Wednesday, August 12, 2009

MARKOT ATAU TUT UTK POKOK SUKUN


1. Pilih dahan/ranting yg sesuai : ambil kira saiz diameter . bukan terlalu muda (hijau) atau terlalu tua (perang). Sebaiknya pertemuan antara warna hijau (muda) dan perang (tua)-sederhana.

2. Potong ranting kecil/ daun pada tempat yg hendak dilakukan tut. Buat dua kelaran, kelaran bahagian atas TEPAT PADA BUKU- lagi jauh dari buku lagi lambat keluar akar (kerana akar akan keluar pada kelaran bahagian atas ). Jarak antara kelaran atas dan bawah ialah 3-4cm.


3. Tanggalkan semua kulit yang terletak antara dua kelaran tersebut. Kikis bersih lapisan kambium.

4. Sapu hormon pengakaran pada kelaran atas (kerana akar keluar pada kelaran bahagian atas ).


5. Kepal medium tut jadikan berbentuk bujur,belah bahagikan kepada dua dan kemudian kepal /lekapkan pada sekeliling kelaran.

6. Balut dengan plastik lut sinar. Kemudian ikat dgn tali rafia. Perhatikan pertumbuhan akar selepas 3-4 minggu.

.........hanya itu ikhtiar kita, selebihnya kita serah pada Allah. Hidupnya akar nanti bukan tab'i, nature atau semulajadi dgn sendirinya, tetapi adalah kerja buat malaikat yg melaksanakan tugas mengikut perintah Allah....

2 Comentários:

NOOR said...

Betul, Allah yang menumbuh dan membesarkan, Allah yang menghidupkan dan mematikan... semua dalam pentadbiran Allah Yang Maha Sempurna, semua makhluk berhajat pada Allah...

sync said...

Best place to order fake drivers license online.
Where to buy australia counterfeit online?




























best juul pods online.

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO