Tuesday, November 24, 2009

MANGGA & NOSTALGIAKU




Zaman kanak-kanakku dulu penuh dgn kenangan bersama sawah padi . Tanam padi waktu itu dipanggil padi tahun (kerana musimnya setahun sekali).  Jadi antara musim padi sangat panjang, jenis padinya pula dari varieti Mat Chandu, Mahsuri, Ria,Malinja atau pun Pulut.


Kerana musim yang panjang petani tak boleh bergantung harap pada padi semata-mata.  Maha adil Allah kerana waktu itu kami cukup mewah dengan hasil tangkapan ikan air tawar atau pun mangga.  Cuma anehnya ketika itu mangga walaupun tak dibalut, namun tiada pula serangan serangga.  Sangat sukar untuk ketemu mangga yang berulat.  Racun serangga pula langsung tak pernah digunakan.  Waktu itu segala kerja buat bertani  bergantung harap hanya pada Allah dengan menadah doa di atas sejadah.

Sawah kami di Sungai Manik tidak seperti di Kedah yg saujana mata memandang.  Sawah kami mengamalkan konsep tanaman campuran.  Setiap ruang atas batas sawah penuh ditanam dgn pokok mangga. Di tempat kami mangga dipanggil mempelam. Antara yang banyak ditaman adalah dari jenis mempelam telur, mempelam puteh, mempelam siam, mempelam bemban, dan yang paling berharga mempelam kuinin.
Malah mengutip buah mempelam adalah satu cara untuk kanak-kanak sezamanku waktu itu untuk mencari wang saku. Bila tiba musim mempelam itu adalah saat yang kami tunggu-tunggu.  Kami berebut mengutip hasilnya  untuk dijual kepada peraih (pemborong), kuantiti jualan menggunakan biji.  Malah ada mempelam yang harganya 10 biji cuma 20 sen.  Terlalu besar nilainya wang waktu itu...



...melihat gambar petani&mangga dari India ini membuat terkenang zaman silam...

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO