Saturday, November 14, 2009

AKU DAN PERSEPSI SEMALAM

Semalam aku terdengar ceramah ust dari corong radio kereta sewaktu ke tempat kerja, katanya kita perlu bersangka baik (husnul dzan) bagi sesama mukmin.

Cuma aku teringat peristiwa lama dibeberapa tempat kerja......kerana "miscommunicacion" tindakan ku dianggap negatif. Pernah dulu-dulu aku dianggap menolak tugas hanya kerana memberi cadangan agar orang lain yg menghadiri suatu mesyuarat,  alasan ku ketika itu kerana aku mendapat maklumat sahih lagi benar yg aku akan ditukarkan ke jabatan lain dgn segera.  Sedangkan ketika itu niat sebenarku hanya utk memudahkan pengurusan pihak atasan.
Dalam kes kedua aku pernah berusaha keras utk membantu pihak pengurusan, namun rupanya usaha keras ku itu dianggap sebagai 'saingan' dan ancaman.
Kes ketiga aku pernah menyuarakan satu pandangan untuk penambah baikkan namun rupanya cadangan itu dianggap 'mencantas'.
Alangkah baiknya jika semua orang memahami konsep husnul dzan , atau yg hampir  dalam istilah pengurusan moden disebut sebagai  BOS (blue ocean strategy).Tapi rata-ratanya orang kita hanya berpegang kepadaRed Ocean Strategy.


... dalam semua kes itu pada awalnya sedih juga, tapi itulah ujian jadi tak perlulah aku ambil hati.


Best Friends
Believe in yourself
Best Friends
Be brave…but it’s ok to be afraid sometimes
Best Friends
Study hard
Best Friends
Best Friends

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO