Thursday, November 12, 2009

PELADANG JAYA


Seawal jam 5 pagi ahad lalu, saya bersama warga semaian bergerak menuju ke utara tanah air. Matlamat kami utk berziarah bekas anak didik warga semaian sessi 1999/2000 yg telah mendapat anugerah peladang jaya. Beliau kini menetap di Kulim setelah berhenti dari makan gaji.



Sebaik sampai kami mendapat alu-aluan diraikan sebagai tetamu istemewa oleh En Shahrul, jamuan nasi minyak, berserta produk dadih dan lain-lain hasil tenusu... kami makan sepuas-puas dan semahu mahunya tanpa had.

 .......maklumlah produk asas tani ini hasil keringat kegigihan En Shahrul sendiri. Untung bersih jualan produk dadih ini sahaja melebihi RM1000 sehari, sedangkan beliau punya 8 lagi bidang usaha lain yg antaranya ialah ternakan keli, kambing, sawit , nenas , cili fertigasi dll, hebat sungguh anak muda ini entah bagaimana beliau menguruskan semua itu.

Ladang nenas secara kontrak farming milik En Shahrul seluas 50 ekar sejauh mata memandang, bermodalkan RM7 ribu seekar beliau mampu menjana RM25 ribu bagi setiap ekar. 

Tempat ini memang cantik..... boleh jadi wallpaper, Kami ambil gambar sebagai kenangan, tapi seperi biasa la aku tak akan ada dalam gambar kerana gitule nasib photographer tak bertauliah.




Terpegun dgn hasil kegigihan Sharul maka Nazri (dalam gambar) begitu bersemangat memberi motivasi kepada kawan-kawannya agar sama-sama merealisasikan kejayaan Sharul di Semaian.Yang berdiri tu Hasli dan Zaki pula memang sentiasa gigih.Kami semua pasang angan angan ambil ikhtibar dari kejayaan Sharul.

Sebelum balik Ust Haris wakil semaian sempat bertukar-tukar cenderahati .

Inilah orang yg paling puas dgn kejayaan Sharul . Guru yg sentiasa namanya disebut-sebut oleh Sharul iaitu Tn Hj Ismail Bin Ismail  kini pengetua SMK Pengkalan Hulu. Dari pandangan mata beliau memerhati sijil sijil dan anugerah yg diterima oleh Sharul nyata keringat guru ini memang BERBALOI. Menepati visi dan misi SEMAIAN mahu melahirkan INSAN BERTAQWA. En Sharul yg masih berusia muda sangat dihormati di kampungnya, menjadi menantu pak imam, malah En Sharul merupakan bilal masjid dan imam surau, lebih membanggakan anak muda ini juga adalah ketua kampung... memang layak dia jadi peladang jaya.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, bas kami rosak di hentian Taiping arah selatan......tapi ada hikmahnya
....Allah gantikan bas kami yg lebih selesa, ada aircond dan lebih laju.  Bolehlah kami balik melalui highway sepenuhnya. Bas asal yg rosak itu telah berusia  tak mampu mendaki bukit Gua Tempurung dan bukit curam di Highway plus Ipoh. Melalui lebuhraya Plus perjalanan kami lebih selesa walaupun menempuh hujan lebat dalam kepekatan malam sepanjang perjalanan pulang ke Teluk Intan.

Sewaktu perjalanan pulang aku asyik memikirkan tips kejayaan En Sharul yang menurut beliau ialah:
1.  Taat pada Allah
2.  Taat pada ibubapa
3.  Taat pada Guru

.........nyata beliau bukan calang-calang orangnya, namun aku juga kagum kepada guru-guru beliau.

1 Comentário:

gugu_kiut said...

HJ.. sonok kan gi jumper kawan saya tue.. hehehe.. nie kawan baik saya dulu.. kami panggil dier cabuit.. hehehhe.. baguih kan...uhuhuhuh petani yang berjaya...

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO