SUNGKUPAN
Minggu lepas saya ke kedai nak beli plastik "silver shine" untuk dibuat sungkupan. Bila taukeh kedai tu kata "Harganya cuma "ENAM LAPAN" segulung" aku jadi seronok tak terhingga, kalau setakat RM 6.80 segulung tak ada le masalah untuk keluar wang dari kocek sendiri, tak payahlah tunggu PCG dah boleh jalankan projek
... saya pun terus minta satu gulung, bersusah payahlah taukeh tu angkut punggah dari stor segulung besar plastik hitam untuk dibuat sungkupan. Bila tiba time nak bayar taukeh tu menung tengok jumlah duit yang saya beri, mana idaknya bila dia kata "Enam puluh lapan ringgit ma"... kah kah kah.
Aku selamba je cakap pada taukeh tu "ingatkan RM 6.80 tadi"?... aku pun terus berlalu sambil kata "sorry le nyoya lu simpan dulu itu plastik hitam nanti lain bulan saya datang bawa LO". he he
Beberapa hari lepas saya sempat memunggah stor lama yang penuh mesteri tu... Ai terjumpa pulak segulung baki plastik hitam lama yang masih boleh digunakan... kami pun terus pasang.
Ikhtiar kami dengan sungkupan ini dapatlah menghalang pertumbuhan rumpai, mencegah hakisan hujan dan merendahkan suhu tanah akibat terik matahari.
1 Comentário:
Bagus kalau biarkan permukaan berkilat disebelah atas. "Dapat menghalau mahluk perosak" kata pekebun yang berpengalaman.
Post a Comment