"HUTAN BATU"
Minggu lepas saya pergi kursus di KL, kerana "micro teaching" kami habis awal urusetia benarkan kami rehat satu slot program. Kesempatan yg ada saya gunakan utk jalan-jalan sekitar hotel sambil mengimbau kenangan lama. Sambil bersiar saya cuba ambil beberapa gambar guna handphone je..........
THE MALL
The Mall masih hebat seperti hampir 20 tahun yang lalu. Dulu dulu saya dan kengkawan suka "window shopping" di sini.
THE MALL
Saya paling minat dgn bentuk bumbung The Mall yang unik dan tersendiri- contoh bangunan punya pencahayaan yg baik.
KOMPLEKS PERTAMA ( Sekarang PC)
Di bawah pokok itulah 18 tahun yg lalu ada "Mat Salleh" ambil gambar aku dan kengkawan( kononnya kami berwajah Asia).
THE SHIP KOMPLEKS PERTAMA
Restoran "fast food" tempat kami pernah buat soal selidik. Panjang benar hayat restoran ni, masih ada lagi rupanya. Sebelah restoran ini ada KFC (francais). Kami buat perbandingan "fast food" restoran antara francais dan bukan francais.
KOMPLEKS PERTAMA
Syekh ni beri ceramah matematik depan Kompleks Pertama. Ada yg beranggapan dia ni gila. Namun dari pengamatan saya ilmu otak kanannya memang hebat. Enstain dulu pun orang kata gila juga. Saya habiskan masa lebih 1 jam dengar ceramah syekh ni yg mengaku sebagai Saintis Kerajaan Negeri Perak.
SOGO
Depan Sogo, mula mula saya beranggapan serong terhadap kumpulan wanita itu kerana pakaian mereka,rupanya ada juga kebaikkan mereka kerana mahu membantu pengemis jalanan yg menjual tisu.
Pelukis jalanan.
Sukarnya hidup di Kota Raya, mencari rezeki utk sesuap nasi, gunakan segala kemahiran yg ada. Namun kekadang kita keliru apakah matlamat hidup kita hanya sekadar mencari rezeki utk makan. Melalui jalan apakah yg kita katakan kita MENGABDIKAN DIRI PADANYA YG ESA.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment