HUJAN PADA 69 HLT
Agak aneh kerana kami terpaksa mengusahakan tanah sawah ini dengan berharapkan hujan sebagai sumber pengairan yang utama. Cumanya dengan rahmat Allah setiap kali kami memerlukan air, hujan akan turun. Kali pertama selepas "menyambau", kemudian semasa aktiviti pembajaan yang pertama dan hari ini hujan juga turun dengan lebatnya. Setiap kali hujan kami akan "kepung" agar air hujan ini mampu bertahan lama (air hujan ini boleh bertahan sehingga 2 minggu ). Sumber air lain yang kami perolehi adalah dari budi baik lebihan air jiran-jiran sawah.
Esok 70 HLT kami akan melakukan kawalan kimia, dengan bantuan air hujan yang melimpah ini akan meninggikan paras air sawah ini. Paras air yang dalam akan memaksa serangga naik ke atas maka ini akan memudahkan tugas menyembur racun agar tepat ke sasaran.
Gambar saluran masuk standard yang dibina oleh JPS kami tutup terus( bagi mengelakkan air hujan yang kami takung mengalir keluar) kerana air pengairan ini tidak pernah sampai ke paras tersebut.
Gambar saluran masuk standard yang dibina oleh JPS kami tutup terus( bagi mengelakkan air hujan yang kami takung mengalir keluar) kerana air pengairan ini tidak pernah sampai ke paras tersebut.
1 Comentário:
Best place to buy 1g disposable presidential og online.
Where to order 1g disposable jack herer near me?
Best place to order beachberry cake carts online.
Where to buy berry punch carts online?
best juul pods online.
Post a Comment