Thursday, May 14, 2009

MANGGA YANG PANJANG USIA

1. Suatu petang beriya benar emak menyuruh kami mengutip buah KUININ di sawah dibelakang rumah.

2. Tiba di sawah aku bercerita pada isteriku pokok KUININ ini dari saya kecil dulu sampai sekarang MACAM ITULAH SAHAJA BESARNYA ( tak bertambah tinggi atau mengecil). Emakku pula menyampuk pokok kuinin tu memang besarnya begitu semenjak dia hijrah ke Sg Manik ( lama sebelum aku dilahirkan )...LAGI HEBAT!

3. Bila dah banyak buah yg dikumpul kami kupas dan makan sama-sama, rasanya MEMANG ENAK LAGI MANIS PENUH AROMA... sedapppp. Entahlah siapa yg tanam? Moga Allah merahmatinya di alam barzakh.



1. Ini pulak pokok mangga berhadapan Kota Ngah Ibrahim. Menurut cerita mulut ke mulut di sinilah pejuang melayu dijatuhkan hukuman mati dengan pertuduhan "pengganas".

2. Pokok mangga memang panjang usianya... boleh melepasi beberapa generasi.

6 Comentários:

PG said...

Salam Saudara..
Pokok tu belum tumbang lagi..
Agak-agaklah,siapa akan tumbang dulu..pokok itu atau kita.

ninja97 said...

Tapi ada yg kata itu bukan pokok asal tempat pejuang itu digantung. Pokok sebenar telah ditebang, cuma lokasi hukuman sahaja berhampiran dgnnya. Susah nak rujuk maklumat sebenar, macam kisah bintang tiga di Sg manik. Bangkai kapal serangan bersejarah yg mengorbankan ramai jiwa itu tak ada sesiapa yg nak pelihara.

PG said...

Salam Saudara..
Pokok tu belum tumbang lagi..
Agak-agaklah,siapa akan tumbang dulu..pokok itu atau kita.

ZAID SAHLAN said...

Rasa rasanya kitalah,baru umur 40th dah banyak penyakit. Masuk 50th ramai yg kena stroke he he

Mujahid Kecil said...

getah kuini tu pernah jatuh kat bahu ayah...kesannya ada sampai sekarang...kenangan.

ZAID SAHLAN said...

Hang mai la balik kg,sementara buah tu masih ada lagi...sedap.

Campur ais ABC + cendol + pulut + santan+ aiskrim = power

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO