KAWALAN RUMPAI SECARA INSANI ( 68 HLT )
Bahagian sawah yang kering biasanya akan mengundang masalah rumpai. Pokok padi bercampur dengan rumpai akan menyebabkan kawasan berkenaan sangat padat dan menarik minat kediaman serangga.
Bagi mengawal rumpai di atas kami menggunakan racun selektif di atas pada kadar tertentu. Semburan adalah secara layang pada bahagian atas daun rumpai. Kawalan kimia untuk rumpai ini hanya boleh dilakukan sebelum ada tanda-tanda padi mahu bunting (sebelum 60HLT ).
...cumanya selepas rumpai ini menjukkan tanda-tanda "terencat" kerana terbakar akibat racun tersebut, masalah lain pula yang timbul,kawasan ini telah menarik minat bena dengan ciri-ciri suhu rendah dan cahaya "gelap" di bawah rimbunan tumbuhan itu.
Cara paling berkesan kami cabut sahaja rumpai itu dengan tangan (kaedah insani). Hasilnya memberi ruang yang lebih "selesa" kepada pokok padi ini.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment