Sunday, November 29, 2009

BAJA SEMBURAN (FOLIAR)






 
  Cara yang berkesan untuk melakukannya dengan membuat semburan pada bahagian bawah daun
 kerana bahagian bawah daun bagi daun jenis dikotiledon mempunyai lebih liang-liang stoma. Liang-liang stoma ini boleh menyerap zat nutrien yang disembur pada pokok. Liang-liang stoma ini terbuka pada awal pagi dan lewat petang. Jadi, waktu semburan yang paling sesuai adalah sebelum masuk waktu dhuha atau selepas solat asar.  Sungguh pun begitu harus diingat ini hanyalah kaedah pembajaan tambahan sahaja.

QURBAN LEMBU PRODUK SEMAIAN

Terima kasih kpd Unit Ternak terutama kpd Ketua Panitia Hasli dan juga guru-guru ternakan yg lain.



 
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali2 akan sampai kpd Allah.tetapi yang sampai kepadaNYA ialah amal ikhlas yg berdasarkan taqwa dr kamu - Surah Al Hajj ayat 37.


Friday, November 27, 2009

TEMPAT PERTEMUAN ADAM DAN HAWA



Inilah gambar wuquf semalam, saya copy dari blog KLIK . Bukit ini di kenali sebagai Jabal Rahmah (tempat pertemuan kembali Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah dihantar ke dunia) yg terletak di Padang Arafah.Kekadang disebut juga Haji itu adalah Arafah, kerana antara rukun haji adalah mesti wuquf di  Arafah.
Arafah bukan lagi kering dan kontang tapi kini dipenuhi kehijauan pepohon yang rendang, itulah kehebatan ilmu tani kepandaian manusia dgn izin Allah.

Wednesday, November 25, 2009

Gaharu / Depu


















 

Pengenalan Pokok Gaharu
Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.


Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
.
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.
Senario di dalam Industri Gaharu

Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad.
Penghasilan Gaharu Pada Pokok Aquilaria

Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp.

1. Pemprosesan Kepingan Gaharu

Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya.
2. Pemprosesan Minyak Gaharu

Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu(bukan abu kat ehoza ni), ia juga diproses untuk dijadikan minyak. .
Sumber : http://consultantpertanian.blogspot.com/

KREATIF



Strange But Cool @ strange world



















Tuesday, November 24, 2009

MANGGA & NOSTALGIAKU




Zaman kanak-kanakku dulu penuh dgn kenangan bersama sawah padi . Tanam padi waktu itu dipanggil padi tahun (kerana musimnya setahun sekali).  Jadi antara musim padi sangat panjang, jenis padinya pula dari varieti Mat Chandu, Mahsuri, Ria,Malinja atau pun Pulut.


Kerana musim yang panjang petani tak boleh bergantung harap pada padi semata-mata.  Maha adil Allah kerana waktu itu kami cukup mewah dengan hasil tangkapan ikan air tawar atau pun mangga.  Cuma anehnya ketika itu mangga walaupun tak dibalut, namun tiada pula serangan serangga.  Sangat sukar untuk ketemu mangga yang berulat.  Racun serangga pula langsung tak pernah digunakan.  Waktu itu segala kerja buat bertani  bergantung harap hanya pada Allah dengan menadah doa di atas sejadah.

Sawah kami di Sungai Manik tidak seperti di Kedah yg saujana mata memandang.  Sawah kami mengamalkan konsep tanaman campuran.  Setiap ruang atas batas sawah penuh ditanam dgn pokok mangga. Di tempat kami mangga dipanggil mempelam. Antara yang banyak ditaman adalah dari jenis mempelam telur, mempelam puteh, mempelam siam, mempelam bemban, dan yang paling berharga mempelam kuinin.
Malah mengutip buah mempelam adalah satu cara untuk kanak-kanak sezamanku waktu itu untuk mencari wang saku. Bila tiba musim mempelam itu adalah saat yang kami tunggu-tunggu.  Kami berebut mengutip hasilnya  untuk dijual kepada peraih (pemborong), kuantiti jualan menggunakan biji.  Malah ada mempelam yang harganya 10 biji cuma 20 sen.  Terlalu besar nilainya wang waktu itu...



...melihat gambar petani&mangga dari India ini membuat terkenang zaman silam...

Monday, November 23, 2009

LANGKAH LANGKAH PENYEDIAAN NASI BIRYANI





Sediakan rempah ratusnya seperti daun sup, daun ketumbar, kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, air mawar, susu cair, rempah nasi biryani, kismis, buah pala dan lain-lain yang sesuai.

 Rebus air utk memasak nasi bersama daun pandan, za'faran dan gula batu.  Tanak nasi sehingga 75 % masak sahaja.

 Bila dah mendidih masukkan beras, yg terbaik beras Munghul Bas Mati yg di tanam menggunakan sumber air dari banjaran pergunungan Himalaya.



Setelah 3/4 masak angkat dan toskan nasi tersebut


Tumiskan juga kismis kemudian angkat, ...



 
.....gunakan minyak yg sama utk menumis bawang puteh, bunga lawang , kayu manis dan lain-lain.

Masukkan nasi ke dalam periuk  sehingga sebanyak 1/3 tinggi. Taburkan kismis, daun sup, daun ketumbar, air mawar dan lain-lain.

 ....masukkan lagi nasi hingga 2/3 dan ulangi lagi proses di atas
 
... tambahkan lagi nasi hingga paras penuh.


 



... juga ulangi proses yg sama menabur lapisan kismis, daun sup, daun ketumbar, air mawar dan lain-lain. Sekarang kita ada tiga lapisan nasi yg berselang seli dgn remah ratusnya.


 Langkah seterusnya tutup periuk tersebut dgn pemberat, suraikan api biarkan bara yang kecil sahaja.  Biarkan hingga masak.


Bila telah masak 100% gaul nasi tersebut hingga semua ramuannya sebati.



Nasi telah sedia untuk disajikan.

Wednesday, November 18, 2009

MINGGU MINGGU TERAKHIR PERSEKOLAHAN SESSI 2009



 Kami sempat juga utk menanam pokok nenas.
 
Buat pembiakan pokok hiasan.


Menanam pokok hiasan dalam medium jelly. Di belakang tu pula ialah Mini Muzium tani
 
 Menanam lima pokok mulberi dalam pasu cantik

Penjagaan pokok naga

 ....pelbagai pokok buah buahan.....






Menanam disekeliling pagar sekolah dgn pelbagai pokok buah-buahan seperti rambutan, jambu batu, jambu mawar, jambu kristal, mangga, pulasan, belimbing, limau purut, limau kasturi, limau bali, durian belanda.petai, nangka madu, cempedak, duku, duku langsat, dukong, sukun, ciku, kedondong dll berjumlah 28 jenis buah-buahan.

....kami juga sempat meneroka komputer untuk menyiapkan e mail & menyediakan laporan projek.

Monday, November 16, 2009

KAKTUS

Di dataran tinggi produksi kaktus bisa dipacu lebih cepat


























Perihal kaktus 1 dan musuh kaktus

Saturday, November 14, 2009

LANGKAH PENYEDIAAN HIDROPONIK TAKUNG


1.  Semai biji benih di atas span, pasir kasar atau sabut halus. Biarkan hingga tumbuh 3 atau 4 helai daun.Bila nak dipindahkan nanti bersihkan akar anak pokok tersebut.

2.  Sukatan nutrien/baja hidroponik dgn bacaan EC 1.4 hingga 1.6 bagi sayur jenis daun.

3.  Sediakan  raga yg mengandungi kain mop(kain yg menyerap air). Gunting hingga berbentuk sumbu agar mampu menyerap nutrien/baja. Tarik keluar bahagian bawah agar menjadi sumbu.

4.  Pindahkan anak benih ke dalam raga. Letakkan satu atau dua biji benih/anak pokok bagi setiap raga.
Nota :
Jika semaian terus baja/nutrien pada bacaan EC1.4-1.6 hanya dimasukkan selepas 7 hari .
Jika disemai kemudian dipindah,  baja/nutrien dimasukkan selepas 2 hari pada kepekatan separuh dan separuh lagi bakinya pada hari ke 7.
.
5.  Masukkan air hingga 3/4 penuh ke dalam takung. Kacau larutan berbaja hingga sebati.



6. Raga diletakkan ke dalam lubang pada penutup takung.

7. Pastikan raga/medium terendam pada larutan di dalam takung.

8. Lakukan penjagaan sehingga mengutip hasil.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO