IKAN KELI HARAM
Kepada pengemar ikan keli sila klik dibawah utk tahu status halal haram ikan keli :

Di sini MENANAM di sana NANTI MENUAI
Kepada pengemar ikan keli sila klik dibawah utk tahu status halal haram ikan keli :

Jika hari ini seseorang dah gila kuasa,
Jika hari ini seseorang yang sedang bermaharajalela,
Jika hari ini seorang diktator di negara afrika
Jika hari ini seorang "ulama" yang dah tak upaya,
Jika hari ini seorang penulis Berita Meloya
Jika hari ini siapa sahaja jadi gelap mata
..... SEMUA ITU BUKAN SALAH KITA?
1. Kalau kita sedar amanah ibarat gambar di bawah pasti kita tak terkinja-kinja mengejar pangkat.
2. Cumanya kita melihat pangkat sebagai ganjaran dan pengiktirafan maka kita terlupa bagaimana nak menjawab semua itu di hadapanNya nanti.
3. Ramainya alpa bila sentiasa meminta minta amanah (jawatan) hakikatnya beban yg telah tergalas pun sudah tidak tertanggung.
Andainya nanti aku jadi ketua ...
Aku takut nanti tidak berlaku adil kepada kaum yg aku "benci"
Aku takut nanti andai hanya asik leka bermain golf dan melancong
Aku takut nanti asik bercuti menanti hari matiku
Aku takut nanti sebok menghimpun kekayaan dan membina "hutan batu".
Aku takut "anak buahku" jahil dalam ilmu bermanfaat.
Maka itu kehidupan biasalah yg aku cinta.
Marhain biasa, memadailah sekadar amanah yg ada.
Aku punya masa membelai pepohon sebagai terapi minda.
Aku punya masa siang bekerja dan malam utkNya
...kerana seluruh nikmat kehidupan ini
tiada apa apa nilai di sisiNya.
...namun segala kerja buat kita perlu jawab
di hadapan yang Esa.
"SAHAM" SIAPAKAH YG TERTINGGI UTK TANGGUNGJAWAB DOSA GAMBAR DI BAWAH?
Sumber gambar: PerisikRakyat
1. Baru baru ni seorang rakan isteri ku telah berziarah ke rumah penjaga muridnya yg meninggal dunia.
2. Seperti yg diceritakan rakannya ( Cikgu Rozi) rasa nak menitis air mata. Arwah mempunyai anak seramai 14 orang. Hidupnya PETANI yg sangat daif dan sangat miskin. Bila sampai di rumah arwah diceritakan tak tahu "mana satu pintu rumah". Semua dinding rumahnya tidak sempurna hinggakan lebih tepat tak layak disebut "rumah" . Jalan masuk dan yg lainnya tak gamak nak sebut... terlalu daif.
3. Aku tersentuh dgn cerita itu kerana aku kenal arwah, cuma kami semua tak pernah cuba menghampirinya secara dekat akibat "prasangka". Baru kami tersedar mungkin "prasangka" akibat sikap arwah itu kerana rendah diri lantaran kemiskinannya. Mungkinkah kami semua berdosa kerana itu?
4. Moga arwah dicucuri rahmat oleh Allah.
1. Suatu petang beriya benar emak menyuruh kami mengutip buah KUININ di sawah dibelakang rumah.
2. Tiba di sawah aku bercerita pada isteriku pokok KUININ ini dari saya kecil dulu sampai sekarang MACAM ITULAH SAHAJA BESARNYA ( tak bertambah tinggi atau mengecil). Emakku pula menyampuk pokok kuinin tu memang besarnya begitu semenjak dia hijrah ke Sg Manik ( lama sebelum aku dilahirkan )...LAGI HEBAT!
3. Bila dah banyak buah yg dikumpul kami kupas dan makan sama-sama, rasanya MEMANG ENAK LAGI MANIS PENUH AROMA... sedapppp. Entahlah siapa yg tanam? Moga Allah merahmatinya di alam barzakh. 1. Ini pulak pokok mangga berhadapan Kota Ngah Ibrahim. Menurut cerita mulut ke mulut di sinilah pejuang melayu dijatuhkan hukuman mati dengan pertuduhan "pengganas".
2. Pokok mangga memang panjang usianya... boleh melepasi beberapa generasi.
©Template Blogger Green by Dicas Blogger.