Wednesday, September 9, 2009

IKAN SALMON - IKAN LOMA

1. Sewaktu berkhidmat di Daerah Hulu Perak sekitar pertengahan 90 an dulu saya cukup seronok melihat pesta menangkap ikan loma di Kuala Rui.
2. Punyalah banyak ikan LOMA pada waktu itu tidak terkira, sehingga kelihatan riaknya di permukaan air seolah-olah titisan hujan. Malah sehebat pesta ikan SALMON di Amerika

3. Fenomena ini kerana tabii( sebenarnya kuasa Allah ) ikan itu utk bertelur di hulu sungai. Cumanya ikan ini banyak tulang, jadi ada ketikanya ikan ditangkap semata-mata utk mendapatkan telurnya sahaja. Waktu itu harga ikan ini cukup murah, maka kekadang dibuang begitu sahaja selepas diambil telurnya.
4. Namun orang sekarang lebih bijak dgn memproses ikan tersebut menjadi pekasam, selesailah masalah tulang, kerana tulang reput semasa pemeraman.
5. Cumanya kini ikan loma sudah tidak sebanyak dulu, pesta menangkap ikan juga tak semeriah dulu.

Terima kasih kepada sahabatku Noh kerana sudi meminjamkan gambar pesta menagkap ikan loma 2009.

Tuesday, September 8, 2009

GAMBAR BUAT TATAPAN PERINDU SEMAIAN...

Gambar-gambar di bawah buat mereka yg merindui semaian,
Buat mereka yg telah pergi meninggalkan semaian,
Buat mereka yg yang akan meninggalkan semaian,
Buat mereka yg masih lagi berpijak di bumi semaian

1. Taklimat terakhir "bos" sebelum bersara.

2. Aktiviti School Enterprise Unit Ternakan pada hari anugerah.

3. Pelajar sedang menjalani amali pemprosesan ayam.

4. Tak ramai anak dara hari ini yg punya kemahiran "siang ayam" seperti warga semaian.

5. Beri makan ikan... memberi ketenangan dan terapi minda.
5. Lawatan pemantauan PPD, pegawai JPN dan BPTV.

6. Menanam sengkuang menggunakan biji benih

Friday, September 4, 2009

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAAN YASIN UPSR

Gambar di atas majlis solat hajat dan bacaan yasin anjuran sekolah tempat anakku belajar.

Lusa anakku akan menduduku UPSR, rasanya kedua ibubapanya lah yg terlebih risau, begitu jugaklah agaknya ibubapa lain yang anak mereka hujung tahun ini ada PMR, SPM dll.

Aku sentiasa bersangka baik dgn guru-guru anakku kerana kesungguhan mereka selama ini, sebagai bapa aku juga bangga kerana sekolah tempat anakku belajar sering menjadi sekolah terbaik di daerah ini.

Sistem pengurusan sekolah ini tak mengejar ISO mahupun kluster tetapi lebih menitik beratkan soal HASIL akhir (keputusan examlah tu).

Bercakap soal pembangunan jasmani, emosi, rohani atau intelek pasti sekolah ini jadi juara.

Setiap hari pelajar sekolah ini akan diberi "Santapan Rohani" yg secukupnya.



Apa yang di TANAM itulah yang akan DITUAI, sebagaimana acuan itulah rupa bentuk kuehnya.

JENAMA RACUN MENGIKUT KEGUNAAN

"BAGAI POHON TIDAK BERBUAH"

"Bagai pohon tidak berbuah" begitulah perumpamaan bagi orang yg berilmu tetapi tidak mahu beramal dgnnya. Tetapi bagaimana pula orang yang beramal tetapi tidak berilmu????

Dalam bulan Ramadhan entah mengapa kebanyakan majlis ilmu (WAJIB) samada di masjid atau surau telah "tertangguh" kerana mahu mengutamakan/memberi laluan kpd ibadah SUNAT (solat sunat tarawikh, tadarus dll).

Tapi beruntungnya di kariah kami majlis ilmu tetap diteruskan seperti hari-hari biasa dgn sedikit inovasi samada berbentuk kuliah asar, tazkirah pendek selepas solat witir atau kuliah subuh.

Hebat sungguh petani-petani ini, kerana mengutamakan yang WAJIB dan tidak melepaskan yang SUNAT.

Tahniah jiran-jiran ku kerana berjaya merebut yang SUNAT tanpa MENINGGALKAN yang WAJIB.

" Jika mahu berjaya di dunia dgn ilmu, mahu berjaya di akhirat juga dgn Ilmu, jika mahukan kejayaan kedua-duanya juga dgn ilmu"

AIR DALAM KEHIDUPAN

92512874


Dalam surah An Nahl ayat ke 10 Allah berfirman yg maksudnya. " Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani: Dan Dialah yang menurunkan air dari langit untuk kamu, daripadanya kamu minum dan daripadanya pohon-pohon dan padanya kamu mengembala".


















Tanpa air bumi yg subur akan gersang maka berlakulah kebuluran dan kematian.

Telah dapat dibuktikan oleh ahli geografi adanya gurun yang kedapatan hari ini berasal dari lembah yang subur, tetapi dgn kekuasaanNya tidak menurunkan hujan maka lembah tersebut bertukar kering kontang.

Thursday, September 3, 2009

"MENANAM TEBU DI HUJUNG BIBIR"

Cara menanam tebu "di bawah" batas



  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO