Wednesday, May 5, 2010

MENANAM CILI PADA 5 MEI 2010

Masa rehat jam 10.00 pagi kami mula menyiram anak cili pada tray semaian agar mudah "dicabut" utk diubah ke dalam polibeg.
Langkah berikutnya kami siram setiap polibeg hingga betul-betul basah (hingga seberat 8kg-10kg/beg), kemudian barulah kami mengubah anak cili tersebut. 
Sebelum itu kami telah membancuh larutan A dan B, seterusnya dimasukkan ke dalam tangki nutrien utk dicampur pada kadar yang sama sehingga bacaan EC 1.4 selama satu minggu.
Terima kasih kepada En Zahari pegawai pertanian yang telah sudi membimbing kami dalam set up fertigasi untuk tanaman cili.

Tugasan esok kami akan mula melakukan kawalan kimia untuk menghindari masalah kulat dan serangga.
Senarai racun untuk cili kerinting : Klik di sini
Kawalan kimia untuk cili : Klik di sini
Cili kerinting : Klik
Cili kerinting : Klik di sini

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO