PENYEDIAAN TANAH
Sejak akhir-akhir ini agak sukar utk kami berkumpul seluruh ahli keluarga. Maklumlah anak sulung kami berada di Asrama Sekolah Dr Raja Nazrin Shah dan yang kedua pula berada di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong Kelantan.
Besempena cuti tahun baru Cina, maka baru semalam kami sekeluarga berpeluang membuat penyediaan tanah untuk penanaman padi musim berikutnya. Langkah pertama penyediaan tanah ini, kami membuat pembakaran jerami padi hasil sisa tuaian musim yang lalu.
Membuat pembakaran terbuka secara "besar-besaran" di atas sawah yang sejauh mata memandang, bergelumbang dengan pacat dan serangga di sawah merupakan pengalama baru bagi mereka.
Kaedah lain yang boleh digunakan ialah memotong rumput seluruh sawah ini kemudian barulah dibakar, namun kami memilih membuat pembakaran kemudian meracun dan diikuti dengan membajak kerana kaedah ini lebih menjimatkan kos
1 Comentário:
Tahniah..cara kawalan padi abang ni rasanya patut dapat 1 ekar rm9 ribu keatas procedure macam mardi cakap
Post a Comment