Monday, April 27, 2009

TELUR MASIN STEP BY STEP



Basuh telur, bersihkan dari najis, pastikan tidak retak









Bancuh garam 200 gm dalam air suam 500 ml ( utk 3 biji telur sahaja)








Masukkan telur ke dalam larutan di atas dan tutup bekas, biarkan selama 12 hari



Sukarnya Menjadi Genius


Bercerita kembali tentang Syekh yang berceramah di depan komplek pertama, Wisma Yakin dan Masjid India saya teringat kisah lampau di bawah :

Orang genus mana boleh melalui pendidikan seperti orang biasa ambil UPSR, PMR dan SPM

Sila Klik:

Sukarnya Menjadi Genius

BERBUDI PADA TANAH

1. Dua minggu perbezaan gambar ini di ambil anak pokok kangkung masih kecil dan tak berapa kelihatan. ( lihat baik baik pada batas dekat 2 orang yang berbaju hitam tu )



2. Namun hanya selepas 2 minggu lihat gambar di bawah...
... BERBUDI PADA TANAH MEMANG UNTUNG...

HASIL PERTAMA AKAN DIPETIK PADA 29 APRIL 2009





Ditanam pada 6 Mac 2009. Gambar diambil pada 27 April. Pada peringkat ini setiap beg telah menggunakan larutan baja pada kadar RM 1.50/beg. Baja dan penjagaan sekadar ikhtiar tanpa KUASA apa-apa. Hakikatnya ada MALAIKAT yg menjaga pokok ini agar membesar, berbunga dan berbuah menurut perintah Allah.

Kami sedang berusaha utk cuba untuk mengekalkan usia pokok ini agar mampu bertahan selama 6 bulan. Moga moga ikhtiar kami diberkati Allah.

Bila Babi Selsema, Satu Dunia Ribut

Bila babi selsema, satu dunia kalut. Kosmos .


Bila manusia selsema, satu rumah gamat.

Itu menunjukkan manusia ni lemah.




Cuma saya teringat dan tak sempat bertanya pada Ust Wan Azli Wan Chik mengapa semasa melalui tempat tentera Abrahah di serang Ababil ( berhampiran Arafah ) kita perlu bergerak lebih laju dari biasa? Apapun saya ada rasa ngeri dan seram melalui tempat bersejarah itu.......




Wednesday, April 22, 2009

Buat Wadik( pekasam) Cara Moden


Siang ikan segar sebanyak 200g. Kemudian dibersih dan ditos.








Goreng beras 50g tanpa minyak hingga berwarna perang kecoklatan.








Bila dah sejuk kisar halus sebanyak 50g beras yang siap digoreng tadi.

Di sinilah perbezaan wadik(guna nasi) dan pekasam





Gaulkan ikan tadi dengan beras kisar 50g, asam keping 1gm dan gula merah secukup rasa.









Kemudian siram dengan air garam pada kepekatan 30% ( air 100ml + 30gm garam ). Gaul lagi sekali.







Pekkan ikan bersama ramuan tadi dalam bekas kedap udara.

Pemeraman siap dalam masa 2 hingga 3 minggu





Ikan wadik yang telah siap digoreng bawa pergi tengah bendang makan bersama pulut. Memang sedap... bagi yang pernah menikmatinya tentu tahu punya.

Tuesday, April 21, 2009

"HUTAN BATU"

Minggu lepas saya pergi kursus di KL, kerana "micro teaching" kami habis awal urusetia benarkan kami rehat satu slot program. Kesempatan yg ada saya gunakan utk jalan-jalan sekitar hotel sambil mengimbau kenangan lama. Sambil bersiar saya cuba ambil beberapa gambar guna handphone je..........


THE MALL

The Mall masih hebat seperti hampir 20 tahun yang lalu. Dulu dulu saya dan kengkawan suka "window shopping" di sini.








THE MALL


Saya paling minat dgn bentuk bumbung The Mall yang unik dan tersendiri- contoh bangunan punya pencahayaan yg baik.









KOMPLEKS PERTAMA ( Sekarang PC)

Di bawah pokok itulah 18 tahun yg lalu ada "Mat Salleh" ambil gambar aku dan kengkawan( kononnya kami berwajah Asia).







THE SHIP KOMPLEKS PERTAMA
Restoran "fast food" tempat kami pernah buat soal selidik. Panjang benar hayat restoran ni, masih ada lagi rupanya. Sebelah restoran ini ada KFC (francais). Kami buat perbandingan "fast food" restoran antara francais dan bukan francais.







KOMPLEKS PERTAMA

Syekh ni beri ceramah matematik depan Kompleks Pertama. Ada yg beranggapan dia ni gila. Namun dari pengamatan saya ilmu otak kanannya memang hebat. Enstain dulu pun orang kata gila juga. Saya habiskan masa lebih 1 jam dengar ceramah syekh ni yg mengaku sebagai Saintis Kerajaan Negeri Perak.






SOGO

Depan Sogo, mula mula saya beranggapan serong terhadap kumpulan wanita itu kerana pakaian mereka,rupanya ada juga kebaikkan mereka kerana mahu membantu pengemis jalanan yg menjual tisu.





Pelukis jalanan.
Sukarnya hidup di Kota Raya, mencari rezeki utk sesuap nasi, gunakan segala kemahiran yg ada. Namun kekadang kita keliru apakah matlamat hidup kita hanya sekadar mencari rezeki utk makan. Melalui jalan apakah yg kita katakan kita MENGABDIKAN DIRI PADANYA YG ESA.

Monday, April 20, 2009

CINTA

Novel Terkini


JIKA IA SEBUAH CINTA


Jika ia sebuah cinta..Ia tidak mendengar.Namun ia sentiasa bergetar.


Jika ia sebuah cinta.. Ia tidak cantik . Tetapi menarik.


Jika ia sebuah cinta...Ia tidak datang dengan kata-kata. Namun ia sentiasa menghampiri.


Jika ia sebuah cinta... Ia tidak terucap dgn kata-kata. Namun hadir dgn sinar mata.


Jika ia sebuah cinta.. Ia tidak hanya berjanji. Namun sentiasa cuba memenagi.


Mohd Zainal B Dirin

Timbalan Pengarah bahagian Kurikulum, KPM


Sunday, April 19, 2009

LAYU













1. Balik dari kursus di KL terus singgah tengok projek. Alangkah terkejutnya bila didapati pokok terung yg sedang "membesar" semuannya layu.

2. Bila diangkat polibeg (yg sepatutnya berat 10kg) kini tak sampai pun 1kg. Betapa menderitanya pokok ini kekeringan.

3. Rasa letih betapa banyak wang dan masa dihabiskan utk projek ini, letih kerana dah beberapa malam tidur lewat utk menyiapkan bahan kursus, letih baru pulang dari perjalanan yang jauh. Bertambah letih bila melihat keadaan tanaman ini.

4. Saya pasang pam, biarkan air bersih mengalir selama beberapa jam, begitulah kita kadang-kadang tidak sedar berlaku zalim kepada makhluk.

Friday, April 17, 2009

IPOH , PERAK BUKAN EMAS

1. Gambar pinjam dari topeng perak diambil pada april 2009


2. Bawah gambar yang saya ambil dan cuci pada 1991 ( 180 darjah dari sudut di atas) utk belajar teknik "framing".



3. Waktu gambar ini diambil masih belum "lahir " KLCC, PUTRAJAYA,MENARA KL, KLIA, LITAR SEPANG, NILAI 3, DAN LAIN-LAIN KEMAJUAN MEGA DI NEGERI ORANG. Namun selepas 17 tahun, Ipoh masih tak banyak berubah - cuma kini KAMPAR ada sedikit kemajuan melalui UNITAR. Universiti Komenwel di Tapah masih "KIV".

Estet pokok getah pula banyak yg dah bertukar kpd tanaman sawit... hanya setakat itu? fikir-fikir 17 tahun yang lalu, negeri bumi bertuahku.

Hasil bumi TIMAH inilah yang DIBAWA PULANG INGGERIS untuk mengindahkan KOTA LONDON. Kekayaan anugerah ilahi yang kita "kehilangannya".

Thursday, April 16, 2009

INDIA

Negara India dan keretapi tak boleh dipisahkan


Ada rakyatnya yg berhijrah ke Malaysia kerana tertarik dgn aktiviti di bawah:

Namun kini mereka telah maju, malah ramai anak murid kami di Hutan Melintang yang tidak kenal pokok getah kerana keluarga mereka telah menjadi usahawan berjaya.

Wednesday, April 15, 2009

GAMBAR-GAMBAR SAYU DAN PILU

Melihat gambar di bawah hati ini rasa tersentuh, terkenang zaman kanak-kanak di Bagan Datoh, musim banjir tahun 93 di Kg Gajah dan Tapak Semenang Seberang Perak.

Pemandangan hampir sama walau hakikatnya di tempat berbeza

Kerala BackWater Tour

Kerala Monsoon Tour

House Boats of kerala

TONG PENYIRAM

conceptual photography

2008 Environmental Photographer Awarded Pictures

Environmental photographer of the year and quality of life winner: Happy in her own world, Abhijit Nandi, India. ‘The woman in my picture is returning home from the paddy field after a long day at work. She never thought a village woman could be the subject of a photograph, so when I told her I’d like to take a picture of her, she just laughed’
Photograph: Abhijit Nand

PETUA

To boil potatoes quickly:

Skin one potato from one side only before boiling.

http://www.yes-zim.com/shopimages/products/normal/potatoes.jpg

To boil eggs quickly:

Add salt to the water and boil.

http://z.about.com/d/italianfood/1/5/P/H/asp5.jpg

To check freshness of fish:

Put it in a bowl of cold water. If the fish floats, it’s fresh.

http://www.tourkangarooisland.com.au/lib/images/product100/mf1049.jpg

To check freshness of eggs:

Put the egg in water. If it becomes horizontal, it’s fresh. If it becomes slanting, its 3-4 days old. If it becomes vertical, its 10 days old. If it floats, it’s stale.

http://www.wisebread.com/files/fruganomics/imagecache/blog_image_full/files/fruganomics/blog-images/eggs_0.jpg

To remove ink from clothes:

Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.

http://www.customizeyourpen.com/images/pen-stain.jpg

To skin sweet potatoes quickly:

Soak in cold water immediately after boiling.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Sweet_potatoes.JPG/800px-Sweet_potatoes.JPG

To get rid of mice or rats:

Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.

http://news.nationalgeographic.com/news/bigphotos/images/071022-vibrating-mice_big.jpg

DUA GAMBAR SOLAT YG HEBAT

1. Gambar ini nampak biasa, tapi cuba perhatikan betul-betul ada polis arab dan pagar tali keselamatan. Mengapa ? Sebenarnya insan itu mati dalam sujud di Masjid Nabawi... mahasuci Allah. Tidakkah kita bercita-cita sampai ke darjat itu? Hina atau mulia manusia bukan kerana keturunan,pangkat darjat tetapi KETAKWAAN kpd Allah. (gambar ini dirakam beberapa tahun yg lalu & menjadi buah mulut pengurusan LUTH)



2. Tengok betul betul 2 jemaah yg berbaju oren di tengah tu. Mereka bukan pakai ihram. Pasti anda dapat meneka itu pakaian rasmi agama apa. Tapi itulah kebesaran Allah yg punya kuasa memberi hidayah kpd Syaidina Umar tetapi tidak kpd Abu Lahab, Abu Thalib dan Abu Jahal manakala Abu Sufian pula masih bernasib baik.

Sunday, April 12, 2009

DUA JENIS KEBUN

Sepatutnya setiap rumah atau kawasan perumahan disediakan dua jenis taman atau kebun, untuk tanaman-tanaman berikut:

1. Taman atau kebun untuk tanaman pokok-pokok keperluan dapur dan harian. Contoh: Pokok-kokok cili, tomato, pandan, serai, kunyit, daun kesum, daun kari, timun, petola, dll.
2. Taman atau kebun untuk tanaman pokok-pokok keperluan asasi dan sumber pendapatan. Contoh: Pokok-pokok padi, gandum, sawit, pisang, mangga, tembikai, dll.

Maklumat lanjut layari :http://tamanlandskap.blogspot.com/

SYUKUR

Jika anda fikir gaji anda rendah.. Bagaimana dengan dia..?

Jika anda fikir belajar itu satu beban, apa pandangan terhadap anak ini..?

Di saat anda berputus asa.. Renungkanlah pakcik ini..

Jika anda fikir hidup anda sengsara.. adakah sengsara anda sehebat si dia..

Jika anda merungut mengenai sistem pengangkutan, bagaimana dengan mereka..?

Jika masyarakat anda tidak bersifat adil terhadap anda, apa tanggapan anda terhadap nenek ini..?

...sebab itulah keindahan itu tidak semestinya baik;tetapi kebaikan itu pastinya indah....!

Sumber:http://alynxz.blogspot.com/

UJIAN ALLAH MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO