Sunday, October 11, 2009

LANGKAH ASAS PENYEDIAAN EM pak utuh INDUK


Apakah EM ?
Campuran mikro organisma yg berfaedah digunakan dlm mengalakkan perkembangan mikrob yg berfaedah dalam tanah dan tanaman bagi tujuan peningkatan kesuburan tanah, hasil dan kualiti tanaman.
1. Dapatkan perut bahagian rumen seekor lembu yang meragut bebas (sistem ektensif)- bukan makan dari diet palet (kosentrat) . Kerana kita perlukan bahan selulosa di dalam rumen.



2.  Cincang dan kisar halus UNSUR N (buah nenas 5 biji, pisang 3kg , betik 4 kg dan dedak padi 2 kg) . Sediakan juga UNSUR N (belacan  1 kg).


3. Masakkan bahan-bahan medium EM hingga mendidih dan biarkan sejuk dalam keadaan terkawal.
















4.  Masukkan isi perut rumen + yis + susu asli ke dalam medium EM

















5. Gaul hingga sebati dan biarkan selama 12 jam pada suhu bilik dan bilik gelap.

















6. Selepas 12 jam EM induk akan terbentuk pada lapisan mendapan bawah sekali. Ciri-cirinya larutan berwarna kuning coklat. Bau yang enak dan rasanya masam-masam manis. pH 3.5



7. Tapiskan Medium EM untuk mendapat EM induk dalam bentuk larutan.

Sediakan  larutan EM4 pak utuh dengan kadar di bawah :
5 ml EM INDUK +1 liter air suling ( bertapis/mineral) +  5 ml Molasess = RM 20.00

atau dalam kuantiti besar :

5 liter EM induk + 100 liter air suling + 5 liter molasess = RM 2 000



8.  Masukkan ke dalam botol utk dipasarkan. Cairkan larutan stok tadi pada kadar 5ml/L air sebelum boleh disiram kepada tanaman.

Nota :

Dalam kajian ini kami berjaya mendapatkan 30 liter EMpak utuh induk dari seekor lembu.  Dari kepekatan ini kami boleh menghasilkan 6 000 liter EM4pak utuh .  Setiap liter paling kurang berharga RM 20.

Bermodalkan satu perut lembu + tahan bau busuk sewaktu menyediakannya + kemahiran pemasaran = mampu menjana pendapatan RM 120 000

Mengapa ?  tidak percaya ? Rupanya pada seekor lembu ada yg lebih mahal dari dagingnya.
Klik MUDAH . COM ATAU KLIK  MUDAH.COM 2 utk tahu harganya.

EM adalah jenama yg punya hak milik, maka itu saya menambah pak utuh di hadapan EMpak utuh .

EM ialah benda hidup, pembuatan EM hasil dari sifat MAHA SUCI ALLAH sebagai tanda kebesaranNya.

Ada keberkatan jika kita berusaha meneroka bagi "benda-benda" yg disebut dlm Al Quran seperti:
Lembu,buah zaitun,buah tin, madu lebah dll

.......masihkah kita ingat kisah lembu berwarna emas dlm Al Quran ?

1 Comentário:

Unknown said...

berapa banyak yis dan susu diperlukan

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO