Thursday, July 15, 2010

101 HLT

Setelah melalui perjalanan selama 101 hari beginilah rupa sawah kami.  Kami sengaja menahan air ini  dari dibuang ,menunggu kepulangan anak dari asrama pada hujung minggu ini.  Kami bercadang untuk terjun ramai-ramai ke dalam parit ini untuk menangkap ikan.
Tadi Pak Halim jiran sawahku mengeluh menghitung "kerugian".... kerana musim padi kami bermula dgn masalah air kemudian serangan ulat batang, diikuti serangan bena hijau & perang serta padi angin. Bila dijual pula harga padi telah turun dari RM 1200 kepada RM 1050 sahaja.
 Keluhan Pak Halim & perjalanan sejauh ini menginsafkan kami betapa getir dan payahnya kehidupan sebagai petani.  Mereka merintih dgn masalah air, berjemur di bawah terik matahari, mengharap turunnya hujan rahmat, tidur yang tak lena dengan masalah serangga, jenuh berdikit utk membeli input tani, saban hari bergelumbang dgn sisa toksik, pasrah tak berupaya dengan harga jualan padi, menanti setiap hari yang berlalu dgn penuh harapan dgn matlamat membekalkan makanan utk sesuap nasi..........dan seribu satu rasa bergelora yang hanya "dinikmati" oleh mereka insan yang "terpilih".

"Semakin tunduk semakin berisi" begitulah proses yang dilalui pada minggu minggu terakhir ini.  Padi sebahagiannya telah berwarna kuning, sebahagian lagi sedang mengisi "susu".  Setelah penuh setiap tangkai akan semakin tunduk.

3 Comentários:

Taufiku San said...

saya tertarik dengan projek tanaman padi anda. projek padi ini mengingatkan saya pada waktu saya bersekolah dahulu... dimana saya membantu bapa saya mengusahakan tanaman padi seluas 135 ekar. Setiap cuti sekolah atau cuti semester.. saya akan membantu membajak atau membawa jentuai padi... Sayangnya projek tersebut terpaksa dihentikan 4 tahun yg lepas kerana kerenah² tuan² tanah. Insyallah.... pada masa sekarang kami sedang mengintai peluang... untuk terlibat semula.. mengusahakan tanaman padi dimasa akan datang.

semoga projek tanaman padi anda sukses selalu..

mengenai benih terung mini... saya tiada stok simpanan... kerana semuanya telah habis disemai... untuk di tanam seluas 5 ekar pada bulan ini. insyallah.. lepas ini jika ada benih saya akan berikan kepada anda.

Jali-jali said...

Tidak perlu mengeluh kerana menanam padi kerana hasil padi adalah rezeki direct dari Allah Taala. Kita kena redha. Jika ada musibah, itu adalah peluang untuk muhasabah diri, apa yang berlaku disekitar kita juga kadangkala ada hubungkait dengan kemurkaan Allah.....

Aku sentiasa redha mendapat 3.80 tan sekeping sebab ada jiranku cuma dapat 800kg. Aku akur dengan Murka Allah sebab persekitaran aku menimbulkan MurkaNya....

Unknown said...

Mcmn Saya boleh dapatkan racun organic ini?

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO