Saturday, May 8, 2010

PENGAPURAN KAPUR CECAIR

Hari ini 8 Mei 2010 merupakan 32 HLT bagi tanaman padi kami.  Pada gambar di atas jelas kelihatan tompokan kekuningan di beberapa kawasan sawah kami.  Kesan kekuningan berkenaan berpunca dari tanah yang masam.  Kami mengharapkan hujan turun agar kemasaman tanah berkenaan berkurangan, namun telah hampir seminggu hujan tidak turun.  Walau pun secara teori hujan akan menyebabkan tanah berasid namun kerana tanah kami yang lebih masam hujan merupakan satu rahmat utk mengurangkan keasidannya.

Lawan bagi asid ialah bes. Bahan berbes yang biasa digunakan ialah kapur, gambar di atas ialah contoh-contoh kapur
Amalan yang sering digunakan petani untuk menabur kapur jenis debu, kaedah yang  memenatkan dan kulit mudah melecur walaupun dengan sedikit peluh yang melembapkan badan

Inilah kapur cecair yang kami gunakan kerana lebih memudahkan, tidak mencederakan tanaman walaupun terkena pada bahagian daun tumbuhan. Harganya 4 lt untuk satu hektar RM 58.00. 
Kapur cecair dgn saiz yang sangat halus tetapi berkesan.  Kami menjangka kapur ini mampu bertindak untuk meningkatkan pH selama sepuluh hari sahaja. Itu sudah memadai kerana kami akan melakukan pengapuran semula sebelum aktiviti membaja yang berikutnya.
 Perhatikan kesan pH terhadap pertumbuhan akar padi.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO