Friday, April 30, 2010

MENYULAM PADI

Menyulam merupakan aktiviti menanam semula anak padi pada mana-mana bahagian sawah yang tidak tumbuh. Proses ini agak leceh dan remeh kerana perlu membongkok dalam jangkamasa yang agak lama.  
 
Pak cik dalam gambar ini jiran berhampiran sawah kami, seorang yang sangat gigih kerana pada pengamatan kami tiap kali turun ke sawah pastinya beliau berada pada mana-mana bahagian petak sawahnya untuk menyulam. Bendangnya antara yang paling cantik di parit 12 , samada dari segi penyediaan tanah, pengurusan anak padi dan penjagaan.  Kami jadikan sawah beliau sebagai penanda aras.  Sisir bercabang tiga yang dipegang oleh beliau itulah peralatan yang cukup popular dikalangan pesawah untuk menyulam padi.
Ini pula jiran yang berada di sebelah sawah kami..  Lompang itu adalah tanah yang agak dalam maka itu padi yang ditabur gagal untuk tumbuh di situ. Lompang-lompang kosong itu sebenarnya tanah yang sangat "barakah"  jika disulam kerana pada lompang kosong itu  tiada masalah rumpai atau padi angin.  Setiap perdu padi yang disulam boleh menghasilkan 1kg padi kerana kerana keistemewaannya yang tersendiri.
Ini pula pemandangan sawah kami yang baru di sulam hari ini 22 HLT.  Kadar upah RM 20/seorang sepagi.  Mak cik Parit 11 turun seramai enam orang tentu meriah, sayang sekali sebelah pagi kami ke sekolah jadi tak sempat nak rakam aktiviti meriah berkenaan.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO