAPAYA
Cara Pembuatan Pestisida Alami dari Daun Pepaya (Carica papaya)
Adapun langkah- langkah pembuatan pestisida alami dari daun pepaya, yaitu:
1. Mengumpulkan kurang lebih 1 kg daun pepaya (sekitar 1 tas plastik besar/ 1 ember besar).
2. Menumbuk daun pepaya hingga halus.
3. Hasil tumbukan/rajangan direndam di dalam dalam 10 liter air kemudian ditambahkan 2 sendok makan minyak tanah dan 30 gr detergen. Hasil campuran, didiamkan semalam.
4. Menyaring larutan hasil perendaman dengan kain halus. Dan menyemprotkan larutan hasil saringan ke tanaman
Sumber : Klik di sini
Wednesday, April 21, 2010
AKTIVITI TANI 21 APRIL 2010
Awal pagi merumput di batas pokok keladi ini.
Waktu rehat pelajar ini buat beberapa kumpulan kooperatif kupas buah rossel utk diproses jadi jus penuh berkhasiat.
Buah rossel kami yang telah siap dikupas
Petang sawah kami telah siap berjalur utk "kawalan" dan penandaan
Tugas kami minggu hadapan membuang rumpai, padi angin dan sambau di sawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)