Gaharu / Depu
Pengenalan Pokok Gaharu
Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.
Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.
Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
.
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.
Senario di dalam Industri Gaharu
Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad.
Penghasilan Gaharu Pada Pokok Aquilaria
Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp.
1. Pemprosesan Kepingan Gaharu
Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya.
2. Pemprosesan Minyak Gaharu Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya.
Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu(bukan abu kat ehoza ni), ia juga diproses untuk dijadikan minyak. .
Sumber : http://consultantpertanian.blogspot.com/
1 Comentário:
Best place to order fake drivers license online.
Where to buy australia counterfeit online?
best juul pods online.
Post a Comment