IKAN DAN TERAPI MINDA
Kalau tanya aku apa yang paling syok ?
Kalau nak jawapan brutal aku akan kata acara "mencecah tanah bila beli motosikal baru".
Sungguhpun begitu semenjak dua menjak ini tiap kali berselisih dengan bebudak di bawah ni mereka akan tanya. Cikgu mana ikan ? Bila kita nak beli ikan ? Bila kita nak mula ternak ikan ?
Akhirnya baru tadi ada kesempatan ke Pusat Penetasan ikan di Lata Kinjang. Kami peroleh 500 ekor ikan keli besaiz 6 in hingga 7 in. Kami pun buat acara yang paling menyeronokkan bebudak ini.
Acara melepaskan ikan ke kolam konkrit.
Melihat pelbagai aksi "ahli syurga" ini kami rasa puas kerana dapat mengembirakan mereka.Lebih-lebih lagi kerana sejak projek ini dilaksanakan ada seorang pelajar tu telah mula bercakap setelah membisu sekian lama.....
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment