Mulakan dgn bismillah
Mulakan dgn bismilllah
Di sini MENANAM di sana NANTI MENUAI
Telah sekian lama blog ini terbiar bersawang...entah mengapa tiba-tiba terdetik pula hati ini utk up date,mungkin kerana kagum istiqamah dgn Prof Dr Abd Wahab bersama blog beliau...copy dari link beliau
http://www.youtube.com/watch?v=uKGg4Wv50dg
Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan panjang tempoh siang dan malam.
Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu :
1. Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek
Penyakit ini baru pertama kali menyerang kawasan Labu Kubong. Sesetengah sawah kerosakannya semakin ketara. Setakat ini kami telah melakukan 5 kali kawalan kimia utk 55 HLT .
1. Provethon+Match+Flint (racun kulat )- 30 HLT
2. Padan + 505-33 HLT
3. Rigent + Confidor + Flint (racun kulat )-40 HLT
4. Provethon+Match+ Antrocol (Racun Kulat -racun bantuan)-45 HLT
5. Rigent + Confidor + Mocerin+ Antrocol-50 HLT
gambar simptom yg hampir menyamai tanda tanda serangan ulat batang adalah seperti di bawah :
Kawan rumpai kali pertama mula dilakukan pada pagi 2 Nov 2010 ( 9 hlt ). Racun rumpai yang digunakan ialah Nominee ( pada kadar 375 ml utk 2 ha ) + Basmin ( 1/2 dari kadar yg disyorkan ) menggunakan 16 tong semburan/2 ha pada kadar ( 20 liter utk 1 tong ) . Keadaan sawah sewaktu semburan adalah kering - Air sawah mula di masukkan sedikit demi sedikit mulai pada lewat petang 2 Nov 2010 ( 9 Hlt )- hari yg sama selepas meracun.
Selepas 2 minggu padi kami kelihatan agak terencat, jenuh berhempas pulas utk memulihkan padi ( melalui kaedah pembajaan :1 beg baja sebatian ( 15:15 : 15 ) + 2 beg baja urea + 3 beg baja kompaud ( baja bantuan ) + 1 beg baja tambahan )
Dunia hanyalah SEMENTARA, Diibaratkan ladang untuk hasilnya diakhirat kelak, Tanamlah tanaman bermacam-macam didunia (ILMU), Suburkan tanaman dengan pelbagai cara (BERAMAL), Semailah pohon-pohon yang boleh dimakan hasilnya (IMAN), Supaya, di akhirat nanti.. Kita hidup senang di syurga yang ABADI
Musim lalu selepas kami berjaya menuai dgn hasil yang "duduk dan berdiri " sama tinggi dgn pesawah veteran berasal dari kedah yg lebih pengalaman & sepenuh masa, maka bagi musim pusingan kali ini kami merancang strategi yg lebih teratur.
Memulakannya dgn " memanjat" bukit Cameron Highland bagi membuat survey pelbagai bahan kimia tani bagi kegunaan musim kali ini.
Selepas proses penyediaan tanah( membajak ) dan pengairan yg lebih teratur, sepanjang hari ini kami melakukan aktiviti pengapuran bagi mengurangkan kemasaman tanah dgn meningkatkan nilai pH.
Kami juga merendam biji benih padi dgn bahan kimia yg mampu "merangsang" percambahan. Bagi kawalan rumpai terutama padi angin kami memanipulasi paras air. Bagi musim ini juga kami bertindak agak " berani" dgn mencuba pengunaan racun pracambah 2,4 D pada peringkat awal penyediaan tanah.
Kami juga mengubah suai carta gant yang lalu dgn carta gant baru yg lebih teratur selepas lebih mengenali "karenah dan kelakuan" tapak sawah kami.
©Template Blogger Green by Dicas Blogger.