Saturday, April 4, 2009

BAHAGIAN DAGING LEMBU YANG PALING SEDAP


Bila bila anak-anak ikut ke SEMAIAN mereka akan lihat sekawan lembu milik SEMAIAN santai di bawah pohon rendang atau sedang meragut rumput pastura kami. Kerana itu anak bongsu ku sangat sangat suka ke SEKOLAH abah sebab ada macam macam selain arnab, kambing, ayam, ikan dll.

Semua hero tu sangat suka daging lembu terutama KAKI lembu. Mereka kata itu adalah bahagian lembu yg paling sedap utk dibuat SUP ( SUP KAKI LEMBU ). Lebih sedap dari bahagian "daging batang pinang"

Siapa yg ajar mereka suka SUP kaki lembu ?
Arwah ayah ku

Bagaimana nak menyediakannya?
Bakar kaki lembu itu hingga mudah menanggalkankan "KASUT" kaki lembu yg keras itu.

Apa cara lain utk menaggalkan KASUT KAKI lembi itu?
Ambil tin minyak tanah rebus kaki lembu itu selama berbelas jam, barulah kasut kaki lembu itu boleh ditanggalkan.

Susahnya, Ada tak cara yang paling mudah?
Gunakan periuk tekanan " pressure cooker" cuma ambil masa lebih kurang 1 jam dah boleh tanggalkan kasut kaki lembu itu. Selepas diangkat gunakan playar dan pemutar skru kopek kasut lembu itu.

KAKI YANG TELAH SIAP DITANGGALKAN "KASUT" TADI DIMASAK SEMULA UTK DIBUAT SUP. BAHAGIAN DALAM KASUT ITU SANGAT ENAK DAN LEMBUT MACAM JELLY DAN TULANG RAWAN.. YUMMY... faktor kolestrol kita tinggalkan dulu, ini cerita tentang kesedapan SUP KAKI LEMBU.Tinggal kenangan, arwah ayahku sedang menikmati sup kaki lembu hasil keringat masak bersama-sama cucu-cucunya.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO