Thursday, January 28, 2010

LANGKAH PENJIMATAN

Ada seorang sahabat tu bercerita untuk penjimatan di tempat kerjanya dicadangkan agar soalan peperiksaan tak perlu muka hadapan, layout pula secara landskap yang mengabungkan 2 muka surat soalan jadi satu, jangan guna tulisan "bold" (jimat dakwat), jawab terus di atas kertas soalan (jadi tak perlulah kertas jawapan OMR)... bergeliga sungguh mereka ini.

Aku pulak yang selama ini selalu guna kertas mahjung jadi serba salah, kerana buat seketika ini arahan  tak boleh buat sebarang pembelian dah...

Nasib teringat idea si  Jai dari Selangor, dia kata beli je papan puteh yang boleh ditulis dgn marker white board, potong guna cutter pada saiz 2 kaki x 3 kaki, dikelilingnya tampal binding tape...  Huh selamat, sebijik macam kertas majung malah lebih jimat.

..........paling best p & p secara kooperatif aku tak terganggu dgn hanya bermodal RM 20 dari kocek sendiri.


.......ini la bebudakku yg bergaya buat pembentangan dgn papan lapis yang dipotong-potong  tu he he...he ...

IKAN DAN TERAPI MINDA



Kalau tanya aku apa yang paling syok ?

Kalau nak jawapan brutal aku akan kata acara "mencecah tanah bila beli motosikal baru".

Sungguhpun begitu semenjak dua menjak ini tiap kali berselisih dengan bebudak di bawah ni mereka akan tanya.  Cikgu mana ikan ? Bila kita nak beli ikan ? Bila kita nak mula ternak ikan ?

Akhirnya baru tadi ada kesempatan ke Pusat Penetasan ikan di Lata Kinjang. Kami peroleh 500 ekor  ikan keli besaiz 6 in hingga 7 in.  Kami pun buat acara yang paling menyeronokkan bebudak ini.
Acara melepaskan ikan ke kolam konkrit.


Melihat pelbagai aksi "ahli syurga" ini kami rasa puas kerana  dapat mengembirakan mereka.Lebih-lebih lagi kerana sejak projek ini dilaksanakan ada seorang pelajar tu telah mula bercakap setelah membisu sekian lama.....

....mungkin kerana terlalu teruja dgn terapi minda ini 

Wednesday, January 27, 2010

CANTIK DAN INDAH ITU SUBJEKTIF

Sumber utk maklumat blog ER 650
http://www.tayargolek.com/


Tuesday, January 26, 2010

KEMENJADIAN & PENGAYAAN :Koleksi gambar penglibatan ("kemenjadian" ) anak-anak warga SEMASA



 Menanam betik dari varieti "sekaki" : Pelajar akan dapat menanam dengan cara yang betul dan akan boleh membezakan betik betina dan betik jantan melalui bunganya.
 

 Menanam pokok buah buahan :Kemahiran penjagaan :sokongan, membaja, mengembur dan kawalan perosak penyakit.



 
Tanaman nenas : Kemahiran pembiakan dan penggunakan hormon



 Membina batas : Rawatan pemulihan tanah bermasalah (berpasir) menggunakan bahan organik yang diambil dari reban puyuh sekolah.
 
Menyediakan sokongan untuk pokok naga: Kemahiran mencantas, menggunakan baja organik, sokongan tanaman dan kawalan penyakit kulat.


Ketinggian pokok naga yang sama selepas tiga bulan


 Keladi : Kemahiran pembiakan dan tanaman dari kumpulan jenis ubi.
 .
 
 Kolam ikan secara organik : Kelebihan ternakan secara organik.

 
 Kelas komputer : Menyediakan laporan projek, membina e mail.

 
 P&P secara kooperatif : Penglibatan aktif pelajar semasa p & p.guru bertindak sebagai pemudah cara.
 
 Amalan tanaman fertigasi secara komersial : tanaman rossel yang akan di buat jus dan halwa.

 
 Membiak tumbuhan di laman agro : Sebagai landskap dan hobi serta terapi minda.

 
 Makmal sains pertanian yang dihias ceria oleh pelajar.

 
 Pembajaan pokok orkid sebagai tanaman hiasan gantung: Menggunakan unsur K bagi mengalakkan pembungaan.

 
 Menyemai biji benih : Teknik penyemaian yang betul dan keperluan biji benih untuk bercambah.






  Tamanam sayuran jenis daun (Khailan Hong Kong ) : Kemahiran sistem pengairan mikro dan fertigasi.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO