TITIK PERTEMUAN BURUNG BELIBIS, PADI ANGIN DAN SIPUT GONDANG EMAS
"Cabaran paling getir untuk pesawah ialah "padi angin" - antara hasil " mutasi " dari "kecacatan gen" maka kedapatanlah varieti banih baru yang tidak dikehendaki ini. Akibat kawalan "pengasingan" tidak rapi benih ini terus disebarkan melalui jentera yang dikongsi akibat sifat lemah manusia. Padi angin akan "menyedut" baja dan nutrien dalam tanah serta bersaing utk mendapatkan ruang dan cahaya dengan "padi sebenar" yang ditanam oleh petani. Namun bila padi angin sudah cukup matang pada musim menuai padi ini tidak akan dapat dipungut kerana buahnya akan lerai luruh ke tanah walau dengan hanya "selembut" tiupan angin atau gegaran mesin jentuai".... begitulah rungutan petani (kata-kata yang saya petik dari warong kopi).
Sawah yang berair juga menyukarkan kawalan siput gondang. Antara kaedah kawalan siput yang paling berkesan ialah mengeringkan kawasan sawah padi... namun bila sawah dikeringkan masalah "padi angin" akan mula menyerang. Bila berair pula itulah yang ditunggu-tunggu oleh siput dan belibis.
Jalan penyelesaian lain untuk padi angin adalah seperti di bawah.. namun kaedah ini dikatakan tidak praktikal.
... dengan perkataan lain kita berpatah balik kepada kaedah lama.
Maha suci Allah dengan hanya menghantar padi angin sebagai ujian. Manusia mampu mencipta racun selektif yang mampu memusnahkan rumput tetapi tidak membunuh padi, namun bila rumpai berkenaan juga dari "spesis"padi tapi dari katogeri rumpai semua jadi pening kepala.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment