Monday, December 21, 2009

CILI KERINTING

Silik Klik di sini  dan  di sini  untuk kawalan kimia


Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Antara penyebab penyakit kerinting ialah:



1.BENA PUTIH
: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.
Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.







Kutu Terip









Hamama


2. HAMAMA & KUTU TERIP : Hamama ini juga antara penyebab kerinting. Selain itu, pokok juga akan mengalami kerekot, kerinting, mengecil dan pokok akan terbantut. Daun yang merekot ke bawah akan bertukar warna menjadi perak dan luruh. Waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas.
Hamama ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti MITEC.

3. KERINTING BERBATIK : Masalah ini bukan disebabkan serangan serangga tetapi disebabkan zat yang tidak mencukupi bagi tumbuhan yang biasanya berlaku ketika pokok mula menghasilkan bunga dan berbuah. Ketika ini pucuk daun baru mula kelihatan merekot dan berkerinting. Seterusnya jika dibiarkan daun pokok akan terus mengecut dan kelihatan berbatik-batik. Jika tidak dirawat dengan segera, tumbesaran pokok akan terbantut dan yang lebih malang lagi pokok mungkin tidak dapat disembuhkan dan terpaksa dibuang.
Cara mengatasi klik di sini
Sumber :http://cilipadif1.blogspot.com/2009/06/masalah-cili-kerinting-menghantui.html


Saturday, December 19, 2009

Pokok Roselle












 



Pengenalan:
Nama Botani : Hibiscus sabdariffa L
Nama Lain : Asam Paya, Asam Susur, Asam Kundang, Roselle
Famili : Malvaceae

Roselle spesies Bunga Raya yang dipanggil Hibiscus Sabdariffa L. Tumbuhan Roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil.Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia.
Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
kaliks bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman Roselle.

Roselle atau Asam Paya ialah tumbuhan semusim yang boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter, dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Ia mudah membiak dari biji benih buahnya yang kurang masam dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik.
















Daunnya pula berwarna hijau tua dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan bunga Roselle keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.
Walaupun kebiasaannya roselle membiak dari biji benih namun ia juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan Roselle, bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah. Untuk penanaman Roselle berskala besar pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan pada bulan pertama kerana tahap pertahanan Roselle agak lemah ketika itu. Baja Organik ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman Roselle. Bunga Roselle mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya.

Antara kulat yang sering menyerang pokok Roselle ialah Aecidium Garckeanum A. hibiscisurattense, Alternaria Macrospora, Cercospora Abelmoschi, C. Malaysensis, Corynespora Cassiicola, Cylindrocladium Scoparium, Diplodia Hibiscina, Fusarium Decemcellulare, F. Sarcochroum, F. Solani, F. Vasinfectum, Guignardia Hibisci-Sabdariffae, Irenopsis Molleriana, Leveillula Taurica, Microsphaera Euphorbiae, Phoma Sabdariffae, Phymatotrichum Omnivorum, Phytophthora Parasitica, Ph. Terretris, Pythium Perniciosum, Rhizocotonia Solani, Sclerotinia Eliana, S. Sclerotiorum, Sclerotium Rolfsii. Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun (aphid).

Bahagian Roselle yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup. Antara kegunaan kaliks Roselle ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek. Daun Roselle yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup. Cara mudah untuk mendapatkan air Roselle ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila.

Kegunaan:
Kaliks atau kelopak buah Roselle yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral, Roselle juga mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan Asid Askorbik (vitamin C) yang tinggi dari Blackcaren yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali atau Benang.

Khasiat Roselle:
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteri
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh


Info Lain:
Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.
Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.
Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.
Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh
tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).
Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa
cabang akan keluar dari batang utama.
Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.
Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan
Bertukar ke bentuk tiga jari.
Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.
Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.
Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.
Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.


Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.
Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.
Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.


Pengairan
Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.




















Air Roselle:
Bunga ni tahan lama dan tidak mudah layu walaupun tidak disimpan dalam peti ais. Tapi bila dah kena air ianya mula mengeluarkan warna merah dan akan layu sedikit. Kalau buat air dari bunga Roselle tidak perlu tambah pewarna untuk jadikan warna air merah kerana bunga yang direbus mengeluarkan warna merah pekat.











 

Cara:
3 kuntum bunga Roselle dibelah dua dan dibuang biji. Rebuskan air sebanyak 8-9 gelas besar . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga Roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing-masing dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga Roselle tanpa gula. Hanya bancuh dgn air gula bila air Roselle sudah sejuk.


Berita:
Walaupun sebelum ini, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan tanaman roselle, namun penemuan ini memberi sinar baru untuk roselle kembali hangat di pasaran.

PADA awalnya, kajian mengenai Kestabilan Genetik Lili dan Roselle Dengan Sistem Fertigasi adalah untuk menghasilkan beberapa jenis Roselle yang baru, unggul, bermutu dan mampu memberi hasil lumayan kepada petani.

Namun bukan itu sahaja yang terhasil, malah penyelidikan itu turut menemui sesuatu di luar jangkaan apabila sejenis asid organik semula jadi dikenali sebagai Hydroxy Citric Acid (HCA) didapati membantu mengurangkan berat badan.

“HCA diperoleh menerusi satu daripada mutant Roselle berwarna putih setelah benih Roselle dilalukan pada sinaran gama ray.”

“Sinaran tersebut mengganggu gen warna dan bentuk fizikal Roselle serta fungsinya sekali sebelum terhasilnya Roselle berwarna putih,” kata Profesor Madya Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut beliau, jenis Roselle putih ini kaya dengan HCA yang hampir sama dengan asid sitrik dalam buah limau gedang dan oren.

HCA didapati secara semula jadi daripada pokok Garcinia Cambogia atau dikenali sebagai Asam Jawa Malabar iaitu bahan paling popular dalam masakan India.



Secara umum, HCA dapat membantu mengurangkan berat badan menerusi dua cara asas.

Pertama, HCA membantu menghalang penghasilan lemak dengan mencegah makanan bergula dan karbohidrat bertukar menjadi lemak.

Kedua, penemuan terkini menunjukkan bahawa dengan meningkatkan paras bahan kimia tertentu di dalam otak seperti serotonin (pengawal selera yang utama), HCA berupaya membendung selera makan.

“Benih Roselle putih itu kemungkinan dikomersialkan pada hujung tahun ini apabila semua proses berkaitan seperti urusan perolehan hak harta intelektual disempurnakan, manakala dalam bentuk pil untuk kesihatan masih dalam proses,” katanya.

Roselle atau nama saintifiknya Hibscus sabdariffa adalah sejenis tanaman tropika dan eksotik yang berpotensi tinggi dalam menghasilkan makanan dan minuman berkhasiat setanding dengan produk buah-buahan tempatan yang lain.

“Roselle juga berpotensi sebagai makanan kesihatan, ubatan dan kosmetik,” katanya.

Berbanding dengan pokok Asam Jawa Malabar, yang hanya boleh hidup di India, tanaman Roselle sesuai ditanam malah lebih mudah diselenggarakan semasa cuaca panas. Namun keadaan yang lembap terutamanya musim hujan boleh menjejaskan hasil tanaman.

“Kajian menunjukkan tanaman Roselle boleh hidup subur di kawasan tanah pasir atau disebut tanah buis yang banyak terdapat di Pantai Timur. Ia sejenis tanaman semusim yang mampu hidup selama lima bulan,” katanya.

Penyelidikan beliau mendapat pengiktirafan antarabangsa dan berjaya memenangi pingat emas (roselle HS03100-29-7-1-6-3-1: Suatu titisan mutan berpotensi dengan kandungan HCA tinggi) dan perak (HCA Dari Roselle: Suatu agen anti-obesiti berpotensi) semasa Pameran Reka Cipta Britain di London pada tahun lalu.

Ahmed Mahir, seorang penyelidik dalam bidang Genetik dan Biakbaka Tumbuhan (Genetic and Plant Breeding), juga mengorak langkah untuk melakar sejarah baru dengan penciptaan kit yang mampu mengesan status halal haram sesuatu produk makanan.

“Kit itu nanti akan berfungsi sebagai alat mengesan sama ada sesuatu produk makanan itu mempunyai bahan campuran babi. Sementara itu, untuk menentukan daging lembu atau ayam disembelih atau pun tidak, satu ukuran kuantiti darah pada daging tersebut akan dilakukan,” katanya.

“Kedengaran macam mustahil tetapi tiada yang mustahil di muka bumi ini. Ini semua boleh ditentukan melalui DNA haiwan tersebut dan diadun dengan kepakaran yang kita miliki untuk menghasilkan alat yang boleh menyelamatkan darah daging umat Islam,” katanya lagi.

Ahmed Mahir mengingatkan agar isu halal haram tidak diambil ringan kerana apa yang dimakan akan menjadi darah daging.

“Kertas cadangan sudah siap dan kini dalam menguruskan proses untuk mendapatkan kelulusan perolehan dana bagi membiayai kos penyelidikan ini,” katanya.- Bernama

Artikel ini disunting dari akhbar kosmo oleh NURULATIQ AHMAD BANDI

Tuesday, December 15, 2009

Artikel Yang Menbinggungkan...

Akhir-akhir ini saya sangat tertarik pada stevia kerana sifat manisnya. Sungguhpun begitu kebanyakan gula kita hari ini berasal dari tebu.

Dalam tercari-cari tentang sesuatu yang manis saya terjumpa BLOG ini, sila klik di SINI

Sumber :http://akusape.blogspot.com/

Baca artikel didalam kurungan...apa pendapat anda semua???..

Monday, December 14, 2009

SUHU SEJUK PENTING UNTUK FERTIGASI

Klik di sini

Akar pokok adalah bahagian tumbuhan untuk penyerapan nutrien dan air dari medium penanaman.  Pada bahagian inilah berlakunya proses penyerapan.

Salah satu faktor yang mempengaruhi kadar penyerapan nutrien oleh akar pokok adalah suhu larutan fertigasi. Semakin rendah suhu semakin mudah penyerapan nutrien. Jadi, adalah penting untuk memastikan kawalan suhu.


Tips untuk merendahkan suhu nutrien larutan fertigasi:
1.  Tanamkan sebahagian dari tangki larutan nutrien ke dalam tanah.
2.  Gunakan tangki dari bahan konkrit.
3.  Gunakan polipaip/polibeg yang berwarna putih.
4.  Lalukan paip sisi di bawah polibeg ( lihat gambar)
5.  Pastikan rumah pam dibina dari bahan yang mampu mengawal suhu.
6.  Letakkan pam kecil di dalam tangki untuk menambah kandungan oksigen.
7.  Jalankan aktiviti pertanian di kawasan sejuk ( seperti di Cameron Highland)

Image preview


BIJI SAGA DAN "KACANG TANAH" (P-nut)

Saga adalah model kereta Nasional   yang pertama, perkataan saga diambil dari sejenis tumbuhan kerana ciri-ciri istimewa buahnya yg tersendiri.


"Kacang tanah" pula model kereta berjenama Honda klik di sini. 

Kedua-dua model ini mengambil nama bersempena dari keunikan biji benihnya.

Kehebatan biji benih adalah seperti "microchip" yg menyimpan segala maklumat tentang tumbuhan itu & tindakbalasnya terhadap persekitaran merangkumi bila akan bercambah, membesar, bercabang, berbunga dan berbuah... semua arahan ini tersimpan dalam hanya sebutir biji benih.. Maha suci Allah

Kereta ini sebiji macam kacangkan....









Friday, December 11, 2009

BUKIT UHUD

Uhud dalam bahasa melayu bermakna tunggal.  Dalam program ziarah diterangkan oleh ustaz bahawa bukit ini panjangnya kira-kira 7km dan lebarnya dalam anggaran 3 km.
Ada beberapa hadis yg menyentuh bahawa ganjaran pahala ibadah tertentu adalah sebesar Bukit Uhud.  Menurut "Ust Mutawif" itu lagi bukit ini nanti akan di bawa ke syurga.  Uniknya tempat ini terdapat "lurah"  yang menjadi benteng pertahanan pejuang islam di saat getir.  Di kaki bukit ini pula terdapat perkuburan 71 orang syuhada uhud. Lembah ini juga dikenali sebagai "Lembah Sayyiduna Hamzah" kerana di sinilah juga terletaknya makam beliau. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada mereka semua.
.
Melalui pengamatan saya yang menziarahi tempat ini pada tahun 2005 dan tahun 2007 tiada sebarang tanaman yang tumbuh di tempat ini.

Melalui Googlea Earth (fly to Jabal Uhud 42323 Saudi Arabia)  kita akan melihat nama "Muhammad" akan tertera pada bukit tersebut
Wallah hu aklam

Sumber :http://peribadirasulullah.wordpress.com/category/bukit-uhud-terukir-nama-nabi-muhammad/





تزويد الموضوع بصورة من موقع جبل من الجنة

Thursday, December 10, 2009

Tanaman Anggur




Anggur merupakan tanaman buah yang dikatakan berasal dari Armenia dan kemudian berkembang ke Timur Tengah sejak 4000 SM. Asalnya, teknologi pemprossesan anggur menjadi wine pertama kali dikembangkan orang Mesir pada 2500 SM. Dari Mesir ia kemudian berkembang ke Yunani dan tersebar ke daerah Laut Hitam sehingga ke Sepanyol, Jerman, Perancis dan Austria.
Seiring dengan pelayaran Columbus; mula menyebarkan tanaman anggur ke Mexico, Amerika Selatan, Afrika selatan, Asia termasuk Indonesia dan Australia. Penyebaran ini juga menjadikan Anggur mempunyai beberapa sebutan seperti Grape di Eropah dan Amerika, orang China menyebut Pu tao dan di Indonesia disebut anggur.
Pokok anggur pada suatu ketika dahulu hanya terdapat di negara bermusim kini sudah boleh ditanam di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Selepas 14 hari dipangkas pokok anggur mula mengeluarkan jambak-jambak bunga halus. 30 hari sebelum buah sedia untuk dipetik, penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan bagi memastikan buah yang akan dihasilkan manis. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis..
Antara penyakit yang diketahui menyerang tanaman ini ialah;
i. Antraknos - menyerang buah
ii. Karat - menyerang daun
iii. Kulapok Downy - menyerang daun
iv. Bengkak Cerana - menyerang batang dan ranting.
Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Ramai yang sudah mula menanam disebabkan permintaannya yang tinggi. Anak benih sahaja boleh mencecah sehingga RM25/polibeg. Antara varieti Anggur adalah seperti New White Malaga, Green Perliet, Black Opal ,I.A.C, Kyoho dan Isabela
Sumber :http://fazlisyam.com/2008/03/05/tanaman-anggur/

Beberapa Khasiat Anggur

  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.


MAKANAN MENGIKUT SUNNAH RASUL S.A.W

Sila klik link:

1.Makan tengahari :Roti dari barli, cuka dan minyak zaitun

2. Buah tin

3.Khasiat lobak merah

4.Khasiat buah delima.

5. Khasiat dill dan parsle.

6. Khasiat kurma dan susu 

Wednesday, December 9, 2009

Sistem Hidroponik NFT & EBB/Flow




















Sistem NFT adalah satu sistem Hidroponik yang mempunyai aliran larutan berbaja yang berterusan pada akar tanaman. Sekarang ini, rekabentuk platform takungan sudah jarang digunakan lagi. Sebaliknya sistem ini menggunakan tiub paip UPVC yang bersaiz 90mm. larutan baja disalurkan dari takungan/tangki terus ke setiap tiub menggunakan pam. Ia akan mengalir ke dalam tiub dan larutan akan disalurkan kembali ke tangki dari hujung tiub tersebut dan dikitar semula. Rajah di bawah menunjukkan model asas sistem ini.
Kebaikan sistem ini ialah kadar pertumbuhan pokok adalah tinggi dan juga menjimatkan baja dan air. Akan tetapi sistem ini juga ada keburukannya. Jika aliran air terlalu deras, kotoran atau akar-akar halus yang terlepas akan menyumbat seluruh sistem dan boleh menyebabkan kematian pokok. Ini dapat dielakkan dengan menapis air laruran yang masuk semula ke dalam tangki baja.
Sistem EBB-Flood & Drain pula agak berbeza sedikit kerana air larutan yang disalurkan ke tiub dibenarkan bertakung sehingga ke paras akar tanaman. lebihan air akan dikumpulkan dan disalurkan semula ke tangki baja untuk dikitar semula. Kaedah ini sangat sesaui untuk tanaman sayur berdaun. Rajah di bawah menunjukkan rekabentuk sistem ini. Sumber :  http://www.pertanianmoden-precisionfarming.co.cc/

HAIDROPONIK NFT

Awal pagi tadi terima call dari Tn Hj Ghazali bos GM peladang.  Dia maklumkan 3 sahabat aku sedang berkampung di rumahnya utk belajar benda di bawah ni, patut la Suhaimi kata dia pergi Kuala Ibai, Terengganu, ada projek bagus rupanya.

KIT HAIDROPONIK NFT
(Hobi tani sayuran berdaun tanah tinggi harga RM450.00)
Klik : DI SINI

DI SINI MENANAM ( DUNIA ) DI SANA MENUAI (AKHIRAT)

Segala kerjabuat baik kita didunia ini adalah ibarat bercucuk tanam, yang mana di akhirat nantilah tempat kita menuai dan menikmati hasilnya...

Monday, December 7, 2009

BERCUTI TAPI BEKERJA

Selepas kesibukan Hari Raya Qurban kena kursus buat web di atas selama seminggu.
 Sebaik habis kursus kami terus pergi ke Kelantan bagi tujuan temuduga dan ujian bertulis anak kami untk kemasukan ke MTQ. 

Cadangnya nak bermalam sahaja di Kota Bharu, tapi ada saudara beriya sangat mengajak kami bermalam di kampung halamannya berhampiran Pantai Irama, Bachok.

 
Tak mahu menghampakan harapan beliau, tapi kehidupan desa ini, sesuai dgn minat kami dalam dunia tani. Ada lembu, kambing, dusun dll.
Tertarik dgn visi dan misi pusat tahfiz inilah yg menarik perhatian kami sanggup datang sebegini jauh dgn hanya satu matlamat yang tekad.

 
Sempat bergambar di sekeliling MTQ yang dipagari dgn pohon buluh yang harmoni.
Antara idea terbaik pengurusan MTQ yang menanam anggur sebagai seni taman.


Baru semalam dapat pulang dan menjenguk projek fertigasi yang dah hampir 2 minggu ditinggalkan.  Syukur khailan Hong Kong ini membesar dgn baik.

Sepeninggalan rupanya anggur juga dah tinggi menjalar

DAMAI



Lembah tani yg damai... ada gunung, bukit, lembah, lurah dan kebiruan tasik. 

Hadis tentang mulberi



Melayari blog Raden Bertani saya tertarik  ini :

Imam Syafie pula ketika ditanya tentang dalil kewujudan Allah telah berkata: “Lihatlah daun Tut ini (mulberry leaves). Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya?

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO