NOSTALGIA BERSAWAH DULU - DULU
Setelah sekian lama meninggalkan "Alam Sawah" kini aku kembali "back to future". Bila menceburkan diri dalam dunia tani pasca era siber ini banyak rupanya yang kena belajar semula... seperti baru bermula , segalanya kena lakar kembali bermula di atas sehelai kertas putih. Belajar mengurus, belajar berkomunikasi dgn masyarakat setempat, belajar merancang dll.
Terkenang zaman kecil dulu sewaktu membantu arwah ayah di sawah... bersawah cukup mudah, tak perlu baja (tanah memang dah subur dgn baja organik tersedia) , tak perlu racun (hakikatnya keseimbangan kawalan biologi berfungsi dgn baik ), semuanya hanya perlukan ikhtiar kudrat tulang empat kerat... dan selebihnya hanya perlu menadah tangan memohon keberkatan dgn doa pada Allah.
Orang dulu-dulu sawahnya banyak batas dan juga banyak pokok mangga sebagai tempat berteduh. . Musim padinya setahun sekali maka itu ikan sempatlah membesar. Jualan hasil mangga dan tangkapan ikan pada musim menuai menjadi pendapatan tambahan kami. Zaman itu dikenali sebagai "PADI TAHUN" dengan varieti dikenali sebagai Mat Chandu, Masuri, Malinja, Ria dll.
Dulu-dulu susah... seawal pagi dah buat kerja ini, selepas zuhor matahari masih terpacak terik kena turun lagi buat kerja ini hingga penghujung asar. Kekadang tersilap "tajak" kena kaki. Aktiviti menajak ini memakan masa berbulan-bulan lamanya walaupun sawah tak seluas mana. Tapi kami ada cara membuat aktiviti ini sebagai menyeronokkan iaitu secara "BERDERAU".. turun secara beramai-ramai dan bergilir-gilir.Tuan bendang akan menyediakan "sajian berderau". waktu itu pulut kukus yang dicicah pekasam sudah dikira cukup enak dan mewah.
Menanam dgn kuku kambing... membongkok sepanjang hari dgn berjalan mengundur. Nak dapat duit lebih ambil upah hingga ke Chui Chak Langkap. Hanya yg mahir dipercayai utk buat kerja menanam macam ini. Pastikan mata kuku kambing dicucuk pada akar benih padi bukan pada batang padi.
Rumah desa dgn kehidupan sederhana. Tiada penghawa dingin... namun kekisi tingkap dan peredaran udara yang baik membuat penghuninya sentiasa sejuk. Sejuk juga waktu itu kerana di setiap rumah menjelang maghrib akan kedengaran bacaan Al Quran sambung menyambung. Bila tiba waktu kenduri seluruh kampung akan marhaban dan berzanji sepanjang malam... waktu itu mana ada astro dan liga premier.
Damainya desa, hidup tanpa tekanan, kami saling mengenali dan memerlukan. Seluruh kampung adalah bersaudara dgn ikatan yang sangat rapat ibarat sebuah keluarga besar yang harmoni.
Gambar sekadar hiasan sahaja yang perolehi dari FACE BOOK BUBUHAN KULAAN URANG ALAI BORNEO
1 Comentário:
Best place to buy 1g disposable presidential og online.
Where to order 1g disposable jack herer near me?
Best place to order beachberry cake carts online.
Where to buy berry punch carts online?
best juul pods online.
Post a Comment