Sunday, May 30, 2010

RUMPAI DAUN TIRUS

Sabtu 53 HLT kami mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk melakukan kawalan rumpai.  Racun yang digunakan dari jenis selektif untuk mengawal rumpai daun tirus.  


Kawalan dilakukan secara "semburan layang" bagi meminimumkan titisan racun yang terkena "batang" padi.  Walaupun racun ini hanya akan membunuh rumpai namun dalam usia padi yang sebegini tersalah langkah akan merencatkan pokok padi.

Rumpai biasanya membiak akibat masalah kekurangan air.  Walaupun kami telah beberapa kali membuat laporan , namun tiada tindakan jelas atau kesan yang nyata akibat tindakan dari pihak mereka. Beginilah rupanya nasib petani yang pandai-pandai sendiri untuk survival.  Kami lebih banyak bergantung kepada air hujan atau kreativiti masing-masing . Barulah kami faham mengapa ada dikalangan petani yang menukar bidang usaha dari padi kepada kelapa sawit, maka wujudlah estet sawit di tengah sawah.

Pada peringkat awal pertumbuhan selepas "menyambau" ( meracun rumpai ) air mesti dimasukkan segera ke sawah, jika terlewat pesawah akan berhadapan masalah rumpai .
Rumpai akan mengambil ruang, persaingan fotosintesis dan nutrien yang diperlukan oleh padi.


Inilah rumput daun tirus yang menjadi masalah besar kepada kami.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO