Monday, May 31, 2010

KAWALAN KIMIA CILI FERTIGASI

Tips : muncung semburan  dihalakan ke atas agar semburan mengenai bahangian bawah daun. Semburan juga menggunakan titisan yang paling halus.

RACUN SERANGGA:
A1. Pengasus
A2. Mitec
A3. Selecrom

RACUK KULAT
B1. Thiram
B2.Oiconil
B3.Cooper D

BAJA DAUN.
C1.Verta graow

HORMON
D1.Atomik

Minggu 1 : A1+B1+C1+D1
Munggu 2 : A2+B2
Minggu 3 : A3+B3+C1+D1
Minggu 4 Ulangi minggu 2 dan seterusnya

Petuanya guna kepelbagaian racun utk elak imun ( kebal ) perosak terhadap sesuatu bahan kimiasembur racun serangga cypermethrin untuk hapuskan aphid dan thrip
(cypermethrin tu bahan aktif bukan brand. ada macam2 brand)







 Kutu Terip
Bagi mengatasi masalah cili kerinting :
Sembur dengan racun serangga untuk hamama brand ORTUS (fenpyroximate) untuk hapuskan hamama. racun ni boleh hapuskan semua peringkat hamama.
2.Sembur dengan racun serangga untuk hamama brand MITAC (amitraz) untuk hapuskan hamama dewasa yang mungkin tertinggal.
-semburan dilakukan pada waktu petang sebab serangga selalu menyerang pada waktu malam..
 










 Hamama
Senarai Racun Kulat yang disyorkan oleh usahawan.
1)Topsin M - Ancom Crop Care - Kelas 4 - Antraknos - tahan 14 hari
2)Dithane M45 - Dow Agrosciences - Kelas 4 - Bintik Daun, Hawar, Reput Akar, Reput Buah - tahan 14 hari
3)Thiram 80 - Ancom Crop Care - Kelas 2 - Bintik Daun - tahan 14 hari
4)Daconil 2787 - Agricultural Chemicals - Kelas 4 - Hawar Alternaria - tahan 7 hari
5)Antracol 70 WP - Bayer Cropscience - Kelas 3 - Hawar Alternaria, Hawar Phytophthora, Antraknos - tahan 14 hari.

MENCANTAS CILI FERTIGASI PADA 31 MEI 2010


 1. Cantas gunakan hujung jari (lebih mudah ) dengan hanya  "mengutil"  semua tunas  bermula dari bawah hingga ke cabang pertama.

2. Jika gagal dicantas berlaku pembaziran kos nutrien dan saiz buah juga kecil.

3. Pastikan medium sentiasa mempunyai kelembapan yang mencukupi.

4. Buang semua mata tunas yang tumbuh sehingga kira-kira tinggi 1 ka. Buang tunas sahaja manakala daun hendaklah ditinggalkan sebagai sumber fotosintesis.

5. Jika ada tunas ke tiga yang tumbuh selepas cili bercabang dua, buang tunas ke tiga itu.

6. Ikat dgn tali dan gantung sebagai sokongan.

7. Pada ketika ini pastikan bekalan air kira-kira 1 lit/beg sehari.

Sunday, May 30, 2010

RUMPAI DAUN TIRUS

Sabtu 53 HLT kami mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk melakukan kawalan rumpai.  Racun yang digunakan dari jenis selektif untuk mengawal rumpai daun tirus.  


Kawalan dilakukan secara "semburan layang" bagi meminimumkan titisan racun yang terkena "batang" padi.  Walaupun racun ini hanya akan membunuh rumpai namun dalam usia padi yang sebegini tersalah langkah akan merencatkan pokok padi.

Rumpai biasanya membiak akibat masalah kekurangan air.  Walaupun kami telah beberapa kali membuat laporan , namun tiada tindakan jelas atau kesan yang nyata akibat tindakan dari pihak mereka. Beginilah rupanya nasib petani yang pandai-pandai sendiri untuk survival.  Kami lebih banyak bergantung kepada air hujan atau kreativiti masing-masing . Barulah kami faham mengapa ada dikalangan petani yang menukar bidang usaha dari padi kepada kelapa sawit, maka wujudlah estet sawit di tengah sawah.

Pada peringkat awal pertumbuhan selepas "menyambau" ( meracun rumpai ) air mesti dimasukkan segera ke sawah, jika terlewat pesawah akan berhadapan masalah rumpai .
Rumpai akan mengambil ruang, persaingan fotosintesis dan nutrien yang diperlukan oleh padi.


Inilah rumput daun tirus yang menjadi masalah besar kepada kami.

Friday, May 28, 2010

GAMBAR CILI 26 MEI 2010

Gambar cili pada 26 mei, kami masih mengekalkan EC pada 1.4 . Cuaca yang kurang hujan maka kami mengurangkan kekerapan kawalan kimia dari tiga hari sekali  kepada empat hari sekali. Kami juga melakukan "flush"( memasukkan air bersih ) seminggu sekali.  Berat setiap polibeg secara purata 8 kg adalah berat yang ideal.

Padi 52 HLT

Tanda-tanda kekuningan telah mula kelihatan selepas pembajaan terakhir pada 34 HLT ( 18 hari yang lalu). Berdasarkan tempoh masa yang diambil untuk berubah warna maka tindakan kami melakukan pengapuran sebelum pembajaan yang kedua yang lalu adalah langkah yang positif. Kami perlu menyelesaikan program pembajaan yang ketiga sebelum hari yang ke 60. 

Jabatan Pertanian telah mengesyorkan agar kami mula melakukan program kawalan bena , maka semalam ( 51 HLT ) kami  telah melakukan kawalan kimia yang ke empat menggunakan racun khas untuk membunuh bena. Memandangkan masih terdapat risiko serangan ulat batang dan ulat gulung daun maka setelah membuat semua pertimbangan kami menggunakan racun di bawah:


Selain racun di atas kami juga menggunakan racun serangga jenis sistemik, racun yang mengawal telur serangga dan racun kulat.  Pada program kawalan kimia kali ini kami tidak menggunakan sebarang foliar bagi mengelakkan daun menjadi terlalu lebar, sebaliknya kami menggunakan bahan kimia yang mampu mengeraskan daun padi.  Daun yang terlalu lebar bersifat lembut sangat mudah untuk diserang serangga.  Bahan kimia yang kami gunakan kali ini juga mampu membantu daun padi menjadi lebih tegak dan lurus.

Tuesday, May 25, 2010

REFLEKSI

Tadi siang periksa kertas jawapan pelajar  ini, nampaknya banyak yang perlu dibuat agar prestasi pelajar ini cemerlang. Hari ini juga dah kemaskini fail panitia untuk dihantar bersama buku latihan kepada ketua bidang.  Buat draf laporan untuk SKT setengah tahun 2010.  Periksa juga program kecemerlangan sejauh mana perlaksanaannya.

Petang buat semakan "Rice Check" banyak yang perlu dibaiki musim hadapan :

RC 1: Tanah jenis masam dan berselut serta  lembik - baiki sistem saliran, buat pengapuran.

RC2:  Petak sedia ada perlu "bubar" dan dibuat semula, agar paras air lebih rata.

RC3:  Aktiviti sisir perlu dilakukan agar masalah rumpai dapat di atasi.  Jika berlu beli traktor sendiri.

RC4: Gunakan benih yang lebih resisten dan tidak mudah tumbang.

RC 5: Pengurusan air - Ratakan semula tanah, bina petak baru, dan buat alternatif lain untuk bekalan air

RC 6 : Pembajaan menepati jadual. Kurangkan penggunaan N.


RC 7:Perosak dan penyakit : Selain upah lakukan sendiri kawalan serangga .

RC8: Cuaca, musim, alam : pastikan menabur benih bukan pada waktu bulan mengembang.

Monday, May 24, 2010

TIPs SERANGAN BENA

Satu contoh serangan bena di Parit 10 A Sungai Manik

Tips : 
Kawasan yang telah terkena "BOM" jangan dimasuki agar serangan bena tidak merebak. 
Lakukakan  pencegahan dari awal peringkat penanaman melalui pemantauan.
Kerosakan yang di sebabkan oleh bena.
Maklumat tentang telur bena, gunakan racun yang mampu mencegar telur ini dari menetas.
Maklumat tentang bena dewasa.
Racun yang digunakan untuk membunuh bena biasanya adalah secara khusus.
Kaedah kawalan bena.

Saturday, May 22, 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Setiap malam sabtu pastinya saya menerima SMS diajak kengkawan utk lepak di Mc Donald atau restoran lain sembang-sembang tentang bike atau merancang esok nak ride gi mana.
Gambaq ni adalah antara laluan hujung minggu kengkawanku itu. Namun dah hampir sebulan motor ku berselimut kerana aku kini ada minat lain.
Lebih seronok bersama kehijuan sawah ini berbanding meratah selekoh awana atau memanjat ke Cameron Highland. 

MEKAH DAN SISTEM PENGAIRAN

Beberapa minggu ini kami agak sebok memasang dan menyelenggara sistem pengairan mikro, cumanya sesekali saya teringat semasa di Arafah. Pepohon rendang ada di mana-mana, sedangkan tempat ini sepatutnya kering dan tandus.
Aku yang ada ilmu tani sikit-sikitni sangat berminat utk mengetahui bagaimanakah pokok itu mampu hidup subur di sini.
Rahsianya adalah setiap pangkal pohon di sini mempunyai sistem pengairan mikro, saya juga sempat meninjau beberapa pohon yang mati , semuanya berpunca apabila sistem ini gagal berfungsi (tersumbat).
Hebatnya mereka ini, dari air laut mereka mampu menyediakan fertigasi, tangki dan pam sistem ini entah di mana atau sebesar mana? wallah huaklam.

Friday, May 21, 2010

Cili dan anggur

Pokok anggur kami terus membesar dan bertambah sihat.

Setakat ini tiada sebarang bahan kimia berbentuk semburan yang kami gunakan terhadap anggur ini.  Kami hanya menggunakan sedikit racun sistemik pada bahagian akarnya.
Biasanya pihak kontraktor pembersihan akan melakukan semburan racun rumpai pada waktu cuti, jadi sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan cili ini dari terbantut kesan racun berkenaan kami menambah sungkupan sedia ada
Gambar cili 21 Mei . 
Kawalan kimia yang kami gunakan ialah : Racun sistemik pada medium tanaman, semburan racun berjenama Confidor RM 90/250ml ( serangga ), Flint RM180/250gm( kulat ) dan Atonik RM 60/250 ml ( foliar ).  Kami berharap bahan kimia ini mampu menghalang cili ini dari kerinting akibat serangga HAMAMA & KUTU TERIP sebagai vektor pembawa virus.Kekerapan semburan bahan kimia  ialah tiga hari sekali.
Kaedah semburan : dihalakan pada bahagian bawah daun, semburan menggunakan titisan yang paling halus.
Hamama
 Kutu trip

MATAHARI TELAH MULA BERSINAR CERAH

Sawah pada 21 Mei ( 45 HLT ) masih hijau tiada tanda tanda kekuningan walaupun sudah hampir dua minggu tidak ditabur baja.  Program pembajaan yang berikutnya pada 50 HLT namun hingga kini baja tambahan (bantuan) masih belum di terima.
Minggu depan kami akan melakukan kawalan kimia kali ke 4, fokus kali ini pencegahan serangan bena.  Kami juga sedang mempertimbangkan untuk menyebur bahan kimia bagi "mengeraskan " daun padi ini . Ideanya daun yang keras tidak mudah diserang ulat.

Wednesday, May 19, 2010

MENUAI HASIL KHAILAN "HONG KONG"


CUACA , PEROSAK DAN TANAMAN

Melihat ke luar jendela sewaktu bertugas nun jauh gunung-ganang tidak dapat dilihat dengan jelas ...telah beberapa hari cuaca agak mendung dan kelembapan juga agak tinggi. Cuaca sebegini akan menyebabkan pembiakan perosak yang pantas, hujan yang turun selepas aktiviti mercun akan mengurangkan kesan bisanya tehadap perosak. Pesawah mengharapkan cahaya matahari yang terik dan suhu yang tinggi untuk membantutkan pembiakan haiwan perosak. 


Padi yang ditabur rapat dan padat, tanaman padi yang berdaun lebar hanya akan mengalakkan serangan perosak
 
Tanaman yang terlebih unsur N menyebabkan pokok/daun yang lembut ini hanya akan memudahkan serangan serangga perosak.
Tazkirah cuaca : Klik


Tuesday, May 18, 2010

MEMBAIKI SOKONGAN CILI FERTIGASI

Setelah memeriksa sokongan yang menggunakan dawai yang terlalu kecil kami mengambil keputusan untuk menukarkannya dengan bahan lain yang lebih kukuh.

Kami terpaksa membuka semula tali yang telah diikat pada pokok dan dawai,apa pun tidakan ini lebih baik dilakukan pada peringkat awal pertumbuhan cili kerana  lebih mudah dilakukan.

Selepas siap nampaknya sokongan ini lebih kemas berbanding sebelumnya.
 Barisan pokok cili yang lebih selamat dengan sokongan baru yang lebih kukuh.
Kami melakukan kawalan kimia setiap tiga hari sekali bagi menghindari serangan wabak bena yang beleluasa.  Kami mengambil tindakan ini kerana terdapat puluhan ekor bena yang hinggap di atas pokok cili ini pada satu-satu masa.

KAWALAN KIMIA SAWAH KALI KE TIGA PADA 42 HLT


Pemandangan sawah pada 42 HLT, kerana khuatir dengan wabak ulat batang yang menyerang seluruh sawah di Mukim Labu Kubong, berdasarkan tanda-tanda serangan yang baru bermula di sawah kami maka hari ini kami mengambil keputusan untuk melakukan kawalan kimia untuk serangga pada kali ke 3.  Kali ini kami menggunakan bahan kimia yang lebih "keras" terdiri dari enam jenis racun serangga:
1. Karate : RM 59.40
2. Score : RM 61.40
3. Match : RM 80.00
4. Prevathon : RM 100.00
5. Endosulfan : RM 60.00
6. Tapisan : 60.00
Kami sangat berharap agar kawalan kimia ini berkesan, kerana seboleh mungkin kami tidak mahu menggunakan Furadan sebagai langkah terakhir.
 
 ....namun pada waktu tengahari selepas racun siap disembur di seluruh sawah tiba-tiba cuaca bertukar mendung, dan pada sebelah petangnya hujan lebat pun turun.......

Monday, May 17, 2010

WABAK BENA PERANG DAN ULAT BATANG

Hari ini 17 Mei sewaktu saudara kami di  Sungai Manik sedang bertarung dengan serangan wabak bena perang ( bulatan merah ). Kami di Labu Kubong pula  sedang berjuang berhadapan serangan ulat batang. 
Cuma yang membezakan kami ialah serangan wabak bena yang kronik di Sungai Manik sehingga ada pesawah yang diserang ke tahap hasil 0 tan/ha , bena "mengamuk" sehingga jerami sisa tuaian/segala rumpai berdaun monokotiledon  pun turut menjadi mangsa serangan . Manakala kami di Labu Kubong  masih punya peluang membuat kawalan. .
Segala ketentuan adalah kehendak Allah sebagai Rabb. Penggunaan racun kimia , baja, kegigihan bersawah dll tiada punya apa-apa kuasa apa-apa, kita terlalu lemah sebagai makhlukNya.

Sunday, May 16, 2010

ULAT BATANG


Sawah kami selepas tujuh hari pembajaan, warna hijau pekat, baru semalam kami melakukan kawalan serangga.
Kesemua sawah sekitar parit 10R, 11R, 12R telah diserang  ulat batang.  Ada pelbagai kaedah yang digunakan oleh petani di sini untuk mengawal serangan ulat batang hingga ada yang menggunakan campuran enam jenis racun serangga pada satu tong penyembur. Ada juga yang menggunakan racun kelas 1 dicampur minyak diesel dan minyak 4T pada kadar 1:1 kemudian di siram pada sekeliling sawah. Sesetengah petani pula mengaul baja urea dan furadan untuk ditabur.
Mereka sangat mahir dalam membuat pemantauan tanda-tanda serangan. Maklumlah kebanyakannya petani vetaran dari kedah.



Gambar di atas menunjukkan kaedah mengesan populasi serangga, alat lain kita juga boleh menggunakan kertas perangkap lalat.

Graf yang menjadi petunjuk bilakah tindakan kawalan perlu dilakukan

Graf tersebut berdasarkan bilangan populasi di atas

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO