Saturday, July 11, 2009

MAK LONG MEMANG JURURAWAT SEJATI

1. Mak long kami ni bidan senior dan berpengalaman luas dlm menyambut kelahiran bayi. Jika purata 10 kelahiran sehari & didarap tahun perkhidmatannya..entahlah dah berapa ribu bayi yg telah disambutnya... wallahuaklam.

2. Rupanya bukan setakat itu... dia juga boleh jadi jururawat kambing milik atuk yg telah kehilangan ibunya. Siap boleh mandikan dgn antiseptik dan sapu krim utk kambing jamnapari atuk yg berkudis.... kami semua hanya mampu setakat memandang sahaja kerana rasa "geli" .

3. Mak long memang hebat! dah beribu-ribu nyawa ibu dan anak diselamatkannya. Buktinya lihat sajalah cara dia memandang anak kambing tu dgn penuh kasih sayang.

TIPS POKOK HIASAN TIDAK MAHU BERBUNGA

1. Setelah dipastikan sumber cahaya yg mencukupi, juga telah dilakukan pemangkasan namun tumbuhan kita masih tidak mahu berbunga...

2. Berikan baja siraman yg mengandungi unsur Fosforus ( P: 52 ) dan Kalium ( K:34 ) yang tinggi seperti contoh di atas, namun....

3. Semua itu hanya ikhtiar yg tiada KUASA apa-apa kerana hakikatnya ada malaikat yg menjalankan tugas tersebut atas arahan dari ALLAH.

Thursday, July 9, 2009

SET FERTIGASI MENGGUNAKAN GRAVITI

1. Lama dulu kami kursus fertigasi di Cameron Highland. Balik tak boleh nak set up sistem kerana belanjanya mencecah ratusan ribu RM.

2. Beberapa tahun kemudian kami kursus sekali lagi di tempat lain. Balik masih juga tak mampu nak set up sistem kerana belanjanya memerlukan beberapa ribu RM. Kemudian pergi lagi beberapa siri kursus... namun balik saje le belanjanya masih diluar kemampuan.

3. Tadi siang kami cuba dgn pelajar SKM buat sistem hanya menggunakan graviti.. Alhamdulillah berfungsi hampir sama lancar dgn sistem menggunkan pam.

4. Tak perlu timer RM 300.00. Tak perlu pam RM 300 dan tak perlu EC meter RM 300.Juga tak perlukan bumbung UV RM ribu-ribu, tapi terhad hanya kepada tanaman tertentu yg tahan terhadap penyakit bawaan hujan.

Sistem paip yang ringkas.













Pelajar guna botol mineral utk catat masa bagi mendapatkan kuantiti nutrien yang diperlukan.

Namun sistem ini terhad utk tujuan pembelajaran dan memerlukan "tenaga insani" (manusia) utk mengawal bekalan nutrien kpd tanaman.

Jika pasang sendiri purata kos keseluruhan bagi setiap beg RM 4 sahaja.

Wednesday, July 8, 2009

BERKAWAN DGN PENJUAL MINYAK WANGI

Aku beruntung kerana dipertemukan dgn dua insan yg hebat IT. Berhadapan meja ku ada Noh memang handal dlm bab program komputer. Di sebelah ku pula ada Jumaali yg telah terbukti kehebatan grafiknya. Mereka ibarat penjual minyak wangi yg mana aku berada di sebelah mereka dapat tumpang keharumannya dari aroma & auranya.

Walaupun susah nak dapat dan ingat ajaran mereka kerana aku dah tua tapi sedikit sebanyak dapat jugalah tumpang tempiasnya.

Tadi Jumaali beri aku alamat blog ini. Antara yg menarik perhatianku dlm blog ini ialah kisah ladang anggur, mungkin inilah tempat yang sama di mana Dr Abd Wahab selalu berulang alik suatu ketika dahulu.

Klik utk tahu cerita lanjut :

"Basah Lencun" Solo Ride to Perlis

Sumber gambar http://sirmart.blogspot.com/


Basah Lencun Ride : Grapes @ Perlis #1


Basah Lencun Ride : Grapes @ Perlis #2

Basah Lencun Ride : Grapes @ Perlis #3

Basah Lencun Ride : Grapes @ Perlis #4

Basah Lencun Ride : Grapes @ Perlis #5

Basah Lencun Ride : Grapes @ Perlis #6

Monday, July 6, 2009

TABIAT ANGGUR YG SAMA DGN BELIMBING

Belimbing akan berbunga selepas dicantas.......... begitu juga dgn anggur.


Setelah di"prun", 2 - 3 minggu kemudian, pohon anggur akan bertunas, kemudian terus berbunga. Lihatlah gambar-gambar ladang pohon anggur yang telah di"prun". Ladang itu akan mengeluarkan bertan-tan buah anggur.

Berzakat ibarat mencantas pepohon ... makin bertambah ranting, makin bertambah buahnya.

Tapi ramai yg masih rasa rugi dan ragu bila menunaikan zakat, rasa seolah duit itu hangus, sedangkan itulah hakikat harta kita yg sebenar dan kekal abadi sebagai bekalan hari kemudian nanti.

CARA MELEPASKAN IKAN KE DALAM KOLAM ATAU TANGKI

1. Tadi petang kami melakukan upacara melepaskan benih ikan di tangki milik emak di kampong.

2. Antara perkara yg perlu diambil perhatian sebelum melepaskan ikan ialah menstabilkan suhu dalam beg benih ikan dan suhu kolam.

3. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana menstabilkan suhu yg diamalkan oleh penternak. Merendamkan beg benih ikan dan kemudian membiarkan ikan itu keluar sendiri dari beg berkenaan pada sela masa tertentu.


Sunday, July 5, 2009

MENYEMAI ANGGUR


1. Keratan yg Dr Abd Wahab beri kami semai dalam sekam padi bakar dan sedikit pasir utk pengudaraan medium semaian. Idea ini kami dapat setelah meneliti dan meniru medium semaian utk Buluh Madu yg di bawa masuk dari Thailand. Nampaknya keratan yg disemai dalam medium ini lebih cepat bertunas... apapun saya pegang pesan Dr Abd Wahab, mungkin hanya tunas yg tumbuh sedangkan akarnya masih belum berkembang. Ciri-ciri medium ini adalah basah sedangkan utk akar anggur berkembang ciri yg diperlukan hanyalah lembab. Jadi kita jangan terpedaya dgn hanya melihat pertubuhan tunasnya.


2. Keratan yg disemai dalam medium pasir dan sedikit bahan organik. Walaupun masih belum bertunas lagi hati kecil saya lebih yakin akan kejayaannya berbanding dgn medium lain.



3. Keratan anggur yg disemai dalam medium Jiffy. Jiffy mahal harganya ( 60 sen satu ), jadi tak ekonomik utk komersil. Tapi saya tak kisah kerana ini keratan yang cukup bermakna cenderahati dari Dr Abd Wahab... mahal sikit tak apa dan berbaloi jika berjaya nanti... insyaallah.

4. Bila Dr Abd Wahab kata markot/tut boleh dilakukan utk anggur......... saya tak sabar tunggu esok utk "serbu" baka Isabella di Unit Hortikultur.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO