USIA PADI YANG KRITIKAL
Hari ini usia padi kami telah mencecah 57 HLT (hari lepas tabur ), padi pada usia ini petani tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Sebarang kecuaian bermakna akan menjejaskan hasil. Padi pada usia ini perlu dijaga dengan teliti dari sebarang bentuk serangan perosak kerana sebarang kecederaan tidak akan pulih lagi.
Program pembajaan kali ini kami menggunakan 12 beg baja bantuan (17.3:20:2) yang digaul bersama 2 Beg Baja NPK Merah (13:13:13).
Baja NPK Merah dibeli pada harga RM 110/50kg. Manakala baja yang berketul-ketul itu pula adalah baja bantuan. Dari tekstur dan pembungkusan sudah jelas membezakan kualiti dua jenis baja ini.
Gambar di atas baja yang telah siap digaul, habis kerja ini rasa senggal sengal seluruh sendi, baru sedar aku rupanya aku dah berusia bukan segagah zaman muda dulu. Kerja hanya banyak bergantung kepada semangat dan minat.
Esok minta tolong sahabat untuk taburkan baja ini di sawah dengan kadar upah RM 20/ekar. Kami telah membelanjakan sebanyak RM 560.00 untuk kos baja setakat ini.
1 Comentário:
Best place to buy 1g disposable presidential og online.
Where to order 1g disposable jack herer near me?
Best place to order beachberry cake carts online.
Where to buy berry punch carts online?
best juul pods online.
Post a Comment