101 HLT
Setelah melalui perjalanan selama 101 hari beginilah rupa sawah kami. Kami sengaja menahan air ini dari dibuang ,menunggu kepulangan anak dari asrama pada hujung minggu ini. Kami bercadang untuk terjun ramai-ramai ke dalam parit ini untuk menangkap ikan.
Tadi Pak Halim jiran sawahku mengeluh menghitung "kerugian".... kerana musim padi kami bermula dgn masalah air kemudian serangan ulat batang, diikuti serangan bena hijau & perang serta padi angin. Bila dijual pula harga padi telah turun dari RM 1200 kepada RM 1050 sahaja.
Keluhan Pak Halim & perjalanan sejauh ini menginsafkan kami betapa getir dan payahnya kehidupan sebagai petani. Mereka merintih dgn masalah air, berjemur di bawah terik matahari, mengharap turunnya hujan rahmat, tidur yang tak lena dengan masalah serangga, jenuh berdikit utk membeli input tani, saban hari bergelumbang dgn sisa toksik, pasrah tak berupaya dengan harga jualan padi, menanti setiap hari yang berlalu dgn penuh harapan dgn matlamat membekalkan makanan utk sesuap nasi..........dan seribu satu rasa bergelora yang hanya "dinikmati" oleh mereka insan yang "terpilih".

"Semakin tunduk semakin berisi" begitulah proses yang dilalui pada minggu minggu terakhir ini. Padi sebahagiannya telah berwarna kuning, sebahagian lagi sedang mengisi "susu". Setelah penuh setiap tangkai akan semakin tunduk.