Tuesday, September 29, 2009
Sunday, September 27, 2009
SAYURAN DAN HASIL LADANG ORGANIK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya ingin menjemput semua rakan - rakan terutama bagi mereka yang akan berada di sebelah Utara khusus nya bagi mereka yang berada di Parit Buntar, Perak untuk mengunjungi Qadhijah Natural Farm.
Qadhijah Natural Farm merupakan sebuah kebun yang mengamalkan sistem pertanian Natural Farming dimana semua hasil - hasil disini ditanam TANPA menggunakan baja dan racun kimia. KESEMUA Baja dan Kawalan Perosak kami hasilkan sendiri menggunakan bahan - bahan semulajadi dari ladang kami sendiri yang DIKITAR SEMULA.
Selain dari hasil - hasil ladang ini, anda juga boleh mendapatkan Baja Organik, Kawalan Perosak Organik, Biji - biji benih dan juga anak - anak pokok.
Qadhijah Natural Farm,
Parit Lebai Akhir, Titi Serong,
Parit Buntar, Perak.
016 510 8574 / 05 7171 613
(Kedudukan Qadhijah Natural Farm adalah di tepi jalan utama Titi Serong - Tg. Piandang. Ianya dapat dilihat dengan mudah di tepi jalan dengan pagar berwarna Coklat (brown), kira - kira 5 minit dari Pekan Titi Serong.)
Terima Kasih - Jumpa di sana!
Thursday, September 24, 2009
DURIAN JANTAN ATAU DURIAN BETINA
Menurut petua orang tua-tua ada kaedah utk menentukan samada anak durian itu jantan atau betina.
Antara kaedah yang diceritakan ialah seperti di bawah:
Jika anak durian tersebut mempunyai banyak cabang seperti di atas besar kemungkinan benih ini baka betina, maka jika ditanam akan adalah harapan utk berbuah.
Jika anak durian tersebut tumbuh lurus sahaja dan punya cabang yg sedikit, seperti gambar ini pula besar kemungkinan anak durian ini jantan, harapan utk berbuah adalah mungkin agak tipis.
Sungguh pun begitu menurut petua itu lagi janganlah ditanam keseluruhan dusun tersebut dgn baka betina, tanamlah juga sepokok dua baka jantan agar kita mendapat hasil yang lumayan... Apa sebabnya? Hangpa fikiqlah sendiri..he he.
Sunday, September 20, 2009
PERGI TAK KEMBALI
Pak Utuh ( gelaran orang kampung utk ayah ku )
Bekas warga semaian tahun 80 an dan 90 an dulu, telah kembali ke rahmatullah pada 5.8.2007 jam 12.35 pm di Hospital Ipoh
Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya - cara penyembelihan ayam
assalamaualaikum..
Monday, September 14, 2009
MEREKA JUGA BERPUASA
Selepas menjalani satu tempoh masa "BERPUASA" makhluk tersebut seolah-olah dilahirkan semula dgn imej baru yg lebih kuat, lebih besar , lebih bertenaga dan lebih cantik.
Tidak sia-sia kejadian makhluk ini, sebagai pengajaran buat semua manusia,
Ada ulamak mangatakan: Mushaf ialah qur^an yang dibaca; dan alam ialah qur^an yang diperhatikan.
Kedua-duanya ciptaan Allah dan tentunya mengandungi panduan dan pengajaran.
Ketam juga perlu "berpuasa " barulah boleh menganti cengkerang lama yang telah lusuh dan usang
Ketam dgn cengkerang baru yang lebih cantik, dgn saiz cengkerang yang lebih besar.
Ular perlu berpuasa utk mendapat sisik baru.
Kulit luar usang yang telah dibuang selepas ular menjalani proses berpuasa, berpuasa menjadikan saiz ular menjadi kecil maka memudahkannya menganti dgn kulit baru.
Selamat MENJALANI IBADAH PUASA dan BERJAYA MELALUI FAKULTI ini, moga dipenghujungnya nanti kita semua dilahirkan sebagai makhluk BARU "ORANG BERIMAN YANG BERTAQWA".
Saturday, September 12, 2009
BULU KAKI SEEKOR SEMUT HITAM
IBARAT POHON YANG RENDANG
Benih yang disemai ditapak yang subur dan disiramkan dengan air serta dibajai dengan ikatan kasih sayang kerana Allah akhirnya menjadi seperti sepohon kayu yang rendang dengan dahan-dahannya yang merimbun keatas, manakala akarnya pula mencengkam kuat ke dalam bumi. Ini dijelaskan oleh Allah Taala dalam Surah Ibrahim ayat 24:
Keimanan kalimah La ila ha illallah yg betul-betul difahami oleh mereka yang bernama:
Sumayah...
Sanggup memilih mati dari mengucapkan kata-kata kufur walaupun dipaksa.
Jaafar at Tayyar...
Walau putus kedua tangannya namun tetap mempertahan panji islam.
Bilal ....
Walau diseksa, tetap mempertahan Allah itu satu yang maha esa
Wednesday, September 9, 2009
IKAN SALMON - IKAN LOMA
1. Sewaktu berkhidmat di Daerah Hulu Perak sekitar pertengahan 90 an dulu saya cukup seronok melihat pesta menangkap ikan loma di Kuala Rui.
2. Punyalah banyak ikan LOMA pada waktu itu tidak terkira, sehingga kelihatan riaknya di permukaan air seolah-olah titisan hujan. Malah sehebat pesta ikan SALMON di Amerika
3. Fenomena ini kerana tabii( sebenarnya kuasa Allah ) ikan itu utk bertelur di hulu sungai. Cumanya ikan ini banyak tulang, jadi ada ketikanya ikan ditangkap semata-mata utk mendapatkan telurnya sahaja. Waktu itu harga ikan ini cukup murah, maka kekadang dibuang begitu sahaja selepas diambil telurnya.
4. Namun orang sekarang lebih bijak dgn memproses ikan tersebut menjadi pekasam, selesailah masalah tulang, kerana tulang reput semasa pemeraman.
5. Cumanya kini ikan loma sudah tidak sebanyak dulu, pesta menangkap ikan juga tak semeriah dulu.
Terima kasih kepada sahabatku Noh kerana sudi meminjamkan gambar pesta menagkap ikan loma 2009.
Tuesday, September 8, 2009
GAMBAR BUAT TATAPAN PERINDU SEMAIAN...
Gambar-gambar di bawah buat mereka yg merindui semaian,
Buat mereka yg telah pergi meninggalkan semaian,
Buat mereka yg yang akan meninggalkan semaian,
Buat mereka yg masih lagi berpijak di bumi semaian
1. Taklimat terakhir "bos" sebelum bersara.
2. Aktiviti School Enterprise Unit Ternakan pada hari anugerah.
3. Pelajar sedang menjalani amali pemprosesan ayam.
4. Tak ramai anak dara hari ini yg punya kemahiran "siang ayam" seperti warga semaian.
5. Beri makan ikan... memberi ketenangan dan terapi minda.
5. Lawatan pemantauan PPD, pegawai JPN dan BPTV.
6. Menanam sengkuang menggunakan biji benih
Friday, September 4, 2009
PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAAN YASIN UPSR
Lusa anakku akan menduduku UPSR, rasanya kedua ibubapanya lah yg terlebih risau, begitu jugaklah agaknya ibubapa lain yang anak mereka hujung tahun ini ada PMR, SPM dll.
Aku sentiasa bersangka baik dgn guru-guru anakku kerana kesungguhan mereka selama ini, sebagai bapa aku juga bangga kerana sekolah tempat anakku belajar sering menjadi sekolah terbaik di daerah ini.
Sistem pengurusan sekolah ini tak mengejar ISO mahupun kluster tetapi lebih menitik beratkan soal HASIL akhir (keputusan examlah tu).
Bercakap soal pembangunan jasmani, emosi, rohani atau intelek pasti sekolah ini jadi juara.
Setiap hari pelajar sekolah ini akan diberi "Santapan Rohani" yg secukupnya.
"BAGAI POHON TIDAK BERBUAH"
Dalam bulan Ramadhan entah mengapa kebanyakan majlis ilmu (WAJIB) samada di masjid atau surau telah "tertangguh" kerana mahu mengutamakan/memberi laluan kpd ibadah SUNAT (solat sunat tarawikh, tadarus dll).
Tapi beruntungnya di kariah kami majlis ilmu tetap diteruskan seperti hari-hari biasa dgn sedikit inovasi samada berbentuk kuliah asar, tazkirah pendek selepas solat witir atau kuliah subuh.
Hebat sungguh petani-petani ini, kerana mengutamakan yang WAJIB dan tidak melepaskan yang SUNAT.
Tahniah jiran-jiran ku kerana berjaya merebut yang SUNAT tanpa MENINGGALKAN yang WAJIB.
" Jika mahu berjaya di dunia dgn ilmu, mahu berjaya di akhirat juga dgn Ilmu, jika mahukan kejayaan kedua-duanya juga dgn ilmu"
AIR DALAM KEHIDUPAN
Tanpa air bumi yg subur akan gersang maka berlakulah kebuluran dan kematian.
Telah dapat dibuktikan oleh ahli geografi adanya gurun yang kedapatan hari ini berasal dari lembah yang subur, tetapi dgn kekuasaanNya tidak menurunkan hujan maka lembah tersebut bertukar kering kontang.