Saturday, November 7, 2009

POKOK NAGA

















Aku sedang berkira-kira nak tanam Pokok Naga di laman agro depan makmal Alimin/Murad.  Aku meminati pokok ini kerana selain jadi hiasan buahnya juga sedap di makan.  Utk kali ini aku beli dari jenis berbuah bulat( merah )  kerana harga dan rasanya yg lebih manis dari varieti jenis buah lonjong.



Mula-mula kena sediakan tiang konkrit 4 in x4 in, jangan guna tiang kayu yg mudah reput. Sokongan para atas  mesti kukuh  kena buat sendiri acuan konkrit atau guna tayar ( tapi tak lawa ). Acuan dari kayu 1 in x 2 in, utk hasilkan lubang bulat tu boleh gunakan bekas gula-gula.


Cantas selepas batang utama pokok naga melepasi para atas, tinggi tiang sebaiknya 6 kaki.  Mana mana cabang yang berpenyakit jangan teragak-agak utk di cantas.



Biarkan cabang  itu melendut ke bawah kerana cabang inilah nanti yang akan mengeluarkan bunga dan menjadi buah.  Potong mana-mana batang utama yang cuba tumbuh  di bawah para.


A Dragon Fruit Plant by judy & carl.


 Biarkan hanya satu batang utama sahaja.  Namun begitu jika ada dua batang utama yg tumbuh dari pangkal pokok biarkan sahaja kerana nanti boleh dijadikan simpanan andai nanti batang utama di serang kulat.














Cara menanamnya, korek lubang sedalam 2 ka, masukkan selapis baja kompos , tutup semula dgn satu lapisan nipis tanah, barulah tanamkan tiang dan anak pokok naga.  Pastikan tiang cukup kukuh utk mengelakkan dari rebah atau condong.  Ikatkan pokok naga pada tiang konkrit. Paling penting jangan gunakan sebarang racun rumpai di kawasan berhampiran.















Potong cabang yg telah mengeluarkan buah dgn jarak 5 in dari atas para, agar dapat memberi laluan utk cabang lain tumbuh berbunga dan berbuah.

Terima kasih kpd WAK dalam gambar ini yg beri tips POKOK NAGA tertulis di atas, Jika nak tahu WAK inilah juga yg menghasilkan replika buah-buahan milik MPTI sekitar Teluk Intan

Nota : Kos : Tiang : 4 in x 4in RM 8 sebatang.  Anak pokok naga : RM 5 sepokok . Kontrak siap tanam satu tiang (4 pokok) RM 200/tiang.  Nak jimat semai & tanam sendiri.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO