LANGKAH PENJIMATAN
Ada seorang sahabat tu bercerita untuk penjimatan di tempat kerjanya dicadangkan agar soalan peperiksaan tak perlu muka hadapan, layout pula secara landskap yang mengabungkan 2 muka surat soalan jadi satu, jangan guna tulisan "bold" (jimat dakwat), jawab terus di atas kertas soalan (jadi tak perlulah kertas jawapan OMR)... bergeliga sungguh mereka ini.
Aku pulak yang selama ini selalu guna kertas mahjung jadi serba salah, kerana buat seketika ini arahan tak boleh buat sebarang pembelian dah...
Nasib teringat idea si Jai dari Selangor, dia kata beli je papan puteh yang boleh ditulis dgn marker white board, potong guna cutter pada saiz 2 kaki x 3 kaki, dikelilingnya tampal binding tape... Huh selamat, sebijik macam kertas majung malah lebih jimat.
..........paling best p & p secara kooperatif aku tak terganggu dgn hanya bermodal RM 20 dari kocek sendiri.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment