Thursday, April 8, 2010

CARTA GANT PROGRAM KAWALAN KIMIA DAN PEMBAJAAN DI SAWAH

TOSKAN PADI

Angkat dan toskan benih padi selepas 36 jam direndam.  Kemudian serkupkan dengan plastik agar haba dan kelembapan kekal untuk mempercepatkan percambahan.  Kerana kami merendam padi bersama larutan vita cambah benih ini tidak perlu dibilas.  Amalan petani yang melakukan rendaman hanya  di dalam parit akan membilas dengan air bersih untuk menyingkirkan lumut.


Tunas ("bermata putih" ) telah mula kelihatan selepas 12 jam padi diangkat dari rendaman. Tunas ini akan bertambah panjang untuk 12 jam yang berikutnya sebelum ditabur di sawah esok pagi ( 9 april )

Monday, April 5, 2010

RUANG UNTUK KU

Ini meja kerja ku... di sinilah tempat untukku berjuang, di  sinilah aku memperuntukkan sebahagian besar masaku pada setiap hari.
Di sinilah suatu ketika dahulu aku mengukir kecemerlangan, di sinilah suatu ketika dahulu aku mula mengenal erti kegigihan dgn seribu satu nostalgia.
...dan aku berharap aku akan dapat terus berada di sini hinggalah aku bersara..

LUMUT HIJAU DI SAWAH

Balik dari tempat kerja sementara nak ke sawah sempat rendam caladium dalam jelly hijau untuk gubahan meja makan.

Sampai di sawah lega melihat lumut hijau ini, lumut  hijau ini akan mudah hilang melalui pembajakan kali ke tiga. 


Jika lumut berwarna merah seperti sawah jiran kami ini, maka itu petanda tanah ini terlalu masam atau terlalu berasid  (pH terlalu rendah).Walaupun umumnya padi dari kumpulan tanaman yang boleh hidup pada pH yang rendah namun jika sampai ke tahap "lumut merah" peratus pertumbuhannya akan merosot.  Untuk mengatasi masalah ini petani perlulah melakukan pengapuran 

Tanah yang berwarna merah biasanya mempunyai nilai  pH yang rendah (berasid). Tanah berwarna hitam dan gelap pula lazimnya mempunyai kesuburan yang tinggi.

Sunday, April 4, 2010

AIR SAWAH - PENGAIRAN

Beberapa hari kami kami masih begelut dengan masalah air, bagi petani sepenuh masa tidak hairanlah mengapa mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan bekalan air di sawahnya memperolehi air yang cukup, kerana sawah adalah hidup mati mereka, sawah sumber mata pencarian mereka, sawah adalah nyawa mereka... mungkin ada yang  telalu beremosi hingga terlupa hakikat hidup mati dan rezeki sebenarnya adalah ketentuan Allah.
Awal pagi 3 April hampir dua jam kami berhempas pulas membersihkan punca saliran masuk air ini.  Apa pun kena siapkan kerja ini  kerana tengahari ini kami kena segera bertolak  ke pantai timur, si abang berbaju hijau di hujung sana perlu melapor diri di asrama sebelum maghrib. Lagipun pam air di bawah kawal selia JPS yang membekalkan air ke tali air ini hanya berfungsi pada siang hari sahaja.
Hari ini  4 April selepas balik dari perjalanan yang jauh hilang rasa letih bila melihat  sawah kami  ini nampaknya hampir 80% telah dipenuhi air... nampaknya usaha kami semalam telah membuahkan hasil.
 Namun masih banyak yang perlu kami lakukan, agar sawah kami nanti (seperti gambar di atas ) menakung air sejenih "cermin" agar benih padi yang ditabur memperolehi cahaya yang cukup untuk proses fotosintesis.

Friday, April 2, 2010

MEMBAJA POKOK NAGA

Hari ini kami belajar tentang mengira baja.  Tajuk ini agak sukar,sebelum ini  saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan objektif  p & p bab ini  tercapai, saya juga ada rahsia tersendiri  yang tak dapat di tulis di sini bagi memastikan pelajar yang tak faham satu habuk pun akan dapat markah yang tinggi jika soalan popular tajuk ini keluar.

Hari ini saya cuba pula kaedah kontekstual, sambil belajar kami membaja pokok naga.  Sambil membaja kami memeriksa label pada beg baja.  Sambil mengira baja kami belajar kaedah membaja.
Susah sangatkah nak menghitung baja ...???

Hitung baja berdasarkan gred baja
a. Hitung berat N dalam 250 kg baja kalium nitrat (15 %)
Jawapan :
100 kg baja kalium nitrat mengandungi 15 kg N

250 kg kalium nitrat = 15/100 x 250
= 37.5 kg N


b. Hitung berat N, P2O5 dan K2O dalam 200 kg baja NPK green 15:15:16

Jawapan :

Berat N
100 kg baja NPK mengandungi 15 kg N
200 kg baja NPK = 15/100 x 200
= 30 kg N


Berat P2O5
100 kg baja NPK mengandungi 15 kg P2O5 (fosforus)
200 kg baja NPK = 15/100 x 200
= 30 kg P2O5

Berat K2O
100 kg baja NPK mengandungi 16 kg K2O
200 kg baja NPK = 16/100 x 200
= 32 kg K2O


Hitung keperluan baja untuk bekal kuantiti tertentu sesuatu nutrien dan kos pembajaan
Setiap hektar tanaman mangga memerlukan 60 kg N.
Tentukan kuantiti baja ammonium nitrat (35 %N) yang perlu digunakan.
Jika harga 50 kg baja ammonium nitrat ialah RM 70.00, tentukan kos pembajaan mangga.



Jawapan :

Kuantiti baja ammonium sulfat yang diperlukan
100 kg baja ammonium sulfat mengandungi 35 kg N
60 kg N = 100/35 x 60
= 171.43 kg baja ammonium sulfat


Kos baja
50 kg = RM 70.00
171.43 kg = RM 70.00 / 50 x 171.43
= RM 240.00


Sumber jalan kerja menghitung baja : Blog Guru Pakar Sains Pertanian Negeri Kedah

Thursday, April 1, 2010

KALSIUM KARBIDA (CaC2) KE ATAS KEMASAKAN BUAH - "Bukan karbad jika tiada pisang, dan bukan pisang jika tiada karbad"

Pelajar menyisir dengan berhati-hati agar tidak mencederakan kulit pisang


Bungkus kalsium karbida dengan kain

Masukkan pisang dan kalsium karbida ke dalam bekas tertutup

Tutup rapat bekas tersebut


Hasilnya selepas 48 jam
Pisang telah sedia untuk dipasarkan

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO