Wednesday, March 3, 2010

CARI WANG UNTUK LASBELA "MAHA 2010"

Insya Allah kami akan buat projek jualan beberapa produk tani untuk tabung di atas... sebagai permulaan kami akan memasarkan telur masin yang diproses sendiri oleh ahli Persatuan Sains Pertanian

 
 Kami cuma gunakan tanah yang diambil dari unit agonomi yang dijemur terlebih dahulu.
  
 Kemudian kami kisar , tumbuk  dan tapis tanah liat tersebut
  

  
 Terpenting sekali KESUCIAN.. maka itu kami basuh, berus bersih setiap biji telur di bawah air mengalir agar bebas dari najis dan bakteria.
  

  
 Kemudian barulah kami salut teliti setiap biji  telur dengan tanah lembap bercampur garam
  

  
 Bila asar hampir menjelang tiba... masih banyak telur yang belum bersalut tanah.  Maka kami ambil jalan pintas dan pantas .. buat telur masin kaedah rendaman pula.
 
Selesailah sudah aktiviti persatuan kami hari ini pada 3 mac 2010.. tiga minggu lagi kami akan "bungkus cantik" telur-telur ini sebelum dipasarkan.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO