Friday, April 23, 2010

AIR OH AIR

Sebelah kiri ialah rumput sambau dan sebelah kanan pula padi. Hampir sama tapi tak serupa.  Rumpai ialah sebarang tumbuhan yang kita tidak kehendaki dan tumbuh di kawasan tanaman kita.

Kawalan fizikal yang boleh dilakukan untuk menghalang pertubuhan rumpai tersebut melalui kaedah "membanjiri sawah" dengan air sepenuh-penuhnya.  Selain padi yang telah tinggi semua rumpai yang rendah akan lemas atau gagal mendapat cahaya utk proses fotosintesis akibat air yang dalam.

Namun teori tersebut tidak mudah untuk diaplikasikan. Tanah sawah kami telah mula menunjukkan tanda-tanda retak akibat kering yang melampau.  Sudah hampir seminggu kami bergelut dengan masalah air. 

Betullah kata bekas anak muridku yang bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi pertanian. "Kami dah buat macam-macam utk petani,kami juga ada banyak idea utk pesawah , namun kekangan terbesar kami ialah masalah air, pengurusan air di luar bidang kuasa kami". 
Pengairan masuk ini telah lama pecah, namun bila tiba masa kami memerlukan air barulah mereka mahu membaikinya.  Agaknya entah berapa harilah lagi baru mereka membuka semula sumber bekalan air ini ?
Tak larat dengan karenah berokrasi geng air tu..baik kami ambil tindakan proaktif.  Cari sahaja mana-mana sumber air pam sendiri.

Kami tidak mahu membiarkan sawah ini terus kering kerana terlalu berisiko dengan masalah rumpai di atas.

Setelah satu petang berusaha dalam cuaca panas dan hujan akhirnya kami berjaya mengairi hampir 30 % sawah ini . Esok kami akan berusaha lagi..

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO