Thursday, June 3, 2010

SEMANGAT PADI

Begitulah kepercayaan orang dulu-dulu, maklumlah ketika itu baru merdeka, pengetahuan agama masih terbatas kerana baru terlepas dari cengkaman penjajah, hanya selepas ramai ust lepasan dari timur tengah pulang dan kemudian mengajar barulah masyarakat petani faham...sebenarnya ada malaikat yang menguruskan hal hal tumbuhan termasuklah padi.

Tuesday, June 1, 2010

NOSTALGIA BULUH MADU















Suatu ketika dahulu di suatu tempat Klik




Beberapa bulan kemudian.


Ini pula gambar minggu lalu bila saya berziarah ke "rumah lama" itu.  Sewaktu memulakan projek ini kami menghabiskan wang PCG RM 1500.00
Sebelum pulang seorang sahabat memberikan saya beberapa batang rebungnya untuk cubaan diproses, gambar di atas jeruk yang telah siap diproses.  Esok cuba buat gulai "kari daging berebung madu" . Hasil penat lelah setahun yang lalu.
Namun kini kami masih dalam dalema samada mahu menanam buluh madu, mangga madu atau nangka madu di atas sebidang tanah bersaiz sederhana.





USIA PADI YANG KRITIKAL

Hari ini usia padi kami telah mencecah 57 HLT (hari lepas tabur ), padi pada usia ini petani tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.  Sebarang kecuaian bermakna akan menjejaskan hasil. Padi pada usia ini perlu dijaga dengan teliti dari sebarang bentuk serangan perosak kerana sebarang kecederaan tidak akan pulih lagi.
Program pembajaan kali ini kami menggunakan 12 beg baja bantuan (17.3:20:2) yang digaul bersama 2 Beg Baja NPK Merah (13:13:13).
Baja  NPK Merah  dibeli pada harga RM 110/50kg.  Manakala baja yang berketul-ketul itu pula  adalah baja bantuan. Dari  tekstur dan pembungkusan sudah jelas membezakan kualiti dua jenis baja ini. 
Gambar di atas baja yang telah siap digaul,  habis kerja ini rasa senggal sengal seluruh sendi, baru sedar aku rupanya aku dah berusia bukan segagah zaman muda dulu. Kerja hanya banyak bergantung kepada semangat dan minat.
Esok minta tolong sahabat untuk taburkan baja ini di sawah dengan kadar upah RM 20/ekar.  Kami telah membelanjakan sebanyak RM 560.00 untuk kos baja setakat ini.

Monday, May 31, 2010

KAWALAN KIMIA CILI FERTIGASI

Tips : muncung semburan  dihalakan ke atas agar semburan mengenai bahangian bawah daun. Semburan juga menggunakan titisan yang paling halus.

RACUN SERANGGA:
A1. Pengasus
A2. Mitec
A3. Selecrom

RACUK KULAT
B1. Thiram
B2.Oiconil
B3.Cooper D

BAJA DAUN.
C1.Verta graow

HORMON
D1.Atomik

Minggu 1 : A1+B1+C1+D1
Munggu 2 : A2+B2
Minggu 3 : A3+B3+C1+D1
Minggu 4 Ulangi minggu 2 dan seterusnya

Petuanya guna kepelbagaian racun utk elak imun ( kebal ) perosak terhadap sesuatu bahan kimiasembur racun serangga cypermethrin untuk hapuskan aphid dan thrip
(cypermethrin tu bahan aktif bukan brand. ada macam2 brand)







 Kutu Terip
Bagi mengatasi masalah cili kerinting :
Sembur dengan racun serangga untuk hamama brand ORTUS (fenpyroximate) untuk hapuskan hamama. racun ni boleh hapuskan semua peringkat hamama.
2.Sembur dengan racun serangga untuk hamama brand MITAC (amitraz) untuk hapuskan hamama dewasa yang mungkin tertinggal.
-semburan dilakukan pada waktu petang sebab serangga selalu menyerang pada waktu malam..
 










 Hamama
Senarai Racun Kulat yang disyorkan oleh usahawan.
1)Topsin M - Ancom Crop Care - Kelas 4 - Antraknos - tahan 14 hari
2)Dithane M45 - Dow Agrosciences - Kelas 4 - Bintik Daun, Hawar, Reput Akar, Reput Buah - tahan 14 hari
3)Thiram 80 - Ancom Crop Care - Kelas 2 - Bintik Daun - tahan 14 hari
4)Daconil 2787 - Agricultural Chemicals - Kelas 4 - Hawar Alternaria - tahan 7 hari
5)Antracol 70 WP - Bayer Cropscience - Kelas 3 - Hawar Alternaria, Hawar Phytophthora, Antraknos - tahan 14 hari.

MENCANTAS CILI FERTIGASI PADA 31 MEI 2010


 1. Cantas gunakan hujung jari (lebih mudah ) dengan hanya  "mengutil"  semua tunas  bermula dari bawah hingga ke cabang pertama.

2. Jika gagal dicantas berlaku pembaziran kos nutrien dan saiz buah juga kecil.

3. Pastikan medium sentiasa mempunyai kelembapan yang mencukupi.

4. Buang semua mata tunas yang tumbuh sehingga kira-kira tinggi 1 ka. Buang tunas sahaja manakala daun hendaklah ditinggalkan sebagai sumber fotosintesis.

5. Jika ada tunas ke tiga yang tumbuh selepas cili bercabang dua, buang tunas ke tiga itu.

6. Ikat dgn tali dan gantung sebagai sokongan.

7. Pada ketika ini pastikan bekalan air kira-kira 1 lit/beg sehari.

Sunday, May 30, 2010

RUMPAI DAUN TIRUS

Sabtu 53 HLT kami mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk melakukan kawalan rumpai.  Racun yang digunakan dari jenis selektif untuk mengawal rumpai daun tirus.  


Kawalan dilakukan secara "semburan layang" bagi meminimumkan titisan racun yang terkena "batang" padi.  Walaupun racun ini hanya akan membunuh rumpai namun dalam usia padi yang sebegini tersalah langkah akan merencatkan pokok padi.

Rumpai biasanya membiak akibat masalah kekurangan air.  Walaupun kami telah beberapa kali membuat laporan , namun tiada tindakan jelas atau kesan yang nyata akibat tindakan dari pihak mereka. Beginilah rupanya nasib petani yang pandai-pandai sendiri untuk survival.  Kami lebih banyak bergantung kepada air hujan atau kreativiti masing-masing . Barulah kami faham mengapa ada dikalangan petani yang menukar bidang usaha dari padi kepada kelapa sawit, maka wujudlah estet sawit di tengah sawah.

Pada peringkat awal pertumbuhan selepas "menyambau" ( meracun rumpai ) air mesti dimasukkan segera ke sawah, jika terlewat pesawah akan berhadapan masalah rumpai .
Rumpai akan mengambil ruang, persaingan fotosintesis dan nutrien yang diperlukan oleh padi.


Inilah rumput daun tirus yang menjadi masalah besar kepada kami.

Friday, May 28, 2010

GAMBAR CILI 26 MEI 2010

Gambar cili pada 26 mei, kami masih mengekalkan EC pada 1.4 . Cuaca yang kurang hujan maka kami mengurangkan kekerapan kawalan kimia dari tiga hari sekali  kepada empat hari sekali. Kami juga melakukan "flush"( memasukkan air bersih ) seminggu sekali.  Berat setiap polibeg secara purata 8 kg adalah berat yang ideal.

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO