Sunday, April 19, 2009

LAYU













1. Balik dari kursus di KL terus singgah tengok projek. Alangkah terkejutnya bila didapati pokok terung yg sedang "membesar" semuannya layu.

2. Bila diangkat polibeg (yg sepatutnya berat 10kg) kini tak sampai pun 1kg. Betapa menderitanya pokok ini kekeringan.

3. Rasa letih betapa banyak wang dan masa dihabiskan utk projek ini, letih kerana dah beberapa malam tidur lewat utk menyiapkan bahan kursus, letih baru pulang dari perjalanan yang jauh. Bertambah letih bila melihat keadaan tanaman ini.

4. Saya pasang pam, biarkan air bersih mengalir selama beberapa jam, begitulah kita kadang-kadang tidak sedar berlaku zalim kepada makhluk.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO