Sunday, February 28, 2010

GERABAK

Selama beberapa hari ini saya puas merayau dari satu kedai motosikal ke satu kedai yang lain...nak cari motor lama yang sesuai dicangkuk benda di bawah ini...orang kampung panggil benda ni gerabak ( "carrier" ). Benda ni memudahkan kami dalam pengangkutan peralatan dan bahan pertanian ke kawasan sawah padi.  Harga benda ni kira-kira RM 400. Kalau dapat beli moto buruk yang berharga RM 600. Kami cuma perlu berbelanja RM 1 K.

Saturday, February 27, 2010

PERANCANGAN BERSAWAH 2010 - kawalan kimia dan pembajaan

1.  Mulakan aktiviti dengan membakar jerami sisa tuaian yang lalu.
2. Beberapa minggu kemudian  lakukan kawalan rumpai- racun yang disyorkan berjenama Ecomax atau seupamanya.

3.  Selepas dua minggu lakukan pembajakan tanah kali pertama - menggunakan traktor beroada tiga atau beroda empat.

4.  Lakukan kawalan rumpai untuk kali ke dua - racun yang disyorkan berjenama Ecomax  sekiranya tanah kering dan cuaca panas tetapi sebagai pilihan sekiranya kawasan berair  gunakan racun rumpai dari kumpulan GRAMMOXONE.
5.  Lakukan pembajakan tanah untuk kali ke dua jika tanah jenis lembut gunakan traktor beroada tiga.

6.  Lakukan kawalan siput -dengan kadar 4 pek/ekar, tiga hari sebelum biji benih ditabur.
7. Lakukan pembajakan tanah untuk kali ke tiga dan ratakan tanah dengan menggunakan sisir yang ditarik menggunakan traktor beroada tiga.- biji benih yang telah direndam semalaman terus ditabur ketika ini pada kadar 3 hingga 4 beg/ekar.
8.  Keringkan tanah selama empat hari selepas padi mulai tumbuh dan lakukan sulaman - tabur biji benih pada bahagian yang tidak tumbuh.

9. Selepas menabur pada hari ke 10 - 15  lakukan kawalan rumput sambau menggunakan racun NOMINEE + SEGI + SOLITO + ENDOSULFAN.

10.  Pada hari ke 15 - 20 lakukan pembajaan pertama - Baja Urea ( 0.5 beg/ekar) + Baja Campuran(1 beg /ekar)

11. Pada hari ke 20 lakukan kawalan kimia menggunakan racun : Permathon  + Match + Amure (  kulat ) .

12. Pada hari ke 30- lakukan pembajaan menggunakan baja sebatian 15:15:15 (Hydro Norway) pada kadar 0.5 beg/ekar + baja bantuan.  Kawalan kimia pula menggunakan Permathon + Match + Mano.

13  Pada hari ke 44- lakukan kawalan kimia menggunakan : Nurel ( 505) + Match + Score.

14.  Hari ke 60- lakukan kawalan kimia : Actara + Match +Amure.  Pembajaan pula menggunakan baja 13:13:21 ( 1beg /ekar ) + baja bantuan.

15.  Hari ke 75 - lakukan kawalan kimia : Actara + Match + Nano

16.  Hari ke 80 - Lakukan pembajaan menggunakan baja sebatia 13:13:21 ( 1 beg/ekar) dan kawalan kima Actara + Match + Score.

17. Hari ke 95 - lakukan kawalan kimia : Actara + Match + Amure.

 18. Tuaian dijangka pada hari ke 110 kerana kami menggunakan varieti 211 (padi jenis rendah )  yang lebih awal tempoh matangnya.

Nota : Gambar hanya sekadar hiasan.. bukan gambaran sebenar usia padi.

Thursday, February 25, 2010

SIAPA TAHU APA ITU AMPAR AMPAR PISANG?

KOLEKSI LAGU BANJAR TRADISIONAL

Klik :

http://banjarmp3.tripod.com/lagu.html

SEBIDANG SAWAH.... Utk R & D, senaman dan hobi

Pada garisan merah dalam bulatan di bawah adalah sebidang sawah di mana kami akan memulakan satu  perjuangan baru sebagai petani...belajar menghayati keperitan bergelumbang dangan lumpur, bermain dengan pacat, merasai terik matahari dan gatalnya miang rumput dan padi sawah.

Langkah pertama kami lakukan selepas membakar sisa jerami musim yang lalu ialah melakukan kawalan rumpai dengan menggunakan racun ECOMEX pada kadar 1.33 liter bagi setiap ekar. Jumlah kos meracun kali ini RM 100 ( kos racun 8 liter ) + RM 120.00 ( upah seekar RM 20.00) = RM 220.00.
Kami memilih racun jenis ini kerana bagi memastikan rumpai tersebut benar-benar mati hingga sampai ke bahagian akar sebelum di bajak untuk kali pertama.
Selepas dua minggu kemudian kami akan membajak sawah ini dengan traktor empat roda diikuti meracun kali kedua dengan racun yang sama sebelum pembajakan minima menggunakan jentera pembajak beroda tiga yang lebih kecil.

Wednesday, February 24, 2010

"TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA" - rossel


Wang PCG belum nampak bayang bila akan sampai, projek kena mulakan juga, melihat polibeg terbiar selepas projek cili ini saya mendapat idea untuk menanam tubuhan dari jenis yang tahan lasak.  Kami membuat keputusan menanam rossel kerana sabut kelapa ini masih mengandungi sisa-sisa garam (nutrien) lebihan cili tahun lalu.  Dari polibeg reput  ini dipecahkan dan sabut kelapa ini dibuang sebagai baja kami berpendapat lebih baik ditanam rossel terus pada polibeg tersebut.  Mana-mana polibeg yang hampir terkoyak kami tampal  sahaja dengan masking tape.  Hasilnya agak memuaskan walaupun hanya dibekalkan dengan nutrien yang sangat sedikit.
 
 Bagi menyediakan sokongan pula kami hanya mampu membeli tali plastik yang diikat pada sokongan kayu buluh yang dibawa sendiri oleh pelajar.
 
Pertumbuhan rossel ini agak membanggakan walaupun dalam cuaca terik yang sangat panas, tak lama lagi kami akan memungut hasilnya,bidangusaha dengan kos yang sangat minima , nutrien utama hanyalah dari sisa garam yang masih "terlekat" dalam polibeg usang ini.  Bak kata orang "tiada rotan akar pun berguna".

Monday, February 22, 2010

HOBI TERARIUM

Sediakan bahan dan alatan di bawah:

Senarai bahan :
Pasir zeolit,Tanah humus,Spagnum moss,Arang , batu  dan pasir.

Senarai alatan :
Akuarium ikan yang kecil, mangkuk kaca besar, kotak kaca, botol kaca atau toples,Sudip,Penyepit ,Gunting,Corong plastik atau corong kertas buatan,Sprayer dan Kain kasa

 Cuci media kaca dengan air panas dan bersabun. Bilas media kaca lalu keringkan.
 Buat lapisan batu atau pasir atau media lainnya di bahagian bawah dengan tebal kira-kira 2-3 cm.
 
 
Pecahkan arang kepada saiz yang sesuai dan tambahkan arang dengan ketebalan 1-2 cm ke dalam akurium.
 
Ambil tanaman yang sesuai, lalu bersihkan bagian akarnya dari sisa-sisa tanah. Potong daun yang berpenyakit dan rosak. Letakkan tanaman pada lubang kecil yang telah digali dan tutupi akarnya dengan tanah
 
  Dengan sudip, tambahkan lapisan media seperti tanah humus setebal 5-8 cm. Jika Anda menggunakan akurium,tinggikan  di salah satu sisi sebagai latar belakang.Gali lubang kecil pada lapisan tanah tersebut untuk akar tanaman.
 Jika Anda menggunakan akuarium atau kotak kaca yang lebih besar, Anda dapat meletakkan beberapa tanaman dalam satu terarium tersebut. Letakkan tanaman yang lebih besar di bagian belakang. Pada bahagian tanaman kaktus lebihkan kandungan pasir.

Maklumat lanjut sila KLIK : TERARIUM

Sunday, February 21, 2010

KENANGAN LAMA

Mengimbau zaman kehidupan anak-anak sezaman denganku yang jauh berbeza dari kehidupan anak-anak zaman sekarang

Saturday, February 20, 2010

VIRUS- merebak dengan pantas

Benda di bawah ni merebak  dengan pantas ke seluruh dunia:

http://www.youtube.com/watch?v=jywQLnUnMG0

http://www.youtube.com/watch?v=pwfUaMT3Z7k

"Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga akhirnya ikut masuk ke dalam lubang dhob..."

Mula-mula pocho-pocho lepas tu senam robik dan lepatu ini...

MORAL ... pandai-pandailah menjaga diri

Friday, February 19, 2010

Be Careful when eating apples

Please don't eat the skin of the apple because it's coated with wax.
Check before you eat many of the fruits.
WAX is being used for preservation purposes and cold storage.
You might be surprised especially apples from USA and other parts are more than one year old, though it would look fresh. Becoz wax is coated, preventing bacteria to enter. So it does not get dry.
Please Eat Apples after removing the wax as demonstrated below. Please follow this and let know others...........







Now, in all honesty, I don’t know if this is a hoax or not. They could really be using wax on apples to keep them fresh, I wouldn’t know.

Sumber :  Health tips

Tuesday, February 16, 2010

PEMBELAJARAN PENGUASAAN ( MASTERY LEARNING)

Saya sedang dalam proses menyediakan proposal kajian tentang Pembelajaran Masteri.  Pembelajaran mastery boleh diertikan sebagai kepandaian atau menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap.  Pendekatan ini penting untuk memastikan pelajar dapat mengusai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif.  Idea ini dicadangkan oleh B.S Bloom (penghujung 1960 an) dan idea asal oleh John Bisell Caroll....sumber dari buku buku yang saya rujuk.

Ringkas kata, murid yang gagal menguasai objektif p&p akan melalui proses pemulihan (ajar sampai dapat) sebelum masuk ke unit yang berikutnya.

Ini pula gambar solat berjemaah di sekolah anakku.  Mereka ini ada target hafalan yang perlu dilepasi.  Seawal jam 5 pagi mereka telah mula membuat pra-saba'k (hafalan baru) dan muraja'ah (ulangkaji hafan lama)... rupanya kaedah mastery  telah pun lama dulu diamalkan oleh guru-guru kita yang terdahulu.
 
 Sebagai peneguhan , setelah berjaya dalam tasmik (ujian hafalan), mereka pelajar tahfiz ini dikehendaki pula menulis ayat-ayat tersebut  bagi setiap surah. Bayangkan betapa berharganya  kitab suci  Al Quran 30 juzuk tulisan tangan sendiri akan menjadi milik setiap pelajar yang telah berjaya menghafalnya. 
Dalam proses meneruskan pembelajaran untuk unit yang berikutnya pelajar juga diuji secara "tebuk" ( ayat yang dipilih secara rawak) bagi menilai  tahap penguasaan p&p.  Jika gagal mereka perlu mengulangi proses p&p tersebut walaupun berkali-kali.
 
.....moga Allah mempermudahkan perjuangan puteraku ini, moga kau dirahmati Allah, moga anakanda menjadi imam ikutan bagi golongan yang bertakwa, moga menjadi ulama pewaris nabi. Dari kejauhan ini ayah hanya mampu memberi sokongan dan doa atas minatmu itu.

Saturday, February 13, 2010

Terarium





PAPARAN akuarium yang juga balang, bekas kaca pelbagai bentuk atau bekas lutsinar yang mempamerkan tumbuhan- Ia dikenali sebagai terarium (terrarium) atau vivarium. Terarium ialah media  daripada kaca atau plastik atau mana-mana bekas lutsinar berisi tanaman.

Ia juga boleh ditafsirkan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lutsinar dalam bentuk kecil atau mini. Penataan seni hias dalam terarium ini sama seperti seni menghias landskap tetapi ia dihasilkan dalam bentuk mini.

Terarium diperkenalkan dalam seni hiasan Inggeris yang banyak dilakukan kelompok keluarga bangsawan. Seni taman mini ini turut berkembang ke seluruh dunia dan amat digemari mereka yang suka seni hiasan laman. Sejak kebelakangan ini, seni ini kembali digemari penggemar hiasan seni laman.

Seperti landskap kediaman, terarium juga perlu dirawat, diselenggara, dipangkas dan disiram selalu bagi membolehkannya terus hidup dan berkembang. Sirami tanaman atau media tanah dengan air apabila tanaman mulai kering.

Seeloknya, secara rutin lakukan penyiraman setiap seminggu sekali atau kurang jika diperlukan mengikut spesies tanaman. Potong daun yang mulai rosak atau kering supaya tanaman dalam terarium tetap indah.

Lokasi tanaman juga perlu diberikan perhatian. Seeloknya jangan letakkan di kawasan yang terdedah dengan sinar matahari secara langsung kerana ia akan menyebabkan tanah cepat kering.

Keunikan terarium jelas membuktikan ketekunan mereka yang menghasilkannya dan satu cabang seni hiasan laman yang perlu dipelajari bagi mereka yang sukakan seni hiasan laman.
INFO: Terarium
  • Terarium terbuka - Terarium jenis ini terbuka dan terdedah di bahagian atasnya atau atau tidak tertutup. Taman mini jenis ini paling digemari ramai.
  • Terarium tertutup - Bekas kaca atau lutsinar untuk terarium ini biasanya tertutup rapat di semua bahagian. Tujuannya untuk membuat biosfera yang unik di dalam terarium itu. Terarium ini yang paling sukar dibuat dan dirawat.
  • Terarium haiwan kecil - Terarium ini dikenali sebagai vivarium kerana ia menjadi kaca atau balang penyimpanan dan pameran untuk haiwan kecil dan serangga. Haiwan yang biasa diletakkan dalam vivarium ialah katak, kura-kura kecil, labah-labah dan rama-rama dan ulat. Vivarium juga dihiasi tanaman dan biasanya dihasilkan meniru habitat sebenar haiwan atau serangga yang disimpan.
  • Jenis tanaman - Tanaman seperti sansiviera, kaktus, sukulen, lumut, paku pakis dan bromelia.

Cara Membuat Terarium

Sebagai langkah awal, Anda dapat mempersiapkan beberapa media tanam maupun material untuk dekorasi. Beberapa media yang diperlukan antara lain (dari urutan teratas):
  • Pasir zeolit
  • Tanah humus
  • Spagnum moss
  • Arang
  • Bebatuan dan pasir
Kemudian siapkan peralatan yang akan digunakan untuk membuat taman miniatur dalam terarium. Peralatan yang digunakan relatif mudah didapat dan murah, antara lain:
  • Untuk terarium, Anda dapat menggunakan akuarium ikan yang kecil, mangkuk kaca besar, kotak kaca, botol kaca atau toples
  • Sudip
  • Penyepit 
  • Gunting
  • Corong plastik atau corong kertas buatan
  • Sprayer
  • Kain kasa
Setelah semua persiapan selesai, tiba saatnya membuat terarium. Cara membuat terarium adalah sebagai berikut:
  • Cuci media kaca dengan air panas dan bersabun. Bilas media kaca lalu keringkan.
  • Buat lapisan batu atau pasir atau media lainnya di bagian bawah dengan tebal kira-kira 2-3 cm.
  • Tambahkan arang dengan ketebalan 1-2 cm.
  • Dengan sudip, tambahkan lapisan media seperti tanah humus setebal 5-8 cm. Jika Anda menggunakan akurium,tinggikan  di salah satu sisi sebagai latar belakang.
  • Gali lubang kecil pada lapisan tanah tersebut untuk akar tanaman
  • Ambil tanaman yang sesuai, lalu bersihkan bagian akarnya dari sisa-sisa tanah. Potong daun yang berpenyakit dan rosak. Letakkan tanaman pada lubang kecil yang telah digali dan tutupi akarnya dengan tanah.
  • Jika Anda menggunakan akuarium atau kotak kaca yang lebih besar, Anda dapat meletakkan beberapa tanaman dalam satu terarium tersebut. Letakkan tanaman yang lebih besar di bagian belakang.
  • Kadar siraman hanya sekadar tanah menjadi lembab. Elakkan sehingga tahap basah.
  • Anda dapat mempercantik terarium tersebut dengan menambahkan batu, miniatur taman, bahkan binatang kecil.
  • Letakkan terarium Anda pada lokasi yang tidak terkena sinar matahari secara langsung.
  • Penyiram hanya perlu seminggu sekali bagi kebanyakan tanaman.
  • Jika tanaman kaktus lebihkan peratus kandungan pasir.

Info Buku Terarium

TerariumSebuah buku dengan judul "Art of Terrarium" yang ditulis oleh Feri Sulianta tampaknya cocok untuk anda yang tertarik dan berminat untuk mempelajari lebih dalam perihal Terarium.

Buku ini mengetengahkan semuanya, dari peralatan yang diperlukan untuk membuat terarium, media, ornamen dan desainnya.


Judul Buku: Art of Terrarium
Edisi: Pertama - New Release (2009)
Penulis: Feri Sulianta
Penerbit: Lily Publisher
Terarium dapat diletakkan dalam ruangan dalam jangka waktu lama tanpa harus terkena sinar matahari, dengan mengganti cahaya matahari dengan lampu khusus. Anda dapat meletakkan terarium di dalam rumah, dalam rak pajangan Anda, di kantor maupun galeri. Ini akan menambah keunikan dekorasi ruangan dan juga menambah koleksi tanaman indoor dalam ruangan Anda.
Meskipun mudah, tanpa teknik dan media yang seksama, terarium tidak dapat bertahan lama. Tanpa teknik perawatan terarium yang tepat, tanaman akan merana karena rusaknya siklus air.
Siramlah tanaman atau media tanah dengan air ketika mulai terlihat kering. Secara rutin lakukan penyiraman setiap seminggu sekali atau kurang jika diperlukan. Potong daun yang mulai rusak agar tanaman dalam terarium tetap indah.
Lokasi tanaman juga patut diperhatikan. Jangan letakkan di daerah yang terkena sinar matahari secara langsung karena dapat membuat kondisi tanah cepat kering.
Jika Anda juga meletakkan binatang kecil di dalam terarium, bersihkan bagian dalam terarium dari kotoran hewan dan sisa makanan. Dengan demikian terarium Anda akan tetap terlihat menarik.
Sungguh unik! Miniatur hutan hujan tropis, ekosistem gurun, kebun sayur dan lain sebagainya hanya dimungkinkan dengan terarium.
  

  

  
Penjagaan:
Selepas ditanam, letakkan terarium di tempat yang terang tetapi tidak terus di bawah cahaya matahari bagi mengelakkan peningkatan suhu udara dalam terarium. Ia tidak perlu disiram setiap hari tetapi hanya sekali-sekala apabila tanah kelihatan kering. Pembajaan tidak diperlukan kerana tumbuhan ini tidak perlu membesar dengan cepat.

Sumber : Berita Harian ,  SMK SG LONG. Wira alam dan Kumpulan info

Friday, February 12, 2010

PENYEDIAAN TANAH

Sejak akhir-akhir ini agak sukar utk kami berkumpul seluruh ahli keluarga. Maklumlah anak sulung kami berada di Asrama Sekolah Dr Raja Nazrin Shah dan yang kedua pula berada di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong Kelantan. 
Besempena cuti tahun baru Cina, maka baru semalam kami sekeluarga berpeluang membuat penyediaan tanah untuk penanaman padi musim berikutnya. Langkah pertama penyediaan tanah ini, kami membuat pembakaran jerami padi hasil sisa tuaian musim yang lalu.
  
Membuat pembakaran terbuka secara "besar-besaran" di atas sawah yang sejauh mata memandang, bergelumbang dengan pacat dan serangga di sawah merupakan pengalama baru bagi mereka.
Kaedah lain yang boleh digunakan ialah memotong rumput seluruh sawah ini kemudian barulah dibakar, namun kami memilih membuat pembakaran kemudian meracun dan diikuti dengan membajak kerana kaedah ini lebih menjimatkan kos
 

 Cuma dari dahulu aku terfikir mengapakah sisa jerami ini, anugerah  Allah kita musnahkan begitu sahaja... tiada usahawan yang berminat untuk memprosesnya menjadi hasil yang lebih bermanfaat samada dibuat kertas, makanan cacing ternakan organik dan lain-lain.

Thursday, February 11, 2010

SUNGKUPAN

Minggu lepas saya ke kedai nak beli plastik "silver shine" untuk dibuat sungkupan.  Bila taukeh kedai tu kata "Harganya cuma "ENAM LAPAN" segulung" aku jadi seronok tak terhingga, kalau setakat RM 6.80 segulung tak ada le masalah untuk keluar wang dari kocek sendiri, tak payahlah tunggu PCG dah boleh jalankan projek

... saya pun terus minta satu gulung, bersusah payahlah taukeh tu angkut punggah dari stor segulung besar plastik hitam untuk dibuat sungkupan.  Bila tiba time nak bayar taukeh tu menung tengok jumlah duit yang saya beri, mana idaknya bila dia kata "Enam puluh lapan ringgit ma"... kah kah kah.

Aku selamba je cakap pada taukeh tu "ingatkan RM 6.80 tadi"?... aku pun  terus berlalu sambil kata "sorry le nyoya lu simpan dulu itu plastik hitam nanti lain bulan saya datang bawa LO". he he 

Beberapa hari lepas saya sempat memunggah stor lama yang penuh mesteri tu... Ai terjumpa pulak segulung baki plastik hitam  lama yang masih boleh digunakan... kami pun terus pasang.
  
Ikhtiar kami dengan sungkupan ini dapatlah menghalang pertumbuhan rumpai, mencegah hakisan hujan dan merendahkan suhu tanah akibat terik matahari.

Sunday, February 7, 2010

HARGA BLOG PENGELUARAN TANAMAN

Jika tuan tuan ada blog sendiri dan berminat utk tahu nilainya sila klik alamatnya:


http://bizinformation.org/us/www.pengeluarantanaman.blogspot.com

Tips Menanam Betik dan Penjarangan

Atas nasihat usahawan kami menanam betik DUA POKOK bagi setiap point.  Kami akan membiarkan kedua-dua pokok ini membesar sehingga mengeluarkan bunga.  Akhirnya berpandukan BUNGA tersebut kami akan dapat mengenalpasti samada pokok betik tersebut jantan atau betina.  Pada ketika itu barulah proses penjarangan dilakukan dengan menebang betik jantan dan mengekalkan pokok betik betina, kerana betik jantan tidak akan mengeluarkan buah.

Saturday, February 6, 2010

Masalah memindahkan mulberi ke ladang

Setiap kali memindahkan anak mulberi ke ladang, kami sering menghadapi masalah iaitu anak pokok ini akan memerlukan masa yang agak lama untuk mengatasi renjatan ( kekuningan, daun luruh dan terbantut ) akibat proses perpindahan tersebut.  Pokok akan kekuningan , daun gugur dan terbantut mungkin akibat terik cuaca atau kerosakan pada bahagian akar bila polibeg dikoyakkan.

 
 Akhirnya kami membuat keputusan untuk menggunakan polibeg jenis murah yang mudah reput . Semai sahaja dalam polibeg  dan bila tiba masa untuk memindahkannya ke ladang kami tanam terus  dengan polibeg tersebut tanpa mengoyakkannya dan nyata hasilnya pokok hampir tiada mengalami renjatan walaupun tanpa proses pengerasan pada ketika cuaca musim panas.
   
Selepas dua minggu dipindahkan mulberi terus berbunga dan berbuah, daun pun tiada yang gugur.

Wednesday, February 3, 2010

UJIAN

 
 Tadi pagi pelajar ini menduduki ujian bulanan.  Gaya jawab macam khusyuk... harap markahnya pun nanti ok, bukan KO

  
 Ini lagi satu ujian... Larutan baja Set A dan Set B kami dah tinggal sikit, itu pun baki stok 2009.  Kalau ikutkan larutan baja ini dah tamat tempoh, tapi memandangkan ini je yang ada kenalah gunakan jua "akar tatakala tiada peroleh rotan"

 
Ini je baki larutan baja yang kami ada, garu kepala di buatnya...nak mohon beli dari bos rasa malu dan segan  kerana semua panitia pun tak membuat sebarang pebelian utk seketika ini dalam masa terdekat.. PCG entahlah bila akan tibanya.  Betullah kata orang dulu-dulu "berjimat sebelum habis".

Monday, February 1, 2010

SOKONGAN

Sokongan sangat penting agar tumbuhan tertentu tidak tumbuh menjalar atau lebih tepat lagi supaya tanaman kita mampu memperolehi cahaya yang optimum.
Saya sedang merancang untuk memilih salah satu dari kaedah sokongan di bawah.


 Biasanya tanaman cili menggunakan sokongan kayu tunggal. Sungguhpun begitu gambar jenis junjung bertali ini menarik perhatian

Apabila fork motosikal ini dipasang secara terbalik (kecil di bawah )- hasilnya menyerap hentakan dgn lebih baik lagi. Begitu juga sokongan jenis  junjung ini yang dibuat sedikit ubahsuai "upside down".


 Tanam rossel gunakan kaedah sokongan seperti ini...jimat kayu dan lebih kukuh

 
Tanam peria dulu.... selepas itu bila peria ini sudah mati rantingnya akan jadi para untuk timun.
 

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO