Saturday, December 19, 2009

Pokok Roselle












 



Pengenalan:
Nama Botani : Hibiscus sabdariffa L
Nama Lain : Asam Paya, Asam Susur, Asam Kundang, Roselle
Famili : Malvaceae

Roselle spesies Bunga Raya yang dipanggil Hibiscus Sabdariffa L. Tumbuhan Roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil.Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia.
Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
kaliks bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman Roselle.

Roselle atau Asam Paya ialah tumbuhan semusim yang boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter, dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Ia mudah membiak dari biji benih buahnya yang kurang masam dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik.
















Daunnya pula berwarna hijau tua dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan bunga Roselle keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.
Walaupun kebiasaannya roselle membiak dari biji benih namun ia juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan Roselle, bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah. Untuk penanaman Roselle berskala besar pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan pada bulan pertama kerana tahap pertahanan Roselle agak lemah ketika itu. Baja Organik ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman Roselle. Bunga Roselle mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya.

Antara kulat yang sering menyerang pokok Roselle ialah Aecidium Garckeanum A. hibiscisurattense, Alternaria Macrospora, Cercospora Abelmoschi, C. Malaysensis, Corynespora Cassiicola, Cylindrocladium Scoparium, Diplodia Hibiscina, Fusarium Decemcellulare, F. Sarcochroum, F. Solani, F. Vasinfectum, Guignardia Hibisci-Sabdariffae, Irenopsis Molleriana, Leveillula Taurica, Microsphaera Euphorbiae, Phoma Sabdariffae, Phymatotrichum Omnivorum, Phytophthora Parasitica, Ph. Terretris, Pythium Perniciosum, Rhizocotonia Solani, Sclerotinia Eliana, S. Sclerotiorum, Sclerotium Rolfsii. Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun (aphid).

Bahagian Roselle yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup. Antara kegunaan kaliks Roselle ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek. Daun Roselle yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup. Cara mudah untuk mendapatkan air Roselle ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila.

Kegunaan:
Kaliks atau kelopak buah Roselle yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral, Roselle juga mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan Asid Askorbik (vitamin C) yang tinggi dari Blackcaren yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali atau Benang.

Khasiat Roselle:
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteri
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh


Info Lain:
Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.
Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.
Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.
Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh
tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).
Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa
cabang akan keluar dari batang utama.
Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.
Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan
Bertukar ke bentuk tiga jari.
Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.
Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.
Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.
Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.


Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.
Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.
Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.


Pengairan
Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.




















Air Roselle:
Bunga ni tahan lama dan tidak mudah layu walaupun tidak disimpan dalam peti ais. Tapi bila dah kena air ianya mula mengeluarkan warna merah dan akan layu sedikit. Kalau buat air dari bunga Roselle tidak perlu tambah pewarna untuk jadikan warna air merah kerana bunga yang direbus mengeluarkan warna merah pekat.











 

Cara:
3 kuntum bunga Roselle dibelah dua dan dibuang biji. Rebuskan air sebanyak 8-9 gelas besar . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga Roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing-masing dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga Roselle tanpa gula. Hanya bancuh dgn air gula bila air Roselle sudah sejuk.


Berita:
Walaupun sebelum ini, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan tanaman roselle, namun penemuan ini memberi sinar baru untuk roselle kembali hangat di pasaran.

PADA awalnya, kajian mengenai Kestabilan Genetik Lili dan Roselle Dengan Sistem Fertigasi adalah untuk menghasilkan beberapa jenis Roselle yang baru, unggul, bermutu dan mampu memberi hasil lumayan kepada petani.

Namun bukan itu sahaja yang terhasil, malah penyelidikan itu turut menemui sesuatu di luar jangkaan apabila sejenis asid organik semula jadi dikenali sebagai Hydroxy Citric Acid (HCA) didapati membantu mengurangkan berat badan.

“HCA diperoleh menerusi satu daripada mutant Roselle berwarna putih setelah benih Roselle dilalukan pada sinaran gama ray.”

“Sinaran tersebut mengganggu gen warna dan bentuk fizikal Roselle serta fungsinya sekali sebelum terhasilnya Roselle berwarna putih,” kata Profesor Madya Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut beliau, jenis Roselle putih ini kaya dengan HCA yang hampir sama dengan asid sitrik dalam buah limau gedang dan oren.

HCA didapati secara semula jadi daripada pokok Garcinia Cambogia atau dikenali sebagai Asam Jawa Malabar iaitu bahan paling popular dalam masakan India.



Secara umum, HCA dapat membantu mengurangkan berat badan menerusi dua cara asas.

Pertama, HCA membantu menghalang penghasilan lemak dengan mencegah makanan bergula dan karbohidrat bertukar menjadi lemak.

Kedua, penemuan terkini menunjukkan bahawa dengan meningkatkan paras bahan kimia tertentu di dalam otak seperti serotonin (pengawal selera yang utama), HCA berupaya membendung selera makan.

“Benih Roselle putih itu kemungkinan dikomersialkan pada hujung tahun ini apabila semua proses berkaitan seperti urusan perolehan hak harta intelektual disempurnakan, manakala dalam bentuk pil untuk kesihatan masih dalam proses,” katanya.

Roselle atau nama saintifiknya Hibscus sabdariffa adalah sejenis tanaman tropika dan eksotik yang berpotensi tinggi dalam menghasilkan makanan dan minuman berkhasiat setanding dengan produk buah-buahan tempatan yang lain.

“Roselle juga berpotensi sebagai makanan kesihatan, ubatan dan kosmetik,” katanya.

Berbanding dengan pokok Asam Jawa Malabar, yang hanya boleh hidup di India, tanaman Roselle sesuai ditanam malah lebih mudah diselenggarakan semasa cuaca panas. Namun keadaan yang lembap terutamanya musim hujan boleh menjejaskan hasil tanaman.

“Kajian menunjukkan tanaman Roselle boleh hidup subur di kawasan tanah pasir atau disebut tanah buis yang banyak terdapat di Pantai Timur. Ia sejenis tanaman semusim yang mampu hidup selama lima bulan,” katanya.

Penyelidikan beliau mendapat pengiktirafan antarabangsa dan berjaya memenangi pingat emas (roselle HS03100-29-7-1-6-3-1: Suatu titisan mutan berpotensi dengan kandungan HCA tinggi) dan perak (HCA Dari Roselle: Suatu agen anti-obesiti berpotensi) semasa Pameran Reka Cipta Britain di London pada tahun lalu.

Ahmed Mahir, seorang penyelidik dalam bidang Genetik dan Biakbaka Tumbuhan (Genetic and Plant Breeding), juga mengorak langkah untuk melakar sejarah baru dengan penciptaan kit yang mampu mengesan status halal haram sesuatu produk makanan.

“Kit itu nanti akan berfungsi sebagai alat mengesan sama ada sesuatu produk makanan itu mempunyai bahan campuran babi. Sementara itu, untuk menentukan daging lembu atau ayam disembelih atau pun tidak, satu ukuran kuantiti darah pada daging tersebut akan dilakukan,” katanya.

“Kedengaran macam mustahil tetapi tiada yang mustahil di muka bumi ini. Ini semua boleh ditentukan melalui DNA haiwan tersebut dan diadun dengan kepakaran yang kita miliki untuk menghasilkan alat yang boleh menyelamatkan darah daging umat Islam,” katanya lagi.

Ahmed Mahir mengingatkan agar isu halal haram tidak diambil ringan kerana apa yang dimakan akan menjadi darah daging.

“Kertas cadangan sudah siap dan kini dalam menguruskan proses untuk mendapatkan kelulusan perolehan dana bagi membiayai kos penyelidikan ini,” katanya.- Bernama

Artikel ini disunting dari akhbar kosmo oleh NURULATIQ AHMAD BANDI

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO